40+ The Finale

3.5K 284 48
                                    

"Sayang. Saya dah balik", aku dengan penatnya pergi ke arah Taehyung dan melakukan segala benda yang sering aku lakukan selepas dia pulang.

Bibir aku dicium sekilas olehnya lalu aku terus naik ke atas. Ya Tuhan. Sumpah aku rasa lenguh satu badan.

Aku turun semula dan kelihatan Taehyung sedang memandang aku pelik.

"Sayang tak masak ke?", dia bertanya pada aku dan aku menepuk dahi aku.

"Ya Tuhan! Lupa nak masak", aku berkata lalu kemudiannya, Taehyung datang ke arah aku yang berada di tangga itu dan terus badan aku dipeluk.

"Tak pa. Malam ni kita makan kat luar. Sayang nampak penat sangat ni", Taehyung berkata lalu pelukan dileraikan. Aku tersenyum hambar.

"Ok, Tae. Jomlah siap kalau macam tu", aku berkata lalu kami berdua naik ke bilik kami unuk bersiap.

---

"Sayang nak makan apa?", Taehyung bertanya pada aku lalu menu ditunjukkan kepada aku. Ah, aku tak da selera.

"Taehyung. Saya tak da seleralah nak makan. Entah kenapa", aku berkata lalu menolak menu ke tengah tanda tidak mahu.

"Laa, ya ka? Tak palah. Saya orderkan untuk sayang apa-apa je eh? Nanti sayang lapar, sayang makan", aku hanya mengangguk pada kata-kata Taehyung lalu kepala aku letakkan di atas meja. Pening.

"Mama sakit ke, papa?", dapat aku dengar Yeon Tae bertanya pda Taehyung.

"Biarlah. Mama mesti penat sangat tu. Dah jangan kacau mama", Taehyung berkata.

Beberapa minit kemudian, kami dihidangkan oleh pelayan tadi dengan makanan yang Taehyung order tadi. Bau dia. Tekak aku tetiba rasa gatal.

"Tae..", akhirnya, aku melepaskan semua yang aku rasa dapat hilangkan rasa gatal di tekak aku. Mual semamkin terasa. Ya Tuhan.

Aku masih terbatuk-batuk cuba untuk memuntahkan lagi apa yang ingin keluar. Taehyung menepuk belakang aku.

"Mama?", Yeon Tae kelihatan risai tetapi aku tidak mampu untuk membalas apa-apa.

"Kenapa ni, sayang? Sayang demam ke?", Taehyung bertanya. Aku hanya menggeleng kerana aku yakin aku tidak demam. Aku rasa?

"Dah?", dia bertanya lagi. Aku hanya mengangguk lalu kepala aku angkat. Lantai tadi sudah penuh dengan muntah aku.

"Nah, minum air", aku menggapai air yang diberikan kepada aku. Air aku teguk lama, sehingga habis.

"Waiter!", Taehyung memanggil pelayan yang terdekat.

"Tolong cuci bahagian ni. Isteri saya sakit", dia berkata lalu pelayan itu akur dan terus bergerak untuk mencuci tempat yang dipenuhi dengan muntah aku tadi.

Taehyung masih setia menggosok belakang aku. Aku mwnarik dan menghembuskan nafas perlahan-lahan. Masih cuba untuk menstabilkan nafas aku yang tadinya tidak teratur.

"Sayang ok ke? Nak balik?", Taehyung bertanya. Aku hanya menggeleng perlahan lalu bahunya aku pegang.

"Tak pa. Awak makanlah dengan Yeon Tae. Saya pe...", aku sudah semakin lemah dan kemudiannya aku rebah ke tangan Taehyung dan akhirnya, gelap.

---

Taehyung's

Aku hanya menunggu di luar bilik pesakit di mana Yeora ditempatkan. Selepas dia pengsan tadi, aku dengan Yeon Tae yang tak sempat makan itu terus membawa Yeora ke hospital. Ya Tuhan. Apa pulak yang jadi pada isteri aku kali ni?

Aku meraup muka aku kasar. Sumpah aku rasa tak sedap hati. Doktor ni pun kenapa lambat sangat.

Tetiba, pintu bilik pesakit Yeora dibuka dan kelihatan doktor yang merawat Yeora sudah keluar dari bilik itu. Aku terus bergegas bersama Yeon Tae ke arah doktor itu.

