21+ New Lover?

4.9K 387 52
                                    

Taehyung menolak badanku daripada dakapannya perlahan-lahan. Aku memandangnya yang sedang mengelap air mata yang masih bersisa di pipi. Aku menepis tangannya perlahan lalu air mata tersebut aku lap.

Kesedihan yang menerpa dirinya sudah membuat diriku sedih. Aku x suka perasaan ini. Dia pernah menyakiti aku. Dia pernah membuang aku. Dia pernah mengkianati aku.

Tapi, mungkin, ini peluang terakhir yang aku boleh beri kepadanya. Aku dilemma. Aku x mampu nak ungkapkan kata-kata lagi di hadapannya yang sedang bersedih. Diriku masih belum bersedia untuk menerimanya kembali. Walau bagaimanapun dia berusaha untuk memujuk aku, tapi aku masih belum bersedia. Mianhae, Taehyung-ah.

Aku tersenyum padanya lalu aku terus meloloskan diri aku masuk ke dalam rumah. Dia hanya terpaku di situ tanpa menghalangku lagi. Mungkin dia faham bahawa peluang yang diminta belum boleh diberikan kepadanya.

"Sapa kat luar tadi?", aku yang sedang bersandar di pintu tu terkejut apabila satu suara menegur aku. Ish, x reti bagi salam ke apa? Aku memandang mamat sejuk sorang tu.

"Hmm...kawan lelaki", aku berkata mendatar. Yoongi sudah mengangkat sebelah keningnya dan berpeluk tubuh di hadapan aku.

"Kawan lelaki sampai boleh peluk bagai?", dia bertanya lagi. Dia ni dah kenapa? Tetiba ja nak cakap dengan aku pasal benda ni. Selamani x pernah pon nak cakap dengan aku kalau benda tu x libatkan dia.

"Emm, kawan lelaki x boleh berpelukan dengan kawan perempuan ke?", aku bertnya. Yelah, aku rasa boleh je. Kenapa dia nak pelik semacam? Dia terdiam seketika.

"Aku tanya sebab aku x pernah nampak dia datang pon selama kau duduk sini", ok, ni buat aku pulak yang speechless. Nak balas apa ni? K, x pa. Dia dah blah. Like literally macam tu je dia blah?

---

"Mama!", Yeon Tae berlari masuk ke dalam dakapanku. Aku pelik. Kenapa dia boleh balik sendiri padahal rumahnya jauh dengan tadika? Aku baru nak bersiap pergi menjemputnya pulang.

"Mama mesti pelik en Tae balik dengan siapa? Tae balik dengan papa Superman Tae 2.0!", aku mengangkat kening. Sapa pulak papa superman Tae 2.0 nih?

"Ala, mama ni. Yang abang baik haritu yang tumpangkan kita tu", dia menggoncangkan lenganku berkali-kali. Aku tersedar. Taehyung?

"Maksud kamu..", aku terhenti apabila aku teringat yang anak aku x tahu lagi yang itu adalah papa kandung dia. Kekedang aku kesian tengok anak aku yang hidup tanpa kasih sayang daripada seorang bapa.

Sekarang baru tadika. Kalau dekat sekolah rendah nanti, apa orang akan kata padanya? Anak x cukup kasih sayang? Anak x da bapa? Kang diorang tuduh Taehyung macam-macam.

"Papa Kim Taehyung hensem. Mama kan? Dahlah nama kami nak sama. Taetae gitu. Mesti nanti Tae besar jadi hensem macam abang Taehyung jugak kan?", aku dah tersentak dengan ayat-ayat yang dilemparkan oleh anak aku.

Papa? Adakah dia sudah tahu? Tetapi gayanya tidak menunjukkan yang dia tahu kebenarannya.

Tetapi, aku terfikir.

Macam mana reaksi dia apabila mengetahui Taehyung yang dia banggakan itulah papanya? Adakah dia gembira ataupun sedih ataupun marah?

---

"Mama. Papa Taehyung ajak Tae keluar lepas balik tadika. Mama nak join?", Yeon Tae yang baru turun dari motor yang dibawa opeh aku itu berkata. Aku memadangnya lalu menggeleng perlahan.

"Alaa, papa Taehyung kata lagi best kalau ajak mama", Yeon Tae tertunduk. Aku tersenyum nipis. Kepalanya aku dongakkan ke arah muka aku.

"Mama nak kerjalah sayang. Nanti keluar dengan papa Taehyung, buat perangai elok-elok. Jangan nakal-nakal. Jangan menyusahkan papa Taehyung", Yeon Tae mengangguk laju.

"Aip aip captain!", dia menabik aku laku berjalan masuk ke dalam perkarangan tadikanya. Aku tersenyum melihat kecomelan Yeon Tae. Aku harap Taehyung x bagitau apa-apa lagi pada Yeon Tae. Aku x bersedia untuk melihat reaksinya lagi.

---

"Mama!", aku yang sedang membungkus nasi lemak itu terdengar jeritan anak aku. Balik dah dia. Seronok dia keluar dengan papa dia.

Aku keluar dari rumah untuk menjemput Yeon Tae masuk. Kelihatan Taehyung masih ada di sini. Aku hanya melihatnya yang berdiri selepas dipeluk oleh Yeon Tae.

Aku menolak sedikit badan Yeon Tae.

"Pergi masuk sayang. Mama ada masakkan nasi lemak kegemaran kamu", aku berbisik pada Yen Tae dan dia tersenyum girang lalu berlari masuk ke dalam rumah.

Taehyung yang masih berdiri di situ jalan mendekati aku. Begitu juga aku. Kami berhenti apabila jarak kami tidak terlalu jauh, tidak terlalu dekat.

"Kenapa awak tetiba nak luangkan masa dengan anak saya?", aku bertanya ringkas tetapi padat padanya.

"Saya nak luangkan masa dengan anak saya. X boleh ke?"

"Bukan x boleh, tapi awak tu dahlah x da waktu dia dibesarkan. Nanti kalau ia dah tahu awak papa dia, awak rasa apa reaksi dia?"

"Mestilah dia gembira. Dapat papa sekacak saya", dia sudah menjungkitkan keningnya beberapa kali.

"Ikut suka awaklah. Saya cuma takut, reaksi yang kita berdua x expect akan berlaku", aku berkata lalu langkah diatur masuk ke dalam rumah.

"Sekali lagi?", babun betullah mamat sekor ni. Lemah jantung aku. Dia ni kejap ada, kejap x da. Macam hantu dah aku tengok.

"Saya x berpelukan dengan dia dah kan? Kenapa awak nak sibuk pasal diri saya?"

"Sebab kau dah curi hati aku"

•••

Datang dah lagi satu bala. Korang rasa Yeora nak pilih sapa? Dan, korang ship Yeora dengan sapa?

YeoTae

Or

YeoGi

K bye💞

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now