Btw, chapter ni pendek sikit. Nanti next chapter Idae buat pepanjang ya😍
Buona Lettura♡
•••
"Yeon Tae. Yeosoo. Sabar ye, papa datang. Ya Tuhan, tolonglah jangan biar mereka diapa-apakan", dengan laju Taehyung memandu kereta ke location yang dihantar oleh orang yang menelefonnya itu.
Dia menilik jam tangannya.
"Ada lagi 21 minit", Taehyung memecutkan keretanya lagi untuk mempercepatkan perjalanannya ke tempat yang diletakkan anak-anaknya.
---
"Puan. Jangan nangis. Kami akan bergerak bersama suami puan. Kami akan cuba selamatkan anak-anak puan tanpa penculik tersebut sedari. Kami akan hantarkan puan ke rumah", polis yang merupakan warga Korea itu berkata pada Yeora.
Yeora masih diam. Matanya sudah sembab kerana dia sedih dengan nasib keluarganya. Baru sahaja mahu diluangkan masa bersama di sini, tetapi lain pula yang jadi.
"Saya ikut", Yeora berkata lalu dukungan Taesoo yang sedang tidur itu diperbetulkan sebelum berdiri dari tempat duduknya.
"Erm, tapi puan. Keadaan ini sangat bahaya. Lagi-lagi, puan sedang bawa anak lelaki puan", polis itu menasihati Yoera.
"Jom!", Yeora terus bergerak mengikuti anggota polis yang lain yang sudah masuk ke dalam kereta polis masing-masing. Polis tadi hanya mebggelengkan kepala sebelum membuntuti langkah Yeora keluar dari balai polis itu.
'Kim Yeon Tae. Kim Yeosoo. Tunggu mama. Jangan tinggalkan mama. Biarlah mama yang pergi'
---
"Tempat ini ke?", Taehyung menundukkan sedikit badannya untuk melihat bangun besar yang agak terbiar di pinggir hutan itu.
"Betullah tempat ni", Taehyung melihat gps yang dia pasangkan untuk datang ke tempat itu dan memang dia sejarang berada pada location yang dihantar.
Terus dia memusingkan kembali keretanya untuk diparkir jauh sdikit dari kawasan itu.
Lalu, dimatikan enjin keretanya sebelum dia keluar dari perut kereta.
"Yeon Tae, Yeosoo. Papa datang"
---
"Haih. Menyusahkan keluarga aku je", ditepuk-tepuknya tapak tangannya yang meninggalkan kesan debu di kayu tadi. Dilihat sekilas ke arah perempuan tak dikenali di hadapannya yang sudah tumbang dipukul olehnya tadi.
"Adik aku", terus Yeon Tae berlari ke arah adiknya yang masih tak sedarkan diri.
"Yeosoo. Yeosoo sayang, bangun", Yeon Tae menepuk-nepuk pipi adiknya supaya adiknya itu bangun.
Dia meletakkan dua jarinya di nadi pada leher adiknya sebelum mengheembuskan nafas lega kerana adiknya masih mempunyai denyutan nadi.
---
Taehyung masih berada di luar rumah usang itu. Bingung apa yang ingin dia lakukan. Masuk?
"Masuk jelah", dibuka pintu itu sedikit dan kemudian, cahaya dari luar yang agak samar-samar itu memasuki ruang gelap di dalam rumah itu.
Taehyung terbatuk kecil kerana debu-debu yang berterbangan di sekelilingnya. Dia mengibas-ngibas tangannya untuk mengenepikan debu-debu yang berterbangan ke arahnya.
Dia mula memasuki kawasan dalam rumah usang itu dengan bantuan lampu telefon pintarnya.
"Ish. Kenapa bersepah sangat?", Taehyung berjalan dengan berhati-hati kerana barang-barang bersepah di lantai, menyukarkan dirinya berjalan.
Dia melihat sekeliling, memikirkan ke mana harus dia pergi lalu dia cadang untuk pergi turun ke bawah tanah dahulu.
"Ark. Ketatnya", Taehyung sedaya upaya menarik pintu bilik bawah tanah itu yang agak ketat sehinggalah pintu itu terbuka dengan daya yang kuat menyebabkan badannya hampir tersungkur kebelakang.
Dia turun ke bawah dengan perlahan walaupun ada sedikit bunyi seperti tangga yang rapuh dan tunggu masa sahaja untuk pecah.
Langkahnya terhenti apabila samar-samar kedengaran satu suara dari tingkat bawah tanah itu.
"Kau ready? Kau ikut cakap bos. Kau naik tingkat atas sekali tempat kita letak budak tu, kau tolong bos jaga isteri lelaki bernama Kim Taehyung tu. Faham?"
Taehyung membulatkan matanya. Dia menghembuskan nafas lega apabila dia terfikir yang dia tidak membawa Yeora bersama.
Terus sahaja dia naik dengan perlahan ke atas kembali sebelum berlari ke tangga untuk naik ke tingkat atas sekali di mana dia sudah tahu anak-anaknya diletakkan.
---
"Aish. Macam mana nak handle budak ni?", Yeon Tae menggaru hujung keningnya sambil berfikir cara nak lepaskan diri dari kawasan penuh kegelapan ni.
"Ha. Aku dukung jelah dia bawa keluar", Yeon Tae terus mengangguk kepalanya laju sebelum dia bersedia mengangkut tubuh adiknya di belakang badannya.
Belum sempat dia mengangkat badan adiknya....
"Jung Reena!"
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...