"It's not like I want to be further apart from you but I just want us to realize all we have done and create a new chapter"
-idaekim
Btw, guys. Pelik ke kalau Idae letak lagu melayu as lagu background untuk satu-satu chapter tu?
Buona Lettura♡
•••
Yeora melemparkan pandangannya ke luar rumah. Dia sudah lengkap berpakaian formal kerana harini, Yeon Tae katanya mahu membawanya ke majlis makan malam syarikat Yeon Tae bekerja. Shehingga kini dia maaih belum tahu apakah pekerjaan anaknya itu.
Bunyi hon kereta mengejutkannya daripada lamunan lalu dia tersenyum kerana melihat Yeon Tae sudah berjalan ke arahnya dengan sut hitam yang dikenakan pada tubuhnya.
"Jom, ma", Yeon menghulurkan tangannya pada Yeora dan Yeora dengan berbesar hati menggapai tangannya lali digenggam erat.
Kalau bukan Taehyung, siapa lagi boleh buat dia berpegangan tangan bersama seseorang yang berlainan jantina?
"Kalau Kim Yeon Tae ni bukanlah seorang anak kepada Shin Yeora, sudah lama Yeon kebas mama dari papa. Sebab harini mama cantik sangat", tergelak kecil Yeora mendengar kata-kata anak lelaki sulungnya itu.
"Memandai je kamu ni", Yeora berkata sebelum memasuki perut kereta apabila pintu kereta telah dibuka oleh Yeon Tae.
Lalu, Yeon Tae berlari anak untuk ke tempat pemandu dan terus memasuki perut kereta sebelum dia mula memecut keretanya keluar dari kawasan perumahan mereka.
Ya, Yeora mengaku, kalau anak lelaki sulungnya ini bukanlah anaknya, sungguh dia lwbih sanggup menerima anaknya itu daripada Kim Taehyung yang hanya tahu menghancurkan hatinya.
Sampai sahaja ke sebuah bangunan gah berdiri di jadapan mereka, Yeon Tae berhenti betul-betul di hadapan bangunan itu dan terus dia keluar. Perkara yang sama dilakukan seperti sebelum mereka memasuki perut kereta iaitu pintu dibuka untuk mamanya.
Karpet merah terbentang di hadapan mereka dan Yeon Tae meminta Yeora menyilangkan tangan Yeora pada tangannya. Yeora sudah terkebil-kebil tetapi hanya mengikuti langkah anaknya itu melalui karpet merah itu.
Semua staf yang beruniform kemas semuanya tunduk hormat pada mereka berdua di saat mereka melalui karpet mereha sebelum memasuki lobi syarikat itu yang sudah meriah dengan orang-orang besar.
"Yeon. Bagitau mama apa semua ni", Yera berbisik pada Yeon Tae yang sedang tersenyum memandang semua staf yang menegurnya.
"Welcome, president", Yeora membulatkan matanya lalu dia mencubit lengan anaknya.
"Ark, ark, ark. Mama. Sakit", terus Yeon Tae menarik lengannya keluar dari lingkaran tangan mamanya. Diusap perlahan lengannya yang dicubit mamanya tadi sambil mwngaduh kesakitan.
"Apa semua ni, Yeon? Yeon rampas harta orang ke sampai boleh jadi president ni Yeon?", Yeora menebak tanpa betkias kerana itu sahaja yang melintasi mindanya ketika ini.
"Mama! Yeon tahu lagi beza baik buruknya ma. Janganlah tebak macam tu. Jom kita masuk dengar taklimat dan nanti mama akan tahu kebenarannya. Jom jom. Mama kata mama lapar. Ada spagetti aglio olio. Sedap ma. Jom?", Yeon Tae menarik tangan mamanya untuk terus melangkah masuk ke dalam dewan.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...