Kami bertiga pun akhirnya selesai menjamu selera. Aku keluar dahulu bersama Yeon Tae kerana Taehyung katanya hendak membayar bil.
"Yeon Tae masuklah dulu ye", aku berkata lalu aku menutup pintu kereta apabila Yeon Tae sudah masuk. Tangan aku masukkan ke dalam poket seluar dan memandang sekeliling sambil menunggu kedatangan Taehyung.
"Eh, sayang. Kenapa tak masuk lagi, nih? Sejuk kan kat luar ni", Taehyung yang baru datang itu menegur. Aju pandang dia pelik.
"Sejuk awak kata? Syiah apa awak ni", aku tergelak kecil. Dia pandang sekeliling.
"Dahlah. Jom masuk", dia mengajak aku masuk ke dalam kereta. Aku hanya menurut arahannya.
---
"Taehyung. Sajalah nak tanya. Awak serius ke yang awak dah tak ada perasaan kat ermm Mina?", aku yang teragak-agak itu mengajukan soalan kepada Taehyung yang sedang duduk di atas katil manakal aku yang sedang baring di sebelahnya.
Dia pandang aku selepas menghabiskan kerjanya di laptop. Busy betul suami aku sorang ni.
"Kenapa ni? Tetiba je?", dia memandang aku dan terus baring mengiring ke arah aku. Aku pula telah mengubah posisi aku mengiring ke arahnya.
"Tak dalah. Awak kan dulu macam terkejar-kejarkan dia sampai yelah sanggup curang?", aku rasa sakit di hati tapi aku tahan. Aku nak tahu kebenaran je sekarang ni.
"Hei, I'm truly sorry okay about that. Sorry sesangat yang saya tak nampak keikhlasan hati awak mencintai saya dulu. Saya tak nampak Tuhan dah bagi yang plaing sempurna untuk saya. Sorry sesangat. Saya menyesal", dia pandang aku.
Tangan aku digapai dan digenggam erat olehnya kemudian diciumnya. Aku pandangnya dengan mata yang sudah berkaca.
"I'm sorry okay? Saya sanggup bersumpah yang saya dah tak menyimpan perasaan terhadap Kang Mina lagi", dianberkata lalu bibir aku dicium. Aku membalas ciuman dengan hati yang lega.
Ya Tuhan. Aku harap inilah kebenarannya. Aku tak sanggup nak menghadapi dugaan yang perit lagi.
---
Hari ni, hari di mana Taehyung berjanji untuk membawa kami sekeluarga bercuti ke Hong Kong, China memandang Yeon Tae sudah memujuk kami berdua berkali-kali untuk ke Disneyland, Hong Kong.
"Sayang, Yeon Tae? Dah siap? Kita nak gerak dah ni? Kejap lagi flight nak berlepas dah", aku yang baru siap memasangkan butang pada dress yang ala-ala kemeja aku itu terus memandang Taehyung yang sedang berada di muka pintu.
"Yeon Tae! Ya Tuhan. Kenapa tidur balik ni?", aku terus mengejutkan Yeon Tae yang dah terbaring semula di katil king dalam bilik aku dan Taehyung. Nasiblah kau ni dah mandi, tunggu aku bagi pakai baju je.
"Bangun ni. Pakai baju ni cepat. Kata nak pergi Disneyland, kan? Cepat bangun. Kalau tak mama dengan papa tinggal Yeon Tae sensorang kat sini", aku dah mula membebel panjang.
"Ish, mama ni. Yelah. Yeon Tae bangunlah ni", Yeon Tae dengan segera bangun dan berjalan ke arah aku yang sedang bercekak pinggang.
Akhirnya, kami bertiga sudah siap untuk ke Incheon International Airport.
Disneyland, mu tunggu aku, Taehyung dan Yeon Tae datang!
---
Sampai sahaja ke Hong Kong, kami mula mencari kereta yang telah Taehyung tempah semalam. Dia telah menyurh orangnya mencari kereta sewa yang selesa buatnya.
"Hah, tulah dia", Taehyung menunjuk ke arah sebuah kereta yang tampak mewah berwarna merah hitam berjenama Audi R8 dari tempat parkir kereta VIP yang tidak jauh dari tempat kami bertiga berdiri.
"Masuklah", Taehyung mengarahkan aku dan Yeon Tae masuk. Taehyung kemudiannya memasuki bahagian pemandu.
