Okay, korang. Last update kot for this week. Ka nak update sampai chapter 8? Lagi sakit hati korang😂
Okaylah. Buona Lettura♡
•••
"Saya minta maaf, abang", Taehyung cuba melepaskan badannya dari pelukan isterinya tetapi dieratkan lagi bersama esakan yang semakin kuat.
"Maaflah! Saya tak tahu yang saya salah faham!", semakin galak Yeora menangis sambil memeluk erat tubuh Taehyung.
"Ye, ye. Saya maafkan. Dahlah. Janganlah menangis macam ni", Taehyung berkata sambil mengusap belakang badan isterinya.
Lama dia menangis. Lama juga dia peluk. Tak lama kemudian, dia dengan teresak-esak melepaskan tubuh Taehyung.
Matanya sembab kerana menangis terlalu banyak lalu dipandang muka Taehyung. Taehyung tersenyum nipis.
"Dahlah. Jom masuk bilik. Nak peluk pun kenapa kat tangga? Tak sweetlah sayang ni", Taehyung berkata sebelum menarik tangan Yeora mengikuti langkahnya masuk ke bilik mereka.
---
"Tak nak tahu macam mana cerita kejadian petang minggu lepas ke? Mana tahu sayang tertanya-tanya macam mana boleh tiba-tiba perempuan tu cium abang?", Taehyung bermain dengan rambut isterinya.
Yeora yang sedang meletakkan kepalanya di atas lengan Taehyung itu diam. Dia memalingkan wajahnya, memandang Taehyung.
"Tak pa. Saya percayakan suami saya ni", dicuit hidung Taehyung sehingga Taehyung tergelak kecil melihat kecomelan isterinya.
"Yelah. Saya penat ni. Jom tidur", Taehyung berkata sebelum perlahan-lahan dia pejamkan matanya yang sudah lama meminta dipejamkan.
Yeora diam. Dia mengusap rambut Taehyung kebelakang kerana menutupi hampir separuh muka suaminya.
Dia kemudiannya, cium dahi suaminya sebelum mula mengikut jejak langkah suaminya yang sudah dibuai mimpi.
---
"Saejoo. Kalau perempuan tu datang, terus panggil pengawal halau dia. Saya tak nak ada yang ganggu saya buat kerja harini dan hari-hari seterusnya. Kalau isteri saya datang, bagi je dia masuk", Taehyung berkata pada setiausahanya sebelum dia memasuki pejabatnya debaik sahaja Jang Saejoo mengangguk faham.
Taehyung bersandar pada kerusi kerjanya. Dilihat sekilas pada gambar kahwin dia dan Yeora. Kenapa dia tak suka kahein dengan perempuan yang sempurna macam Yeora?
Mukanya pada ketika itu menzahirkan segala rasa negatifnya pada ketika itu. Dia memandang ke arah lain. Tak sanggup ingin mengenang kisah di mana dia curang bersama Mina yang metupakan kawan baik Yeora.
"Bos", satu suara menyapa pendengaran Taehyung, memberhentikan kenangan yang kembali menyinggah ke minda Taehyung.
"Ye?", Taehyung memandang setiausahanya. Saejoo berjalan ke arah bosnya sebelum meletakkan satu surat.
Dilihat sekilas surat tersebut sebelum dia memandang pada setiausahanya, terkejut.
"Saya tak benarkan", Taehyung menolak kasar surat letak jawatan tersebut sehingga jatuh ke lantai. Saejoo tertunduk. Lalu, dia mengambil surat yang jatuh dan diletakkan kembali di atas meja itu kembali.
"Tolong terima surat ni. Saya buat ni bersebab"
"No. Tolong jangan lepas tangan macam ni je. Awak tahu tak apa yang jadi pada kerja saya tanpa awak. Awak dah berjasa banyak pada saya. Jangan buat saya ugut awak untuk biarkan awak kekal kerja di bawah saya", Taehyung berkata sedikit keras.
Saejoo diam. Digigit bibir bawahnya lembut.
"Saya minta maaf, bos. Saya minta diri dulu. Terima kasih", terus sahaja Saejoo keluar dari pejabat Taehyung.
Taehyung menjerit kuat sambil menghentakkan mejanya. Tak lama lagi rasanya, mejanya boleh roboh.
---
"Eh, sayang? Bila sampai?", Taehyung yang baru sahaja keluar dari bilik air sambil mengelap mukanya dengan tuala kecil itu bertanya.
"Baru je. Ni nak tanya. Mana setiausaha awak? Tak ada pun kat tempat dia?", Yeora bertanya membuatkan Taehyung terhenti daripada bergerak. Muka diketatkan.
"Dia letak jawatan", terus sahaja Taehyung mengawal riak wajahnya sebelum berjalan ke tempatnya.
"Laa. Kenapa pula boleh letak jawatan ni? Abang ada dera dia ke?", Yeora bertanya lagi.
"Mana ada. Dia yang nak letak jawatan. Abang dah halang, dia gigih juga nak letak jawatan. Abang tak boleh halang dah. Takkan nak paksa macam dia hamba abang pula", Taehyung berkata sambil membuka komputer ribanya.
Yeora hanya mengangguk perlahan. Dia kemudiannya meletakkan bekal makanan di hadapan suaminya.
"Ni. Saya masakkan akanan kegemaran abang. Makan tau. Jangan skip makan. Nanti jatuh sakit", Yeora menasihati suaminya.
"Ye, sayang. Abang tak skip makanlah. Lagi-lagi bila sayang masakkan untuk abang. Hehe", Yeora mencebik.
"Jangan balik lewat sangat. Nanti anak-anak tanya. Bila cuti?", Yeora terus bertanya kerana dia rasa mereka tiada pun masa bersama sekeluarga.
"Ouh. Esok abang dah mula cuti. Seminggu", Taehyung berkata.
"Wah! Serius?! Tak sabarnya", terus Yeora tersenyum bahagia. Taehyung juga turut tersenyum lebar apabila dilihat reaksi isterinya.
"Ye, sayang. Abang ambil cuti lebih. Abang nak luangkan masa dengan isteri an anak-anak abang. Maafkan abang ye", Taehyung berkata lalu digapai tangan Yeora. Diciumnya lama.
"Ye, abang. Saya faham abang sibuk. Nak bagi kami sekeluarga makan minum. Hidup selesa. Saya berterima kasih sebab abang sanggup korban masa rehat, masa cuti abang untuk bagi kami kehidupan paling selesa. Terima kasih", Yeora berkata lalu dia mengusap tangan Taehyung.
Mereka tersenyum pada diri masing-masing.
Harapnya, tiada yang akan menjadi watak antagonis dalam perhubungan mereka yang sudah kembali pulih.
Harapnya juga yang tiada perselisihan faham dan kegoyahan kepercayaan pada diri masing-masing.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...