Aku masuk ke dalam bilik Taehyung dengan baldi yang dipenuhi dengan air bersih berserta tuala kecil. Sudah tiga hari Taehyung tidak sedarkan diri. Hospital nilah yang jadi tempat tinggal aku dengan Yeon Tae.
Yeon Tae? Oh, dia pergi sekolah.
Aku pergi ke sebelah katil Taehyung. Baldi yang berisi air itu diletakkan di meja sisi katil itu. Tuala aku ambil dan diperah. Kemudiannya, aku membasahi muka dan tangan Taehyung yang nampak amat pucat itu.
"Tae. Nak tahu tak, harini Yeon Tae ada peperiksaan. Awak bangunlah. Yeon Tae kata dia rindu awak. Lepas awak bangun, saya janji saya akan bagitau kebenaran kepada Yeon Tae pasal status awak sebagai papa kandungnya. Saya tahu awak nak, jadi tolonglah. Bangun demi Yeon Tae"
Aku mencium tangan Taehyung lama yang baru sahaja aku badahkan itu. Air mata aku berguguran dengan perlahan.
"Maafkan saya"
---
"Papa!", Yeon Tae yang baru sahaja memasuki bilik Taehyung memanggil Taehyung dan dia terus panjat ke atas katil. Dia memeluk Taehyung erat.
"Papa Tae nak tahu tak? Tadi Yeon Tae boleh jawab semuaaaaa soalan. Yeon Tae pandai kan? Kan, papa kan?", dia menggoncangkan tangan Taehyung yang tidak bermaya itu.
Aku tersenyum hambar memandangnya yang sedang gagah untuk bercakap dan memeluk Taehyung yang terbaring lemah di atas katil hospital itu.
Tetiba, aku terdengar bunyi esakan kecil. Aku pandang pada Yeon Tae yang sedang memeluk Taehyung erat. Tersangatlah erat. Yeon Tae sedang menangis?
"Hei", aku menegurnya dengan mengusap belakang badannya. Dia berpaling padaku dengan muka yang sudah kelihatan sembab itu.
"Mama. Bila papa Tae nak bangun. Haritu dia janji nak belanja Yeon Tae aiskrim kembar", kemudian tangisan dia semkain kuat.
Aku mneolaknya masuk ke dalam dakapan aku. Ya Tuhan. Ini kali pertama aku lihat Yeon atae nangis disebabkan kerinduaannya yang melampau terhadap Taehyung.
"Nanti papa Tae babgunlah. Papa Tae tengah penat lagi tu. Dia tidur jap", aku cuba memujuk Yeon Tae sambil menahan rasa sebak di hati.
"T-tapi, lama sangat dah...papa tidur", dia membalas dan pada ketika ini, aku tidak tahu nak kata apa lagi. Nampaknya, Ywon Tae dah betul-betul dayangkan Taehyung walaupun dia belum tahun tentang kebenaran yang sudah kian lama disimpan rapi oleh aku.
---
Aku memegang tangan Taehyung. Yeon Tae aku pandang yang sedang bermain dengan Taeyong. Taeyong sangat rindukan Yeon Tae katanya sehingga dia sanggup keluar eumah tanpa kebenaran Mak Cik Suri.
Aku tergelak kecil melihat telatah kedua-dua budak kecil di atas sofa itu. Pandangan aku dilemparkan kembali ke arah Taehyung.
Bila kau nak bangun Tae? Tak rasa macam dah lama sangat kau tidur? Yeon Tae pun dah mula rindukan kau.
Aku juga rindukan kau, Tae.
Aku rasa aku ingin cuba terima cinta kau yang baru sahaja timbul di hati kau yang selama ini tertutup rapat buat diri kerdil ini.
---
Aku seperti biasa, akan membasahkan muka dan tangan Taehyung. Juga kaki Taehyung kerana takut dia mengalami kekeringan kulit.
Sedang aku sibuk melakukan kerja aku, tetiba, puntu dibuka dengan kasar. Pandangan aku tertarik kepada pintu.
"Sayang!", aku terkedu. Taehyung masih lagi bersama dengan perempuan ini.
Ya, masih ingat dengan kawan baik aku. Eh, lupa. Mantan kawan baik aku.
Aku hanya pandangnya kosong. Dia terpaku di hadapan pintu apabila matanya bertembung dengan aku.
Setelah lama keadaan kami sebwgitu, aku menjungkitkan kening aku. Dia tersedar. Kemudian, dia tersenyum sinis memandang aku yang masih membasahkan tangan Taehyung dengan tuala basah itu.
"Tak sangka bekas isteri sanggup datang melawat bekas suami, kan? Wujudkah orang-orang macam kau ni?", dia berkata dengan senyuman sinis yang masih melekat di mulut durjananya itu.
"Aku pun tak sangka yang bini baru Kim Taehyung ni datang melawat selepas seminggu laki dia berada dalam koma. Wujudkah orang-orang macam kau ni?", aku berkata sambil pandangan aku tidak terlepas daripada Taehyung.
Rasa jijik nak tengok muka orang yang aku pernah anggap dia sebagai kawan baik aku sehidup semati. Tapi itu dulu, dialah penyebab hubungan kami putus.
"Sejak kau lari rumah, kau pandai menjawab kan sekarang. Impressive", dia berkata dengan ketawa kecil yang agak annoying bagi aku.
"Dah aku ada mulut, aku jawablah", aku melepaskan tangan Taehyung dan diletakkan di atas katil, perlahan. Kemudian, tuala dimasukkan ke dalam baldi dan diperah semula. Aku mula hendak membasahkan muka Taehyung.
Tetiba, tangan aku ditepis kasar.
"Jangan pegang laki aku!", dia menengking aku. Aku tergelak kecil.
"Sejak bilalah kau pandai marah aku. Dulu bukan main baik kan kau"
"Sejak kau wujud dalam hubungan aku dan Taehyung"
"Eh, sekarang ni, siapa yang menyibuk dalam hubungan siapa ni?", aku balas mendatar. Malas nak tinggikan suara. Nasiblah Yeon Tae masih di sekolah. Katanya nak lepak dengan Taeyong dekat rumah Taeyong.
"Kau ni memang nak kena, kan?!", dia sudah mengangkat tangan buat menampar muka aku. Aku memejamkan mata rapat, bersedia untuk ditampar.
Aku tahu aku cool plus baik. Tapi, kenapa lambat sangat dia nak tampar aku? Tengah buat slow motion slap ke or dia dah ingat aku ni kawan baik aku yang dia sayangi dulu?
Aku membuka mata aku dan kelihatan satu tangan sedang menahan tangan Mina daripada terkena pada muka aku.
"Don't touch her"
•••
Tak rasa macam mengejut sangat ke? Haha. Sumpah aku tak dak idea😂
Btw, enjoy💚
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...