"Yeon Tae!", kelihatan seorang perempuan yang berpakaian serba hitam sedang mengacukan pistol di tangannya pada kepala Yeon Tae.
Perempuan itu memasang mask hitam pada mukanya tapi aku yakin aku kenal dengan perempuan ni.
Dia kemudiannya, membuka mask yang dipakainya. Taehyung sudah memeluk bahu aku.
Ya, dia. Kang Mina!
"Kau nak apa lagi, Mina!", Taehyung menjerit. Mina hanya ketawa besar lalu muka aku dan Taehyung dipandang tajam.
"Aku nak hak aku balik! Kau!", dia menunjukkan pistol itu pada aku.
"Perampas!", dia menjerit lalu pistol tadi didekatkan pada kepala Yeon Tae semula. Aku dah gerun. Tangan Taehyung aku genggam erat. Takut apa-apa akan terjadi pada Yeon Tae. Air mata aku dah mengalir.
"Kau yang dah rampas hak dia! Kau tak nak mengaku lagi?! Kau blahlah Mina. Kau dah tak bermakna dalam hidup aku! Dan, takkan pernah bermakna dalam hidup aku", Taehyung berkata lalu sekali lagi pistol itu didekatkan ke kepala Yeon Tae. Yeon Tae sudah menangis teresak-esak.
"Kau jangan sampai aku panggil polis!", Taehyung berkata lagi dan Mina dengan selambanya ketawa terbahak-bahak.
"Kau nak budak sengal ni mati, kau panggillah polis. Panggil. Panggil!", dia menjerit dan sedikit lagi pistol itu nak melepaskan tembakan. Aku dah menangis tak keruan.
"Taehyung! Buatlah sesuatu!", aku dah menggoncangkan badan Taehyung tetapi Taehyung masih statik.
"Sabar, sayang. I have my own plan. I already expect it to happen. Sabar ye", Taehyung cuba untuk menenangkan aku. Aku mengangguk perlahan lalu badan Taehyung dipeluk dan mata dipejamkan erat. Tak sanggup lagi nak tengok Yeon Tae.
Bang!
Satu tembakan dilepaskan. Aku menangis semakin deras. Ya Tuhan! Yeon Tae! Akhirnya, aku rebah.
Taehyung's
Aku menekan butang putih yang berada di dalam poket aku. Ya, butang itu aku sediakan setiapa masa dengan aku. Pengawal yang diupah akan membawa beberapa polis di sekitar rumah kami dan akan menyerang penceroboh yabg datang.
Aku buat semua ini sebelum kami bertiga sampai ke sini. Aku tahu Mina pasti akan mengekori kami. Jadi, untuk ketatkan keselamatan keluarga aku, better aku buat persediaan siap-siap.
Bang!
"Go die, bitch"
Akhirnya, satu das tembakan dilepaskan dan Mina jatuh di hadapan aku dan Yeora dengan badan yang sudah berlumuran darah. Yeora pula sudah rebah dan aku sempat menyambut badannya.
"Papa!", Yeon Tae sedang menangis teresak-esak itu berlari ke arah aku yang sedang melutut sambil badan Yeora aku riba lalu badan aku dipeluknya. Dia menangis teresak-esak, ketakutan.
"Anak papa", aku memeluk Yeon Tae apabila Yeora selamat aku letak di atas lantai yang berlapikkan bantal sofa pada kepalanya.
"Yeon Tae takut", dia memeluk akuerat. Aku hanya mengusap belakang badannya. Aku juga takut. Takut kehilangannya semula. Takut kehilangan nyawa orang yang aku sayang.
"Dah dah. Jangan takut. Sekarang Yeon Tae masuk bilik. Tidur. Nanti papa datang. Papa ada kerja nak buat", Yeon Tae mengangguk lalu terus berjalan naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.
Yeora kemudiannya aku dukung ala bridal style lalu aku bawanya ke bilik kami. Aku letak badannya perlahan ke atas katil. Keluhatan peluh sudah banyak mengalir bersama air mata di pipinya.
Aku kesat segalanya dengan belakang tangan aku. Lalu, pipi, dahi dan akhirnya bibir Yeora aku kucup.
Kemudiannya, aku turun ke bawah untuk berjumpa dengan polis yang membantu tadi.
"Terima kasih, tuan", aku berjabat tangan dengannya sambil tersenyum. Dia juga senyum kepada aku.
"Tak menjadi masalah, Tuan kIm. Memang kerja saya untuk menangkap penjahat. Tetima kasih kepada Tuan Kim juga kerana mempermudahkan kerja kami", dia berkata.
---
Yeora's
Aku cuba untuk membuka mata aku yang amat berat itu. Mata aku masih berpinar-pinar. Ish. Kenapa pening sangat kepala ni?
Bang!
Akhirnya, aku kembali ke realiti. Ya Tuhan. Anak aku!
Aku mula bangun dari perbaringan dan terus duduk memeluk lutut dan menangis. Kenapa aku perlu hadapi pernderitaan ini lagi, Ya Tuhan? Aku penat. Sudah banyak yang aku hadapi. Tapi, kenapa mesti anak aku? Kenapa mesti keluarga aku?
"Hei, sayang. Kenapa ni?", Taehyung yang baru sahaja memasuki bilik kami itu terus meluru ke arah aku dan badan aku dimasukkan ke dalam dakapannya. Hangat.
"Dah, dah. Jangan nangis", dia cuba untuk menenangkan aku yang masih menangis teresak-esak.
"Yeon Tae...", aku perlahan menyebut nama Yeon Tae. Taehyung melepaskan pelukan lalu muka aku diangkat menghadap mukanya.
"Hei, dah. Jangan nangis. Yeon Tae selamat. Dia tengah tidur dalam bilik lagi. Jangan risau nah?", Taehyung berkata. Mukanya kemudian aku pandang. Air mata aku seka.
Yeon Tae...selamat?
"Yeon Tae selamat? Tapi, tadi...", ayat aku tergantung apabila dipotong oleh Taehyung.
"Tadi tu, Mina yang ditembak. Kan saya dah kata I have my own plan. Polis dah tangkap dia dan dia disahkan meinggal dunia pagi tadi", dia menerangkan lagi. Aku gembira. Ya, sangat gembira. Dan, juga bersyukur kerana tiada nyawa yang aku sayangi diragut oleh perempuan psiko itu.
"Thanks, sayang", aku memeluk Taehyung dan muka aku sembamkan pada dada Taehyung. Dia kemudiannya mengusap belakang aku.
"Jangan nangis tau. Dah tiada sesiapa yang boleh kacau rumah tangga kita lagi dah", dia berkata dan aku hanya mengangguk di dalam pelukannya.
•••
The end!!
Sekali lagi, author tipu😂😂
Btw, harini, author buat triple update terus tau. Sebab apa?
Sebab author sayang readers💜
K, enjoy tau💕
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...