Buona Lettura♡
•••
"Yeon. B-betulke ni rumah kita?", agak tergagap Yeora bertanya pada anak lelaki sulungnya itu.
"Betullah ma. Yeon dah beli dah. Syukur duit Yeon cukup nak beli sebuah rumah dengan sebuah kereta. Senanglah kita nak hidup dekat sini nanti", Yeon Tae memeluk bahu mamanya sambil mereka menghadap rumah baru mereka.
Yeora tersenyum nipis apabila mindanya mula melayang ke memori dengan Taehyung yang dulunya tak berapa nak manis diingati itu.
"Mama. Jangan nangis. Taesoo tak suka tengok mama nangis", Taesoo yang berada di dalam dukungan Yeora itu mebgelap setitis demi setitis air mata Yeora yang mula jatuh ke pipi.
"Tak adalah. Jom masuk. Nak kemas barang lagi", terus Yeora menjejakkan kakinya ke dalam rumah teres serba sederhana itu.
---
"Baik aku masak sesuatu. Nak ambil hati Taehyunglah katakan. Hehe. Aku yakin dia akan terkejut sebab aku boleh masak", Reena dengan bangganya mula menjejakkan kaki ke dalam dapur rumah itu.
Mulalah sesi dia memasak makanan makan malam memandangkan dia tahu Taehyung takkan balik untuk makan tengah hari dan dia juga berharap Taehyung akan balik pada malam itu.
Tak lama kemudian, masakannya siap terhidang di atas meja makan. Dia tersenyum sinis lalu terus menggapai telefon pinyarnya sebelum dia mendail nombor seseorang.
"Ish!", terus dia mematikan panggilan apabila panggilan masuk ke peti mail suara. Taehyung masih tidak menjawab panggilan darinya.
Banyak kali juga dia cuba untuk menelefon Kim Taehyung ataupun seseorang yang kini bergelar suaminya itu tetapi masih tidak berjawab sehinggalah satu panggilan di mana panggilan terus masuk ke peti mail suara menandakan Taehyung mematikan telefonnya.
Reenamerengus geram apabila usahanya tidak membuahkan hasil.
---
Taehyung masih fokus pada skrin komputernya. Kerjanya makin lama makin bertimbun sehibgga dia tidak menang tangan untuk menyelesaikan semuanya dalan waktu pejabat. Jadi, dia mengambil masa rehatnya dan juga waktu malam.
Dia tidak kisah jika kini dia tidak pulang ke rumag kerana rumahnya itu kini dihuni dengan seorang nenek kebayan.
Tiba-tiba, telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia melirikkan matanya pada skrin telefonnya sebelum membiarkanbianya berdering sehingga berhenti.
Taehyung mengeluh sebelum menyambung kerjanya tetapi mindanya mula serabut apabila telefonnya berdering lagi sehingga beberapa kali telefonnya berdering, dia sudah tidak tahan.
"Ish! Semaklah perempuan ni!", terus dia membaling telefonnya pada dinding pejabatnya sehingga berderai di lantai sebelum dia melepaskan keluhan lega. Lega kerana tiada lagi perkara yang mengganggu pemikirannya ketika itu.
---
"Ergh. Mana dia ni? Tak nak balik ka?", mata Reena kerap melirik ke arah jam dinding berhadapan dengannya itu. Sesekali dia merengus kasar kerana putus asa untuk tunggu suaminya itu pualng ke rumah.
Baru sahaja dia ingin bangun daru duduknya, pintu dikuak dari luar dan kelihatan tubuh seorang jejaka mula menapak masuk ke dalam rumah itu.
Mata Reena bersinar-sinar memandang suaminya yang sudah lebih seminggu tidak menjejakkan kakinya ke rumah.
"Sayang, sayang. Sayang balik? Tak sangkaya! Mesti sebab sayang rindu kat saya kan?", terus Reena berlari ke arah Taehyung yang baru ingin mendaki tangga lalu lengan Taehyung dipeluk.
"Ish! Blah lah!", terus ditolak Reena kasar sehingga wanita itu jatuh menyenbah bumi. Sakit badannya hanya Tuhan yang tahu.
"Sanggup awak", Reena sudah mula menangis. Dia rasa sakit sangat pada badannya tetapi hatinya kini lagi sakit. Kenapa dia perlu mendapat layanan sedemikian? Dia sudah cuba yang terbaik.
Dia menggelengkan kepala apabila dia sudah melihat Taehyung memasuki biliknya. Dia terus bangun, menahan juga rasa sakit di badan sebelum tangga didaki.
"Sayang. Jomlah makan. Saya tahu awak tak makan lagi", tetus dia memasuki bilik Taehyung dan kelihatan Taehyung sudah terbaring di atas katilnya.
"Sayang-", Reena menyentuh bahu Taehyung.
"Aku penatlah! Kau keluar boleh tak?! Ish! Semak!", terus Taehyung menepis lengan Reena kasar.
Reena terpempan. Dia terdiam tidak berkutik. Matanya yang mula bergetar ditahan daripada melepaskan air mata.
"Keluar boleh tak?! Jangan pernah sesekali kau jejak kaki kau dalam bilik ni. Kau kena sedar yang kau bukan Shin Yeora", terus dipaling wajahnya ke arah bertentangan daripada tempat berdirinya jUng Reena sebelum dia terlelap.
"Tak apalah. Esok awak makanlah masakan saya. Saya masak banyak untuk awak", terus Reena keluar dari bilik Taehyung yang selama ini dia sudah tiduri tepai harini dia tidak sanggup kerana tidak mahu Taehyung bertindak agresif.
Keesokan harinya, Reena mengejut Taehyung ybg masih tidur setelah dia selesai memanaskan makanan semalam.
"Sayang. Bangunlah", dia masih berusaha mengejut Taehyung sehinggalah Taehyung menepis tangannya kasar.
"Tepilah. Jangan sentuh aku. Jijik", terus Taehyung bangun lalu dia mengeliat kecil sebwlum matanya terarah pada Reena.
"Apahal ada kat sini lagi? Tak reti nak keluar? Keluarlah!", terus ditolak tubuh Reena jatuh ke atas lantai biliknya.
"Keluar!", Taehyung menyepak sikit kaki Reena sebelum dia meloloskan diri ke dalam bilik air.
Reena hanya akur dan terus keluar dari bilik Taehyung. Sungguh dia tak sangka lelaki yang dulunya membantunya, berhati lembut itu kini menjadi seorang hati batu.
---
Taehyung keluar dari biliknya dengan beg jinjingnya yang berisi beberapa pasang pakaian untuk hari-hari yang setwrusnya. Dia pulang ke rumah pun sebab dia ingin mengambil baju lebih untuk diletakkan di pejabatnya yang kini menjadi rumah barunya.
"Sayang. Jomlah makan sikit. Sayang taknmakan pun semalam", terus ditarik tangan Taehyung untuk ke dapur tetapi Taehyung hanya statik tidak bergerak.
"Kau apasal? Kan aku dah cakap jangan sentuh aku", muka Taehyung sudah memerah menahan amarah. Lengan Reena terus ditepis kasar.
"Kau kena sedar, kita kahwin paksa. Aku tak rela pun! Kau dengar sini! Kau tu hanya isteri palsu aku! Isteri atas kertas aku! Kau kena sedar status kau! Kau tak sama macam Shin Yeora! Kau manusia bertopengkan syaitan!", Taehyung sudah menolak tubuh Reena jatuh ke lantai.
Disepak perut Reena sebelum dia keluar dari rumahnya yang kini sudah menjadi neraka baginya.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...