Maybe second last chapter sebelum cerita ni habis. Hehe😚
Okaylah. Enjoy!!
Buona Lettura!!
•••
Taehyung memeluk dua orang anak kembarnya yang sungguh dia amat rindui. Erat sungguh pelukannya terhadap anak kembarnya itu.
"Kami rindu papa! Mama pun! Tiap hari mama nangis sebab rindukan papa." Ujar Taesoo membuatkan Yeora yang masih berada di muka pintu berpalingkan tubuhnya membelakangi luar rumahnya.
Matanya yang sudah berair bersama air mata yang sesekali sudah tumpah ke pipi membuatkan dia tidak mahu bersemuka dengan manusia yang sedang berpelukan bersama anak-anaknya itu.
Satu tepukan pada bahunya lembut membuatkan Yeora tersentak sebelum dia menepis kasar tangan yang memegang bahunya itu.
"Jangan sentuh saya."
Dingin sahaja suara yang Yeora lontarkan. Taehyung terkebil-kebil sebelum keluhan terlepas dari dua ulas bibirnya.
"Sayang." Perlahan dan sayu nada suara Taehyung memanggil Yeora. Sudah berbulan-bulan tidak bersua muka, kerinduan yang memuncak itu akhirnya dapat diubati kini.
Dia tahu Yeora masih marah terhadapnya. Bergenang air matanya lalu dia dengan pantas terus engesat air matanya sebelum dia meletakkan satu persatu lututnya ke atas tanah.
Dia melutut di tempat dia berdiri sebentar tadi sebelum dia teresak-esak menangis. Sungguh dia menyesal dengan perkara bodoh dia lakukan dulu sehingga menyakitkan hati yang tersayang.
Esakannya membuatkan Yeora terkedu. Terus dia berpaling menghadap Taehyung yang sedang melutut di hadapannya sambil menangis itu.
"A-abang minta m-maaf. Minta maaf s-sangat. A-abang tahu abang salah. Abang sanggup buat apa-apa je demi mendapat kemaafan sayang. T-tolonglah sayang. Abang terseksa kalau kita terus begini." Terang Taehyung teresak-esak.
Sungguh Yeora kata, inilah kali pertama dia melihat Taehyung menangis seteruk ini. Sayu pandangannya dilemparkan ke arah Taehyung.
Matanya dilirikkan ke arah anak kembarnya yang kini bersama Yeon Tae dan seorang gadis.
Yeora menelan liur kesat apabila matanya mula menitiskan air mata dengan deras. Bibir bawahnya digigit bagi menahan tangis tetapi dia tak tahan. Tangisannya akhirnya pecah.
Dia duduk bercangkung sambil menekup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Sungguh dia lemah melihat Taehyung begini.
Dia memang tak dapat nafikan perasaan terhadap Taehyung. Dia amat cintakan Taehyung. Walaupun masih mempunya sisa marah, tapi melihatkan Taehyung menangis di dalam penyesalan ini membuatkan hatinya diserang rasa sebak.
Taehyung dengan matanya yang sembab mengangkat wajahnya memandang ke arah Yeora. Terus digapai tangan Yeora daripada terus menekup mukanya sebelum dia meletakkan sesuatu di atas tapak tangan Yeora.
Yeora menggenggamnya sebelum dia membuka matanya lalu dipandang benda yang berada di dalam genggaman tangannya.
Cincin perkahwinannya dulu. Dia tinggalkan pada Taehyung sebelum dia berangkat ke sini.
"Berikan abang peluang?" Perlahan soalan itu diujarkan. Yeora diam tak berkutik. Dia dilema sama ada mahu terus menerima. Dia takut perkara lama berlaku sekali lagi. Sudah dia berikan peluang kedua kepada Taehyung, adakah Taehyung layak menerima peluang ketiga?
"Sayang." Terus dikucup lembut belakang tangan Yeora, lama. Sambil itu, matanya mengalirkan lagi air mata lalu jatuh ke atas tangan Yeora. Lalu, dia mengangkat wajahnya memandang wajah polos Yeora yang sedikit sembab.
"Maafkan abang. Abang minta maaf sangat. Abang sanggup buat apa saja demi mendapat kemaafan sayang. Tolong?" Pinta Taehyung lembut ditambah perasaan sebak.
Lama mereka berdiam diri sebelum Yeora bersuara.
"Sanggup buat apa je yang saya minta abang buat?" Soal Yeora kembali lalu mendapat anggukan kecil Taehyung.
"Peluk saya."
Tersentak Taehyung sebelum dia mengukir senyuman kecil lalu dia menarik Yeora masuk ke dalam dakapannya. Erat sahaja pelukannya terhadap isterinya seperti melepas rindu yang bergunung-gunung.
Lama kemudian, Taehyung menolak perlahan tubuh Yeora dari terus dipeluk olehnya. Dia mengesat lembut air mata Yeora di muka Yeora sebelum Yeora juga membuat perkara yang sama.
Taehyung mengambil cincin yang berada di dalam genggaman Yeora lalu dia menyarungkan cincin itu pada jari manis Yeora.
"Abang minta maaf." Yeora menganggukkan kepalanya perlahan bersama senyuman.
Taehyung perlahan-lahan mula mengucup bibir Yeora lalu mereka berbalas ciuman. Tetapi, tak lama apabila satu deheman menyentakkan mereka.
"Nak bersweet-sweet lepas kita makan malam ye? Sekarang ikut Yeon pergi makan." Ajak Yeon Tae sambil tersengih.
Ya Tuhan! Lupa yang ada orang lain juga menyaksikan drama air mata mereka. Terus tubuh Taehyung ditolak sehingga Taehyung jatuh terduduk dari kedudukan melututnya tadi ke tanah.
Memerah wajah Yeora apabila ditegur oleh Yeon Tae. Terys ditekup mukanya yang memerah itu daripada terus dipandang oleh orang lain.
Taehyung tergelak kecil sambil mengelap mukanya yang masih sembab kerana menangis tadi dengan sapu tangannya sebelum dia bangun lalu dia menarik tangan Yeora perlahan. Yeora menggigit bibir bawahnya sebelum dia tersenyum memandang Taehyung.
Bingkas dia bangun dari duduknya sebelum mereka mengikuti langkah Yeon Tae ke kereta.
---
Selesai mereka menjamu selera, mereka dikejutkan dengan Yeon Tae yang tiba-tiba bangun seperti ingin menyampaikan sesuatu perkara.
"Erm. So, sekarang papa dengan mama pun dah get back. Memandangkan semua dah berkumpul kat sini, Yeon nak bagitau sesuatu." Ujar Yeon Tae. Semua di situ hanya memerhati sebelum Yeon Tae menarik tangan gadis di sebelah untuk berdiri bersebelahannya.
Yeora dan Taehyung cukup kenal dengan gadis itu. Jeon Tiara.
"Yeon nak kahwin dengan Tiara."
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...