02S2

2.1K 220 20
                                    

Okay, guys! Aku mangat nak update ni! Sapa nak aku update lagi silalah angkat ontot anda setinggi yang boleh sampai kapal terbang langgar ontot korang😂

Okaylah. Done memberi ucapan.

Buona Lettura♡

•••

"Ish! Berhentilah kacau aku! Semaklah kau ni!", Taehyung menjerit ke arah makhluk tak diundangnya itu.

"Alah. Tak payahlah tengking. Tak gentleman langsung. Saya ni perempuan tau", katanya.

Taehyung menjelingnya tajam sebelum menghentakkan fail yang diepgangnya itu ke atas meja pejabatnya.

"Kau tu tak layak digelar perempuan. Kau tu betina jalang!", jerit Taehyung. Dia memicit kepalanya yang sedikit pening dengan kehadiran perempuan itu.

Sudah berkali-kali dikatanya supaya jangan berani jejak ke pejabatnya lagi tetapi masih degil. Setiausahanya pula sampai tercedera kerana ditolak oleh perempuan tersebut.

"Dahlah. Aku nak keluar lunch. Kalau aku nampak lagi kau lepas aku makan lunch, tak segan-segan aku heret kau keluar dari sini. Kau faham?!", Taehyung menjerit sebelum mengambil kot kerjanya pada pengangkut baju sebelum keluar dari pejabatnya.

"Semak je, betina tu. Menyesal aku tolong dia dulu. Sekarang aku rasa serabut sebab dia je"

---

Yeora menilik jam dinding. Ouh. Lebih kurang dua jam lagi sebelum Taehyung pulang dari pejabat, baik dia masakkan untuk mereka sekeluarga makan malam.

"Nak masak apa ya harini? Ah. Taehyung ada kata teringin nak makan macaroni cheese. Baik aku masak yang tu", Yeora berkata seorang diri sebelum memulakan sesi memasak macaroni cheese buat suami tercinta.

Setelah siap dihidang, Yeora menilik kembali ke arah jam di dinding ruang tamu. Sepatutnya, sekarang waktu Taehyung sudah keluar dari pejabat.

"Mandi dululah. Nanti baru makan satu keluarga kat sini", dengan perasaan yang gembira, Yeora mendaki tangga untuk ke biliknya dan membersihkan diri.

---

Taehyung membetulkan cein nata yang berada di atas hidungnya itu sebelum menyambung kerjanya.

"You. Tengoklah ni. I ada masakkan macaroni cheese kat you. Sedap! Jomlah makan malam dengan I", Taehyung mengendahkan makhluk yang cukup menggangu konsentrasinya terhadap skrin komputernya.

"You! Janganlah ignore I!"

"Ish! Jangan kacaulah betina! Eee. Kenapa kau ni suka sangat menyemak! Kau dapat apa menyenak kat pejabat aku? Dapat pahala?!", naik seoktaf suara Taehyung menengking perempuan tersebut.

"Ish. Janganlah marah you ni. I cuma nak bagi you ni je untuk makan malam kita", perempuan itu duduk di meja pejabat Taehyung.

Taehyung memicit pelipisnya sebwlum bangun lau memandang perempuan itu tajam.

"Sebelum aku heret kau dengan cara kasar, better kau berambus. Aku dah lama sabar dengan kau ni", sekali lagi Taehyung memicit pelipisnya yang semakin berdenyut itu.

Sungguh pening kepala melayan kerenah perempuan gila ini.

"Jung Reena! Kau dengar ke tak? Ke pekak?", Taehyung menjerit lagi. Sungguh suaranya boleh habis sebab marahlan perempuan gila ini.

Terus Reena bangun lalu dia pandang Taehyung dengan mata yang sudah berkaca. Taehyung masih dengan wajah bengisnya.

"I akan pastikan yang you akan layan I baik-baik nanti", terus sahaja dia keluar dari pejabat Taehyung. Pintu dihempas kasar membuatkan Taehyung menghembuskan nafas lega.

Dia melihat makanan yang ditinggalkan oleh Reena. Dia melihat tong sampah di bawah meja pejabatnya. Lalu, dia menolak bekas makanan tersebut masuk ke dalam tong sampah yang sudah tersedia itu.

---

Taehyung mengerling ke arah jam tangannya. Dia mengeluh perlahan kerana dia tahu sekali lagi dia terlewat pulang ke rumah.