"Doktor. Macam mana dengan isteri saya? Dia sakit apa doktor? Dia ook je kan?", aku yang sudah tidak keruan itu melemparkan berdas-das soalan kepada doktor itu. Doktor itu hanya tersenyum.

"Tahniah, encik. Isteri encik mengandung tiga minggu", aku terkedu dengan kata-kata doktor tadi. Mata aku dah berkaca.

"T-terima kasih, doktor! Terima kasih", aku berkata sambil berjabat tangan dengannya. Gembira. Ya itulah perasaan aku sekarang.

Doktor itu hanya tersenyum dan mengangguk kepalanya berkali-kali. Kemudiannya, doktor dan nurse semuanya berjalan pergi bagi menjalankan tugas mereka yang lain.

Aku pandang Yeon Tae dengan senyuman yang paling manis.

"Yeon Tae! Kamu akan dapat adik baru!", aku menjerit lalu badan Yeon Tae aku dukung.

"Yeay! Adik baru! Yeon Tae Jr!", Yeon Tae menjerit kegembiraan selepas dapat tahu yang dirinya bakal me jadi abang.

---

Yeora's

Aku membuka mata dan hanya siling putih yang menerpa penglihatan aku.

"Argh", aku memegang kepala aku yang terasa agak berpinar itu. Aku pandang sekeliling. Eh, ada sambutan apa ni?

Aku cuba untuk ingatkan diri aku balik tentang apa yang terjadi sebelum aku pengsan. Oh, di kedai makan, aku muntah, aku pengsan? Oh. Dan sekarang aku ada kat sambutan apa ni?

Aku lihat setiap perhiasan yang digantung di sekeliling bilik itu. Aku baca banner yang digantung di hadapan katil yang sedang aku baring itu. Aku bangun ke posisi duduk.

'Happy 3 weeks'

Apa yang tiga minggu ni? Apa ni? Sambuatn tiga minggu apa ni? Tiga minggu aku pengsan?

"Taehyung?", aku panggil Taehyung apabila aku nampak Taehyung an Yeon Tae baru masuk ke dalam bilik itu.

"Eh, sayang dah bangun?", dia berkata lalu satu plastik diletakkan di atas meja katil itu. Eh, kenapa macam kat hospital ni?

"Dah. Ni sambutan tiga minggu apa ni?", aku bertanya dan dia kemudian duduk di sebelah aku.

"Cuba sayang teka", dia berkata. Ish, ni benci ni. Main teka-teka pula.

"Ish, cepatlah. Sambutan apa ni?", aku berkata dengan geram dan Taehyung sudah tergelak kecil.

"We got Yeon Tae Jr sayang", dia berkata lalu memeluk aku.

"Eh, Yeon Tae Jr?", aku menolak badannya keluar dari pelukan. Apa ni? Yeon Tae Jr?

"Ish, lambatlah mama ni! Yeon Tae dapat adik baru!", Yeon Tae yang berada di atas katil itu menjerit. Hah!

"Sayang!", aku terus memeluk Taehyung erat. Ya Tuhan. Kebahagiaan apa ini? Terima kasih.

"Thanks, sayang", Taehyung berbisik dan aku sudah menangis. Ya Tuhan. Sumpah. Aku gembira gila.

"Nak peluk jugak!", Yeon Tae menjerit lalu aku dan Taehyung tergelak dan kami bertiga pun berpeluk di atas katil hospital itu.

Terima kasih, Tuhan. Kerana masih beti kebahagiaan dalam keluarga kecil kami yang dah hadapi beribu penderitaan ini.

Terima kasih.

||THE END||

Thank you pada sesiapa yang masih setia membaca buku ni. Ya Allah. Sumpah terharu gila😭

Weyh!! Cerita ni dah habis. Ya Allah. Dah habis. Mesti nanti author rindu korang😭😭

Btw, siapa nak special chapter, spam comment bebanyak😂😂

Oklah. Sampai sini jelah hubungan kita sebagai author dan readers. Kepada yang masih sayangkan author, ceyh ayat, majulah ke buku baru author yang entahlah akan habis macam buku ni juagk ke tak😂😘

Sayang korang💜

Love from,
Ur lovely author, Idae❤❤

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now