Few weeks later
Aku keluar dari bilik aku sambil rambut aku yang panjang diikat tocang dan kemudiannya disanggulkan. Harini aku nak hantar Yeon Tae pergi sekolah rendah. Harini hari first dia. Haih. Dah besar dah anak aku.
"Yeon Tae! Come here. Kita nak ke sekolah baru!", aku memanggil Yeon Tae dan kelihatan dia sudah berlari ke arah aku dengan muka teruja.
"Jom, mama. Jom!", dia menarik-narik tangan aku. Aku hanya menggelengkan kepala.
"Taeyong mana? Tak nak ke sekolah ke? Taeyong!", aku memanggil nama Taeyong. Dia yang baru menggalas beg itu memandang aku dan tersenyum.
"Kejap. Nak ambil barang", dia terus masuk dalam bilik dan dia keluar dengan begnya dan bajunya yang terpakai rapi di badannya.
"Jom!", Yeon Tae menjerit gembira sambil tangan yang aku genggam itu dia angkat.
---
"Yeon Tae. Jom. Kita dah habis daftarkan kamu. Buat perangai elok-elok masa belajar. Jangan buat hal. Taeyong, kamu tengokkan dia", aku memandang Taeyong dan dia hanya mengangguk.
"Ok, noona!", aku tersenyum. Kemudian, aku memimpin Yeon Tae ke kelas dan Taeyong sudah berlari mengikut kawan-kawannya.
Tetiba, tangan aku ditahan. Aku memandang si empunya tangan.
Kim Taehyung.
"Apa awak buat kat sini?", aku melepaskan genggaman tangannya daripada tanganku dan mengajukan soalan.
"Aku layak ada waktu hari pertama anak aku sekolah", dia berkata dan aku melihat Yeon Tae yang kelihatan sangat tidak mengetahui apa-apa. Aku melutut di hadapannya.
"Yeon Tae. Tae pergi masuk kelas sulu. Nanti mama ambil balik nanti. Jangan nakal. Mama ada urusan sikit. Sorry anak mama", aku kucup dahinya dan tersengih. Bibir aku dicium olehnya. Eh, budak ni.
"Bye, mama. Tae janji akan belajar elok-elok", dia terus berlari masuk ke kelasnya. Aku tersenyum melihata gelagatnya yang teruja dan terus bangun apabila aku perasan Taehyung masih berada di sisi aku.
"Tae. Sedarlah yang kita tak ada papa dah. Saya dah ada pengganti. Saya dah ada orang lain. Yeon Tae pun dah terima dia seada-adanya. Maybe minggu depan saya akan tuntut cerai. Tolonglah. Don't ruined my happiness for the second time", aku berkata dan dia terdiam.
"How can I be like you where you could move on easily but I can't?", dia berkata dan aku dapat mengesan matanya makin berkaca.
"Sejak bila pula awak suka saya? Sejak bila pula awak cintakan saya sampai nak cakap awak tak move on dari saya? Pergilah kat Mina kesayangan awak tu", aku berkata.
"Mina... Jangan sebut nama perempuan tu. Dia tak berguna dalam hidup aku. Aku baru sedar yang kaulah yang mengisi segala kekosongan dalam hidup aku. Hanya kau yang aku fikirkan orang lain. Tolonglah Shin Yeora. Maafkan aku. Berikan aku peluang kedua", dia menggapai tangan aku lalu menciumnya lama dan aku dapat rasa tangan aku makin lama makin basah.
Oh my. Hati aku bergetar. Mata aku mula berkaca melihat keadaannya begini.
Tak Yeora! Kau kena kuat! Kau dah ada orang yang boleh bahagiakan kau selain Kim Taehyung iaitu Min Yoongi. Kau kena pertahankan kebahagiaan kau yang terbazir disebabkan lelaki di hadapan kau ini.
Abaikan dia. Abaikan segala janji manis dia. Dia hanyala pemusnah kebahagiaan kau.
"Dah. Kalau awak terus nak kacau kebahagiaan saya, saya takkan pernah maafkan awak. Please. Let me get my happiness after what you have done to me before", aku merentap tangan aku yang basah dengan air matanya. Aku lapkan pada baju dan terus berlalu keluar dari kawasan sekolah Yeon Tae dan Taeyong.
•••
Sian Taehyung kita. Takpa. Kita tengok Yeora masih boleh tahan ke dengan Taehyung. Entah-entahlah nanti dia berubah hati.
K bye💕
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...