Rambutnya diramas kasar sebelum dia bangun dan terus keluar sebaik sahaja kot kerjanya diambil beserta beg pejabatnya.

Sebaik sahaja dia tiba di perkarangan rumahnya, kelihatan rumahnya masih menyala dengan cahaya lampu.

"Janganlah isteri aku tunggu aku lagi", dia berkata perlahan sebelum cepathcepat mematikan enjin dan terus keluar dari prit kereta.

Dibuka pintu rumahnya perlahan sebelum menjejakkan kakinya ke dalam rumahnya. Perkara pertama yang dia lihat ialah ruang tamu.

"Dah agak dah", dia terus membjka kasutnya lalu dia letakkan di dalam rak kasut sebelum berjalan menuju ke arah isterinya yang sedang nyenyak tidur di sofa.

"Sayang ni. Menyesal juga saya tak cakap yang abang akan pulang lambat. Maaflah sayang. Abang banyak kerja", Taehyung berkata pada Yeora yang masih dibuai mimpi itu.

Diusap perlahan pipi isterinya sebelum dikucup perlahan dahi isterinya.

Yeora mula bergerak mungkin kerana tidak selesa apabila aku asyik bermain dengan pipinya. Lalu, dengan perlahan dia membuka matanya. Kecil sahaja.

"Bila abang balik?", terus sahaja dia menggosokkan matanya lalu dia duduk bersila di atas sofa.

"Baru je tadi", aku menjawab lalu dia hanya mengangguk. Lalu dia bangun dan menuju ke dapur.

Taehyung hanya mengikutinya dari belakang. Pelik dia dengan kelakuan isterinya yang dia teka ingin tidur di dapur? Pelik.

"Sayang nak buat apa ni?", Taehyujg bertanya apabila Yeora bersandar pada dinding dan membuka pintu microwave. Lalu, dibawa keluar sebuah bekas tupperware dan diletakkan di atas meja makan.

"Saya masakkan untuk awak teringat awak ada minta saya buatkan macaroni cheese. Tapi, awak pula balik lambat. Jadi, saya suruh anak-anak makan dulu", Yera menerangkan kepada Taehyung.

Taehyung menggosokan belakang lehernya. Tidak sangka isterinya masakkan makanan yang dia idamkan. Juga tidak sangka masakan dia sama dengan makanan yang dibawa oleh Reena tadi.

Nasiblah dia tidak memakan makanan yang dibawa Reena walaupun memang dia sangat lapar pada waktu itu. Mungkin dia dapat rasa isterinya memasak istimewa buatnya.

Taehyung tersengih seorang dirim

"Awak tu dah kenapa senyum macam kerang busuk?", Yeira bertanya dan aku perasan dia sudah duduk di meja makan manakala aku masih berdiri.

"Hehe. Tak ada apa-apa", terus sahaja Taehyung duduk berhadapan dengan isterinya lalu dia mula mengambil chopstick yang disediakan olwh isterinya di atas meja makan lalu terus makan macaroni cheese yang dimasak istimewa untuknya.

"Kenapa balik lambat?", soalan Yeora membuatkan Taehyung yang ingin menyuap macaroni ke dalam mulutnya itu berhenti.

Diletakkan chopstick di atas meja kembali lalu dipandang muka isterinya.

"Abang banyak kerjalah sayang. Maafkan abang sebab tak bagitau sayang awal-awal. Lain kali, tak perlulah tunggu abang, masakkan untuk abang ke, sebab anag takut abang balik lambat je. Okay?", Taehyung memberi penjelasan.

Dia kasihan pada isterinya asyik terpaksa tidur di sofa kerana menunggu kepulangan dirinya.

"Hmm", jelas muka Yeora mengatakan dia kecewa dengan Taehyung. Sudah berkali-kali ditanyakan oleh anak-anak mereka di manakah papa mereka dan Yeora rasa yang anak-anaknya hanya mahu meluangkan masa dengan papa mereka yang jarang ada di rumah.

Keadaan menjadi hening tanpa suara siapa-siapa memandang Taehyung sibuk menghabiskan makanan yang disediakan oleh Yeora manakala Yeora pula menyibukkan diri dengan membelek telefon pintarnya.

Apa yang berada di dalam hati masing-masing ialah mereka mahukan masa untuk diluangkan bersama.

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now