18S2

1.7K 171 69
                                    

Buona Lettura, my lovely readers😘

•••

Tiga bulan kemudian

"Mama! Yeon dah balik!", Yeon Taen membuka kasutnya lalu masuk ke dalam rumah dan tempat yang ditujunya adalah dapur kerana perut terasa sangat lapar.

"Ha Yeon. Duduk sini. Kita makan sekali. Yeosoo, nanti-nantilah main barbie kamu tu, Taesoo letak telefon tu tepi. Kita makan dulu ya", Yeora berkata sebaik sahaja sentuhan terakhir pada hidangan makan malam mereka selesai.

"Wah. Banyaknya mama masak harini? Macam ada tetamu pula", Yeon Tae tergelak kecil. Yeora juga tersenyum.

"Sajalah. Mama tiba-tiba rasa nak buat resipo baru. Bos mama minta mama cuba buat resipi baru untuk hidangan baru kat restoren dia. So, mama try masak untuk anak-anak mama tiga orang ni. Kalau korang suka bolehlah mama cadangkan kat bos mama", Yeora menerangkan pada anak-anaknya.

"Masakan mama semua sedap!", Yeosoo dan Taesoo berkata pada Yeora serentak dengan ibu jari dinaikkan dan ditunjukkan pada mamanya.

Yeora tersengih sebelum dia mengarahkan mereka untuk mula makan hidangan yang sudah terhidang. Mereka pun mula menikmati hidangan yang disediakan oleh Yeora itu.

Seusai habis menikmati makan malam, mereka terus masuk ke dalam bilik masing-masing dan mula untuk membersih dirin kemudian tidur.

Yeora menjejakkan kaki ke dalam biliknya lalu dia duduk di birai katilnya. Dia tersneyum sendirian apabila terfikir sudah hampir tiga bulan dia tinggalkan bumi Korea dan kini mereka berada di New Zealand.

Dia masih terasa gelaran sebagai isteri kepada Kim Taehyung walaupun kini dia bukanlah seseorang yang memegang gelaran itu lagi.

Mungkin Taehyung sudah bahagia bersama Jung Reena, isteri barunya. Yang mungkin lebih baik untuk diri Kim Taehyung.

Sesekali, Yeora menepis air matanya yang ingin sahaja tumpah ke bumi tetapi dia tahan kerana dia tak mahu dirinya tampak lemah. Dia perlu kuat. Ini hanyalah dugaan daripada Tuhan. Ya, dia perlu kuat.

---

Reena mengaduh kesakitan apabila luka di badannya itu terkena air. Sukar baginya untuk dia membersihkan diri. Bisa pada lukanya masih tidak hilang. Dia kadang-kadang menangis seorang diri kerana berasa kesal dengan tindakannya terlalu inginkan diri lelaki bernama Kim Taehyung ini.

Kenapa dia terlalu bodoh dengan semua ini? Sehingga dirinya menjadi mangsa sepak terajang lelaki itu. Dia tak tahan. Harini, dia akan mohon penceraian. Dia tak sanggup lagi ingin hidup dalam baran lelaki itu.

Dia keluar dari bilik air apabila sudah selesai membersihkan diri. Dia duduk di birai katil sambil melirikkan matanya pada jam dinding di dalam biliknya.

Tiba-tiba, hempasan pintu kedengaran dan dia tahu yang Taehyung sudah pulang dari pejabat. Dia menarik nafas panjang sebelum bangun dan ingin bergerak keluar dari biliknya. Dia bertekad dia perlu memohon penceraian jika dia tidak mampu bertahan lagi.

"Ish! Tepilah", Taehyung menepis tubuh Reena yang berada di hadapannya, menghalangnya daripada terus menghalang jalannya untuk naik ke biliknya.

Reena memalingkan tubuhnya lalu belakang Taehyung dipandangnya.

"Saya nak awak ceraikan saya", terhenti langkah Taehyung daripada terus mendaki anak tangga ke tingkat seterusnya. Ketawa mengekek dilepaskan sebelum dia memalingkan tubuhnya dan matanya mencerlung tajam ke arah Reena.

"Kau nak aku ceraikan kau? Kenapa? Ahh. Kau nak cakap kau menyesal paksa aku kahwin dengan kau dan sekarang ni pun kau tak tahan kan?", Taehyung berkata lalu sekali lagi dia ketawa besar.

Reen terdiam sebelum dia memgangkat wajahnya yang tadi ditundukkan memandang wajah Taehyung.

"Tolong. Lepaskan saya Taehyung. Saya minta maaf sebab saya buat tindakan yang salah. Saya tahu saya bodoh tapi tolonglah. Saya dah tak tahan", Reena terus terduduk di atas lututnya yang betul-betul di bawah anak tangga pertama.

"Hm. Apa aku perlu buat eh? Ceraikan kau? Hm", siasan mula menjadi sepi. Reena yang sudah dibasahi dengan air mata itu memandang Taehyung dalam dengan penuh pengharapan.

"Tolong, Kim Taehyung. Saya tahu awak bukan diri awak yang sekarang. Saya-"

"Masih terlalu awal untuk aku lepaskan kau. Lepas apa yang kau buat pada rumah tangga aku, kau fikir aku boleh lepaskan kau macam tu je? Dalam mimpi, Jung Reena. Ini baru permulaan, Jung Reena. Nantikan lagi penyeksaan yang akan aku buat pada kau di dalam neraka buatan aku ini", Taehyung dengan mata yang memerah dtu berkata sebelum dia naik ke biliknya dan pintu dihempas kuat.

•••

Sorry pendek gais😂

Nnty Idae update lagi sbb harini Idae kerja sampai pukul 12 malam😪

Weyh sorry unpublish balik. Nak promite ff org lupa lak.

Ni baca woi. Baca. Aku wajibkan hampa baca woi. Okay. Tipu. Tak wajib tapi rajinkanlah diri baca n vote ye.

My Hero Jeon Jungkook by DannuBusha

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now