Okay gais! Marilah kita tengok apa yang jadi pada dua pasangan Kim Taehyung dan Jung Reena juga Kim Taehyung dan Shin Yeora. Uhuks😚
Buona Lettura♡
•••
"Peluang kedua awak sia-siakan. Terima kasih, Kim Taehyung. Atas semua yang awak dah berikan. Saya hargai sangat. Sekarang. Tolong lepaskan saya"
Kata-kata Yeora masih terngiang-ngiang di minda Taehyung. Tak dapat dia terima setiap bait kata-kata Yeora. Terus dia meraup mukanya kasar sebelum keluhan berat dilepaskan.
Lamunannya terhenti apabila pintu bilik persalinan itu dibuka dari luar. Dia mengangkat wajahnya yang berpeluh untuk melihat gerangan yang membuka pintu.
"Hai, sayang!", terus Reena berlari ke arah Taehyung. Taehyung terus menolaknya kasar ke tepi daripada terus menunaikan hajatnya untuk memeluknya.
"Ni semua sebab kau. Sebab kau!", datu tamparan berjaya mendarat di atas pipi Reena. Reena jatuh terduduk di bangku yang berada berdekatan dengannya.
Dia memegang pipinya yang terasa pedih lalu dia mengangkat kepalanya.
"Awak ni dah kenapa?!", terus meluap rasa geramnya pada Taehyung. Dahlah tadi menghilang entah ke mana. Dia pula yang kena layan semua tetamu. Paling mali apabila rakan-rakan asyik bertanya di mana keberadaan suaminya.
"Sebab kau, rumah tangga aku hancur! Sebab kau, isteri aku paksa aku ceraikan dia! Sebab kau, hidup aku musnah tau tak?!", tengkingan Taehyung sedikut pun tidak membuatkan Reena takut malah dia boleh tersenyum sinis sambil memeluk tubuhnya.
"Salah siapa sekarang ni? Salah saya ke salah awak? Awak yang setuju nak akhwin dengan saya, bukan? Lepastu, awak nak salahkan saya? Biasalah isteri tu dia tak nak dideduakan oleh suaminya. Dah semestinya dia minta cerai. Kalau aku, aku pun tak nak", Reena berkata denagn nada yang sinis.
Kakinya disilangkan pula sebelum matanya dilirikkan ke arah Taehyung yang sudah memerah mukanya menahan amarah.
"Kau- Argh! Blah lah!", Taehyung terus menggapai kunci keretanya sebelum dia keluar dari bilik persalinan itu meninggalkan Reena keseorangan.
Sempat lagi dia menghempaskan pintunya sebelum dia berjalan keluar ke keretanya. Engin dihidupakan lalu kereta mula dipecut. Skarang destinasinya hanyalah ke rumahnya.
Serabut!
---
"Sayang!", pintu rumahnya dikuak kasar tetapi hanya ruangan yang gelap sahaja menyapa penglihatannya.
"Sayang? Mana awak?", terus dia berlari naik ke tingkat atas apabila hatinya sudah merasa tidak sedap.
"Sayang!", dibuka kasar sahaja pintu bilik mereka. Lengang? Tiada seorang pun di sini. Dia terus berjalan masuk ke dalam bilik itu lalu almari pakaian dibuka.
Dia terus jatuh terduduk samvil bersandar pada pintu almari itu apabila melihat pakaian Yeora semuanya sudah tiada di tempatnya. Termasuk anak-anaknya.
Air mata setitis demi setitis tumpah dari tubir matanya, mebgalir di pipinya dan makin lama esakan menjadi semakin kuat. Mengisi ruangan yang sudah lengang tiada orang.
---
Yeora melirikkan matanya ke luar tingkap. Ya, dia sudah lari dari rumah itu. Bukan lari tetapi dihalau.
Betapa terkejutnya dirinya apabila beg-beg pakaiannya sudah siap berada di luar rumah. Lalu, dia diserang oleh beberapa lelaki berbadan tegap. Dihalau dia dengan kejam dari rumahnya sendiri.
Kini dia berada di rumah mertuanya. Dia hanya diam apabila ditanya apa yang berlaku oleh ibu mertuanya. Sehingga ibu mertuanya putus asa apabila dia hanya membiarkan pertanyaan beliau sepi.
"Mama. Nak makan?", Yeon Tae duduk di sebelah mamanya sebelum sebuah dulang berisi nasi dan lauk-lauk dihalakan pada mamanya.
Yeora hanya menggeleng perlahan sebelun dia memalingkan wajahnya ke luar tingkap kembali, tidak mahu Yeon Tae melihat dia lemah sebegini.
Yeon Tae mengeluh. Dia terus meletakkan dulang makanan itu di meja berdekatan sebelum dia memeluk bahu mamanya.
"Mama. Jangan nangis. Yeon ada untuk jaga mama. Yeon tahu mama sedih dengan tindakan papa. Biarkan semuanya pergi dan kita di sini perlu teruskan hidup. Yeon ada duit simpanan dan kalau mama nak guna bagitau. Yeon terfikir nak belikan rumah baru sebab Yeon tahu mama tak selesa ada di rumah nenek. Mama jangan risau ya. Yeon boleh tanggung keluarga kita", Yeon Tae berkata pada Yeora dan esakan Yeora mula kedengaran.
Yeon Tae terus memeluk mamanya erat sepenuhnya lalu diusap belakang tubuh mamanya. Cuba untuk memujuk mamanya yang masih teresak-esak.
---
"Hai, sayang!", terus pintu bilik Taehyung dikuak dari luar memaparkannmuka perempuan yang paling dia tidak mahu melihat ketika ini.
Matanya yang agak berair itu dilirikkan ke tempat lain. Dia masih terduduk di almari baju biliknya itu.
"Sayang. Apa duduk dekat sini? Cuba sayang duduk atas katil. Kan selesa sikit?", beg bagasi yang dibawanya diangkat masuk ke dalam bilik itu sambil berkata pada Taehyung.
"Apa kau buat kat sini?", Taehyung bertanya dengan suara yang agak serak basah kerana masih menangis.
"Buat apa? Saya cuma nak kemas barang saya kat bilik kitalah", Reena menjawab lalu beg bagasinya dibuka dan dia mula mengemas di hadapan Taehyung.
Tangannya direntap kasar oleh Taehyung, digenggam kejap oleh Taehyung. Mata Taehyung yang berair dan merah itu dijegilkan.
"Kau tak layak nak duduk sini. Kau blah sekarang! Keluar!", Taehyung terus menengking Reena yang berada dihadapannya. Genggaman pada tangan Reena masih tidak dilepaskan malah dieratkan lagi.
"Ark, ark. Awak sakit...", Reena mengaduh kesakitan apabila dia dapat rasa tangannya mula memerah kerana tercedera daripada genggaman kejap Taehyung itu.
"Hati aku lagi sakit kalau nak dibandingkan dengan sakit tangan kau", terus dilepaskan kasar tangan Reena dan dia terus keluar dari bilik itu selepas menghempas pintu.
Mata Reena mula berair menahan rasa sakit di pergelangan tangannya. Diusap perlahan pergelangan tangannya sebelum dia memandang ke arah pintu bilik yang tadinya dihempas oleh Taehyung.
"Apa yang kurang pada saya, Kim Taehyung? Apa yang ada pada Shin Yeora?"
•••
Are you ready guys? Part part klimaks dah nak sampai dah ni. Let see apa jadi😌😪
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...