08S2

1.8K 173 53
                                    

Okay. Lepas chapter ni, silalah doa bebyk supaya korang boleh tenang utk baca next chapter. After spm. K bye😂

Buona Lettura♡

•••

Yeora duduk di birai katil. Keluhan dilepaskan sebelum satu kertas yang tadinya dia baca itu dibuka kembali.

'Taehyung, saya mengandungkan anak awak. Sanggup awak lepas tangan macam tu je? Awak tinggalkan saya lepas awak sentuh saya. Sanggup kan hati awak?'

Digenggam geram kertas itu. Mana dia jumpa? Oh. Tadi ada orang luar tkan loceng dan sekarang dah ada kat tangannya.

Air mata yang cuba ditahan dari tadi itu dia tepis apabila air matanya ingin jatuh.

"Aku percayakan suami aku. Semua ini hanya penipuan untuk hancurkan keluarga aku. Positif Yeora", Yeora berkata sambil menenangkan hatinya yang mula huru-hara itu.

---

"Okay, anak-anak papa! Sini papa ada peraturan semasa kita berada di dalam kapal terbang", Taehyung mula berkata-kata sebaik sahaja mereka berada di lapangan terbang.

Taehyung berdehem, mengacah dirinya sebagai ketua.

"Pertama! Jangan berlari. Kedua! Jangan kacau orang. Ketiga! Jangan buat bising. Keempat! Jangan kacau mama dengan papa nak- Auch! Sakitlah sayang!", Taehyubg menggosok lengannya yang dicubit oleh isterinya tadi.

"Tua bangka pun masih gatal eh?", Yeora menjegilkan matanya memandang Taehyung. Taehyung hanya menghadiahkan senyuman petaknya kepada isetrinya.

"Okay papa!", Yeosoo dan Taesoo menjerit manakala Yeon Tae hanya trsenyum lalu mengangguk.

"Okay! Jom kita masuk kapal terbang!"

"Yeay!", anak-anak mereka mula bersorak.

Taehyung memandang Yeora. Begitu juga dengan Yeora.

Mereka tersenyum pada diri masing-masing sebelum menguncikan jari-jari mereka bersama dan mengikuti jejak langkah anak-anak mereka.

---

"Wah! Kita kat mana ni papa?", jerit Yeosoo. Taesoo masih tidur di dalam dakapan Yeora.

Yeon Tae? Sibuk chat dengan Tiara.

"Kita kat....Paris! Yeay!", Taehyung menjerit dan berhenti menjerit apabila bahunya ditampar oleh Yeora. Yeora menunjuk ke arah Taesoo yang masih tidur.

"Sorry. Okay. Jom anak-anak papa. Kita pergi kat hotel kita. Mari!", Taehyung mendukung Yeosoo sebelum memegang tangan isterinya.

"Yeon Tae! Jalan cepat. Nanti papa tinggal kamu! Calllah Tiara datang ambil kamu kat sini!", Taehyung mengusik anak sulungnya itu manakala Yeora sudah tersenyum kecil.

"Papa!", Yeon Tae membuat muka menyampah sebelum tergelak kecil dan berlarti ke arah keluarganya yang sudah meninggalkannya itu.

---

"Cantikkan?", Taehyung yang baru sampai ke sebelah isterinya itu mula duduk di atas pasir pantai itu.

Yeora hanya menggumam. Mindanya sudah terbang dibawa angin laut yang sepoi-sepoi bahasa itu.

"Tapi tak secantik isteri saya seorang ni", Taehyung menyondol pada bahu isterinya membuatkan Yeora membuka matanya yang tadi tertutup rapat kerana rimas.

"Ish. Apa ni? Gatallah abang ni", Yeora cuba untuk menjarakkan badannya dari Taehyung tetapi satu lingkaran pada pinggangnya membuatkan segala tindak-tanduknya berhenti.

"Gatal dengan sayang je", Taehyung berkata dengan nada yang cukup manja.

"Abang ni kenapa? Peliklah", Yeora berkata sambil mengerutkan dahinya.

"Ish. Orang nak sweet-sweet pun tak boleh", Taehyung melonggarkan ikatan lengannya pada pinggang Yeora sebelum ditarik tangannya itu.

"Cebik-cebik. Tarik binir itu kang", Yeora mengugut Taehyung. Taehyung terus memalingkan wajahnya pada pasir pantai dan bermain-main dengan pasir.

Yeora hanya tersenyum kecil. Terhibur hatinya apabila melihat Taehyung.

"Abang janji dengan saya yang abang takkan tinggalkan saya", secara tiba-tiba, pernyataan Yeora memecahkan keheningan di antara mereka.

Bunyi ombak memukul pantai itu menemani suasana mereka. Taehyung memandang isterinya sebelum dia menggapai tangannya isterinya lalu digenggamnya erat.

Dicium tangan isterinya lama sebelum menatap mata isterinya.

"Abang janji. Walau apapun yang terjadi pada kita, abang takkan tinggalkan sayang. Abang janji", Taehyung berkata lalu tak lama kemudian, senyuman kecil dihadiahkan pada Taehyung oleh Yeora.

"Thanks, abang", terus sahaja mereka merapatkan wajah mereka sebelum bibir mereka bertaut.

---

"Kau biar betul?", Gyumin bertanya kembali pada perempuan di hadapannya. Baginya, perempuan ini gila. Gilakan Taehyung.

"Betullah. Aku tahu jodoh aku dengan dia. Aku yakin. Aku buat semua ni sebab aku tahu kami ditakdirkan bersama", Reena berkata penuh yakin.

Idea gilanya cukup membuatkan Gyumin hilang arah. Tak sangka dia sampai macam ni sekali Reena sanggup demi mendapat lelaki bernama Kim Taehyung itu.

Dia hanya membantunya tetapi apa yang berada di minda Reena adalah, perjumpaan mereka bukannya sebuah kebetulan. Tetapi takdir Tuhan.

"Tolong..", suara lemah Jung Reena itu memecahkan keheningan malam itu. Darah segar masih keluar dari mulut dan luka-luka yang wujud di badannya itu.

"Arghh..", makin perlahan suara Reena di bahu jalan itu. Dia terbaring di atas jalan tar itu.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia menhana keperitan ini. Sungguh dia percayakan kawannya itu tetapi ini yang dia dapat.

Ajakannya kawannya ke satu tempat yang tidak asing baginya itu menjadi satu kebiasaan baginya. Tetapi, tidak pernah dia terlajak dengan mana-mana lelaki sehinggalah malam ini.

Semuanya bertukar arah. Dia hilang maruahnya yang diikat ketat olehnya. Ya, dia mengaku dia datang ke kelab malam untuk berseronok dengan lelaki asing tetapi tidak pernah mereka berakhir di dalam bilik.

Malam itu, hanya jeritan yang menemaninya apabila kawannya meletakkan ubat tidur di dalam alkoholnya dan terus membiarkan lima lelaki memasuki bilik dia ditempatkan.

Membiarkan mereka merobek maruahnya yang mahal itu. Dia dah hilang semuanya. Dia dilayan seperti binatang. Ditampar dan dipukul.

"Cik. Cik bangun. Bangun, cik!", itulah suara terakhir yang menjengah pendengarannya sebelum dia disapa oleh kegelapan.

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now