Jangan tanya kenapa dia tak upah sekali driver. Sebab, dia tak suka ada orang kacau waktu kami bertiga bersama. Sweet kan?
Kami akhirnya sampai ke sebuah rumah. Rumah siapa? Aku pun tak tahu. Semuanya diuruskan oleh Taehyung sendiri.
Dia tanoa berkata terus memindahkan barang kami ke dalam rumah bangli tersebut. Nak duduk seminggu je tapi rumah macam nak bagi kami duduk lima tahun. Lawa gila!
"Wah. Papa! Ni rumah kita ke?", Yeon Tae yang baru sahaja bangun daripada tidurnya itu terus keluar dari perut kereta dan terus berlari masuk ke dalam rumah tersebut. Dia berlari ke serata rumah itu dan kami hanya memandangnya dari muka pintu.
"Iye, sayang. Ini rumah kita", aku terkejut. Dah kenapa ni jadi rumah kitorang pulak?
"Huh? Rumah kita?", aku dah pelik. Taehyung sudah tersengih.
"Saya selalu datang sini dulu, nak uruskan hal perniagaan appa saya kat sini. So, dia dah siap belikan kereta dan rumah untuk saya. Jadi, kalau ini kereta dan rumah saya. Maksudnya, ini semua kereta dan rumah kitalah kan?", dia dah tergelak kecil. Aku yang memula blur mula mengangguk kecil.
"Tak rasa besar sangat ke umah ni untuk awak seorang duduk?", aku bertanya. Dia menggeleng.
"Tak pun. Hah, by the way. Saya nak tunjukkan awak sesuatu. Special punya", dia tersengih dan aku menjungkitkan kening tanda bertanya.
"Tutup mata dulu, baru saya tunjukkan hadiah special tu", dia mengarahkan dan aku masih kaku. Mengadalah dia ni nak suruh tutup mata bagai.
"Ish. Tutup matalah sayang", dia menutup mata aku dengan mengambil kedua-dua belah tapak tangan aku dupaya diletakkan di mata aku. Kemudian, dia membawa aku berjalan.
"Tae. Jangan bagi saya jatuh tau. Kalau tak, saya cubit perut awak", aku mengugutnya dan aku dapat dengar ketawa terkekek-kekeknya.
"Yelah sayang oii"
Setelah beberapa minit dia bazirkan untuk membawa aku yang masih menutup mata ni, akhirnya kami berhenti.
"Ok, dah boleh bukak!", aku akhirnya buka mata aku dan jelas terpapar sebuah bilik yang mempunyai berpuluh-puluh gambar yang terletak kemas di dalam frame dan digantung di sekeliling bilik tersebut.
Gambar kahwin aku dan Taehyung.
Gambar Taehyung bersama kemeja birunya dan di sebelahnya gambar aku dengan dress light blue aku.
Gambar aku yang aku tak tahu dia dapat dari mana banyak bergantungan dalam bentuk polaroid dan di dalam frame.
And, lastly, apa yang buat aku tersentuh ialah, gambar Taehyung, aku dan Yeon Tae bersama dalam satu keluarga yang lengkap.
Air mata aku berlinangan. Ya Tuhan. Aku nenar-ebnar terharu dengan Taehyung.
Muka Taehyung aku pandang dan aku peluknya erat. Air mata aku semakin deras mengalir.
"Terima kasih, Taehyung. Terima kasih. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa terharunya saya", aku berkata dalam tangisan. Dia mengusap belakang aku.
"Haha. Saya pun nak cakap terima kasih sebab wujud dalam hidup saya. Terima kasih sebab dilahirkan di dunia ni untuk saya", dia menolak badanku keluar daripada dakapan.
Mata aku dipandang dalam-dalam. Hampir sahaja bibir kami ingin bersentuhan, tiba-tiba...
"Mama! Papa!", jeritan Yeon Tae memberhentikan kami berdua. Kami pandang sesama sendiri dan terus berlari turun ke tingkat bawah di mana Yeon Tae berada.
"Yeon Tae!"
•••
Seriuslah. Buku ni dah hampir sangat dengan ending dia. Keep waiting, guys!
Btw, nak bagitau yang start tomorrow, Ida akan hiatus sebab nak exam hari Isnin and I didn't even study anything yet during my holiday. So, hope u guys boleh keep waiting sampailah nanti Ida buat comeback!
Nanti, comeback, Ida buat double update. Ok?
K, enjoy💜
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...