"Mama!", Yeon Tae bersama Taeyong berlari ke arah aku. Yeon Tae memeluk aku.
"Macam mana school harini?", aku melutut di depannya. Dia tersenyum gembira.
"Seronokkkkk sangat", dia menggayakan tangannya untuk menunjukkan betapa gembira dan seronoknya dia.
"Nak tahu tak noona. Dia ada ramai fans!", Taeyong berkata dan perkara tersebut membuatkan aku tergelak besar. Pipi mereka berdua dicubit.
"Macam manalah, Taeyong dengan Yeon Tae yang kacak ni tak jadi hot kat sekolah? Mestilah korang berdua ni ada banyak fans. Kalau boleh mama pon nak jadi fans korang", mereka tergelak bersama aku.
Tetiba, waktu kami berjalan ke arah kereta, Yeon Tae menarik tangannya keluar dari pegangan aku dan terus berlari ke depan. Aku melihatnya dengan muka yqng agak terkejut.
"Yeon Tae!", aku memanggilnya dan ingin ulang memanggilnya tetapi terhenti apabila aku ternampak Yeon Tae sedang memeluk Taehyung dan Taehyung pula sedang mengusap rambutnya.
Aku mengeluh lalu menyuruh Taeyong masuk dahulu ke dalam kereta. Nasiblah budak Taeyong ni bukan jenis yang kuat membantah. Mengikut arahan. Bukan macam abang dia.
Aku terus berjalan ke arah Yeon Tae dan Taehyung. Semaklah dia ni.
"Awak nak apa datang sini? Tadi pagi dah datang kan?", aku bertanya pada Taehyung dan dia mengalihkan pandangannya daripada Yeon Tae ke arah aku.
"Nak tengok anak aku pun tak boleh ke?", aku dah pandang dia tajam. Aku harap Yeon Tae tak dapat tahu apa-apa pasal Taehyung yang sebenarnya merangkap judul sebagai ayah kandungnya.
"Yeon Tae. Masuk kereta. Mama nak bincang sikit dengan uncle ni", aku berkata dan Yeon Tae dengan senyumannya terus berlari masuk ke dalam kereta.
"Awak tahu kan yang Yeon Tae tak tahu lagi pasal kita?"
"I know. Why?", ish, dia ni. Aku sepak gak kang.
"Please, jangan cakap macam tu depan Yeon Tae. Dia tak ready lagi nak tahu pasal siapa papa dia", aku berkata dan Taehyung tergelak kecil.
"Dia ada hak untuk tahu semua tu. Dia anak aku. Kenapa kalau si anak tak boleh tahu pasal siapa ayah kandung dia sedangkan dia tahu siapa mama kandung dia?", dia bertanya.
"Sebab, awak tak da during the time he's growing up. You are not there with us", aku berkata. Aku ingin berlalu pergi tetapi bahu aku ditarik oleh Taehyung.
"Wait. Aku dah minta maaf dan aku dah tuntut hak aku sebagai suami dan ayah kepada Yeon Tae kan? Aku nak tebus balik segala kesalahan aku dan nak tebus balik masa yang dia tak dapat spend dengan aku", dia berkata. Aku melepaskan bahu aku daripada tangannya.
"Dahlah. Saya nak balik. Malas nak layan orang tak faham bahasa macam awak ni", aku terus berlalu masuk ke dalam kereta dan kemudian, aku memandu keluar dari kawasan sekolah rendah tersebut.
---
Aku masuk ke dalam rumah bersama Yeon Tae dan Taeyong yang dipimpin oleh aku. Kelihatan Yoongi dah berada di ruang tamu bersama Mak Cik Suri. Kenapa ni?
"Yeora. Tolong mak cik boleh?", Mak Cik Suri bertanya pada aku dan aku memandangnya.
"Tolong apa, mak cik?"
"Tolong masakkan sesuatu yang special untuk satu family sebab nanti kita ada tetamu. Katanya, Yoongi ni nak bawa bakal menantu mak cik", Mak Cik Suri berkata. Oh my. Yoongi tak cakap apa pun pasal ni.
Aku pandang Yoongi dan dia terus mengenyitkan matanya pada aku. Aku tersenyum lalu mengangguk.
Di dapur, aku menyediakan pelbagai hidangan yang katanya untuk 'bakal isteri' Yoongi. Aku tersenyum gembira sambil tangan lincah melakukan kerja.
Selesai sahaja menghidangkannya, aku terus ke depan iaitu ke ruang tamu.
"Yoongi, katanya dah nak sampai. Tak sampai pun. Tah diorang ubah date ka?", Mak Cik Suri sudah kelihatan gelisah. Yoongi tergelak kecil lalu memandang aku apabila dia perasan akan kehadiran aku.
"Ha, dah sampai dah tu", Yoongi terus bangun dari duduknya. Mak Cik Suri dah pelik.
"Mana? Engin kereta pun tak dengar. Lelagi, ketukan pintu. Diorang ni pandai ketuk pintu ke tak?"
"Tengok jelah, mak", dia terus berjalan ke arah aku dan Mak Cik Suri hanya melihat setiap pergerakan Yoongi. Aku tersenyum manis.
Dia kemudiannya melutut di hadapan aku.
"Sudikah kau menjadi peneman sehiduo semati aku?", dia bertanya dan aku tersenyum.
"Oh my! Yoongi! Apa kamu buat ni? Tu Yeoralah", Mak Cik Suri dah gelabah teruk. Aku dan Yoongi dah tergelak besar.
Yoongi bangun dari posisi melututnya dan terus pegang tangan aku erat.
"Nilah bakal menantu mak", dia berkata dan Mak Cik Suri dah menekup mulutnya, terkejut dengan setiap bait kata Yoongi.
"Oh my! Yoongi, Yeora. Kamu berdua- oh my", Mak Cik Suri masih kelihatan tidak percaya dengan semua yang diketahuinya ini.
"Yas. Kami dah mempunyai hubungan hampir dua bulan", Yoongi menjawab.
"Tapi, Yeora. Kamu-"
"Saya dalam ptoses memohon penceraian, mak cik", aku berkata dengan senyuman di bibir. Air mata Mak Cik Suri kelihatan sudah mengalir.
"Mak cik tak sangka", dia terus datang ke arah aku lalu memeluk aku.
"Ni maksudnya kami dah direstui lah ni kan?", Yoongi dengan bangganya bertanya. Mak Cik Duri sambil menangis berpelukan dengan aku mengangguk laju.
"Yeay!! Sayang mak!", Yoongi terus emmeouk aku dan Mak Cik Suri.
Ah, gembiranya aku. Akhirnya, kami berdua sudah mendapat restu daripada Mak Cik Suri. Aku harap kebahagiaan yang bakal aku capai ini tiada yang ingin menghalang.
Terima kasih, Tuhan.
•••
Weyh!! Yoongi dengan Yeora dah nak kawin!! I can't lah. Sapa sokong Yeogi nih. Sila mangkat😂😂
K bye💕
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...