19S2

1.7K 190 35
                                    

"Sometimes, we can't actually approach someone to follow us cause the God will bring them to the future that have been planned and it's called a fate"

-idaekim

Btw, guys. Ready untuk bersorak ye. Fanfic ni ada beberapa chapter lagi jew. Malas nak buat panjang-panjang. Sebab nanti korang boring. Hehe

Buona Lettura💜

•••

Taehyung memerhatikan mesej yang diberikan oleh pembantu peribadinya. Sungguh dia ada misi yang perlu dibuat dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Jauhnya", Taehyung bergumam sendirian sebelum mematikan telefon pintarnya dan menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

---

Reena memandang katilnya yang sudah dikemas rapi. Dia kemudiannya tersenyum nipis sebelum diletakkan sepucuk surat di atas katilnya sebelum dia mengangkut beg bagasinya keluar dari biliknya.

Di saat kakinya mula dijejakkan keluar dari kawasan rumah itu, dia memalingkan badannya dan mata dilirikkan ke arah rumah tersebut.

Senyuman sekali lagi menghiasi bibirnya sebwlum dia betul-betul berjalan pergi dari kawasan rumah itu.

---

"Ya. Aku nak kau cari juga. Sampai lubang cacing pun tak kisah. Yang pasti kau, jumpa kau bagitau aku", Taehyung berkata dan setelah mendapat balasan daripada pembanty peribadinya, terus dia mematikan panggilan dan diletakkan telefonnya di sisi sebelum kerjanya disambung.

Kemudian, dia menguap kecil sebelum dia melirikkan matanya ke arah jam dinding di dalam pejabatnya. Sudah hampir tengah malam dan rasanya dia ingin pulang.

Sakit badannya kerana asyik tidur di pejabat tetapi kalau pulang ke rumahnya, sakit hati rasanya melihat Jung Reena yang kini bergelar isterinya. Dia cuma rindukan seorang sahaja isterinya iaitu Shin Yeora.

Walaupun sudah hampir setengah tahun dia menghilangkan diri bersama anak-anak mereka, tetapi namanya bwrsama anak-anaknya masih tetap di hati.

Sekarang dia hanya tunggu masa untuk mencari mereka semula dan kembali seperti dulu setelah dia rasa puas membalas dendamnya pada si pemusnah rumah tangga mereka iaitu Jung Reena.

Dikemas segala barangnya yang berada di atas meja sebelum dia beredar dari pejabatnya.

Sampai sahaja di hadapan rumahnya, dia memarkirkan keretanya di dalam perkarangan rumahnya sebelum dia keluar dari perut kereta.

Ditekan punat pada kunci keretanya untuk mengunci pintu kertanya dan kemudian terus dia masuk ke dalam rumahnya.

"Gelapnya. Woi, perempuan! Mana kau?!", Taehyung menjerit sendirian sebelum dia menekan suis lampu untuk menerangi kawasan ruang tamu itu.

"Haih. Dah tidur ke perempuan ni?", Taehyung bergumam sendirian sebelum dia naik ke tingkat atas untuk ke biliknya.

Baru sahaja dia ingin menjejakkan kaki ke biliknya, terus dia batalkan niatnya dan meneruskan langkahnya ke arah bilik Jung Reena yang terletak bersebelahan dengan biliknya.

Diketuk berkali-kali tetapi tiada sahutan. Dahi Taehyung sudah berlapis-lapis, pelik dengan situasi ini kerana selalunya, Reena tidak berani untuk menghiraukan panggilannya. Tetapi kali ni dia hairan dengan perubahan drastik wanita tersebut.

Dibuka perlahan pintu bilik Reena itu perlahan-lahan. Dahinya berlapis kembali apabila melihat keadaan bilik itu yang kemas dan...kosong?

"Takkan kut?", terus Taehyung memasuki biliknya untuk melihat almari pakaiannya dan ya, kosong! Taehyung menumbuk pintu almari kerana ketidakpuasan hatinya dengan pemergiaan Jung Reena.

"Kau memang perempuan tak guna!", Taehyung menjerit geram sambil mengetap giginya.

Sebelum sempat dia ingin melangkah keluar, dia terlihat sepucuk surat berwarna ungu diletakkan di atas katil Reena.

"Dia fikir ni zaman sekolah ke nak bagi-bagi surat. Telefon ada kut", Taehyung membebel seorang diri sebelum mengambil surat tersebut dan terus melangkah keluar dari bilik itu. Pintu dihempas geram sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya.

Taehyung duduk di birai katil sebelum telefonnya dihidupkan memaparkan wajah lima insan yang tersenyum manis.

Ya, gambarnya dan empat orang yang tersayang. Awak di mana, Shin Yeora?

---

Dear Taehyung,

Saya tahu awak mesti marah bila tahu saya lari dari rumah, tapi saya tahu saya dah buat tindakan yang salah. Saya tak fikr dengan waras ketika itu.

Taehyung, saya minta maaf dari hujung jari kaki hingga hujung rambut. Saya tahu saya berdosa kerana dah hancurkan rumah tangga awak. Saya...bodoh ketika itu.

Ya, saya tahu awak mesti dah tumbuk-tumbuk katil sambil ketap gigi geram dengan tindakan saya ni tapi saya dah tak tahan Taehyung dan itu menunjukkan saya bukanlah untuk awak.

Saya akan tolong awak untuk pulihkan rumah tangga awak kembali seperti dulu. Jangan risau. Bila ada number saya mesej awak, jangan abaikan.

Lastly, saya nak cakap saya betul-betul cintakan awak dan saya berterima kasih kerana pernah wujud dalam hidup saya walaupun yang ada hanyalah penderitaan. Saya akan buat penderitaan yang saya terima itu sebagai pengajaran untuk saya teruskan hidup.

Terima kasih, Kim Taehyung.

Yang benar,
Jung Reena

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now