39+ Still Thinking

3K 273 14
                                    

2 tahun kemudian

"Mama! Papa!", Yeon Tae yang batu sahaja balik dari sekolah itu masuk ke dalam rumah dan terus mencari aku dan Taehyung.

"Ye, nak apa, sayang?", aku yang baru sahaja lepas memasak itu terus datang ke ruang tamu bagi mencari anak aku itu.

"Papa?", dia bertanya apabila sudah nampak kelibat aku di hadapannya.

"Papa kerjalah sayang. Petang nanti papa balik", aku meramas rambutnya yang sudah serupa tempurung kelapa itu.

"Alaa, baru nak bagitau mama dengan papa pasal ni. Tak palah. Kita tunggu papa balik dulu", dia berkata dan terus berlari naik ke atas. Aku hanya menggelengkan kepala memadang telatah comel Kim Yeon Tae itu.

---

"Sayang. Saya dah balik", Taehyung sedang membuka kasutnya di muka pintu lalu meletakkannya di dalam almari kasut itu terus masuk ke dalam rumah. Pintu aku tutup lalu beg kerja dan kotnya, aku ambil untuk diletakkan ke dalam bilik.

"Penat? Want a cup of tea?", aku bertanya dan dia hanya mengangguk lemah lalu duduk di sofa di hadapan televisyen. Tali leher di longgarkan. Aku hanya tersenyum lalu naik ke atas bagi meletakkan segala barang Taehyung.

Aku turun semula untuk membuat secawan teh panas untuk Taehyung yang memang kelihatan penat itu.

Seusai sahaja aku selesai membancuhkannya secawan teh itu, aku berikan kepadanya. Aku duduk di sebelahnya lalu aku renungnya yang sedang meneguk teh itu.

"Kenapa pandang macam tu?", dingin sahaja soalan daripadanya ditujukan kepada aku. Aku hanya tersenyum. Aku dah biasa. Setiap kali Taehyung pulang dari kerja memang dia akan kelihatan agak dingin.

"Rindu", aku berkata sepatah.

"Ceyh", itu sahaja balasannya selepas mendengar jawapan aku.

"Dahlah. Jom makan. Saya tahu awak lapar", aku menepuk sedikit bahunya lalu bangun untuk ke dapur.

"Ha, sebelum tu. Pergi mandi dulu. Lepas tu, panggilkan Yeon Tae sekali. Apalah yang dia buat kat dalam bilik tu", aku berkata lalu dapur aku masuki untuk menghidangkan makan malam hari tu.

Sedang aku sibuk mencedok lauk dimasukkan ke dalam mangkuk, pinggang aku terasa dipeluk dari belakang.

"Tae, saya tengah letakkan lauk ni. Tumpah kang", aku meletakkan senduk ke dalam periuk itu kembali apabila sudah selesai mencedok ke dalam mangkuk untuk dihidangkan di atas meja makan.

"Please, give me five minutes. I miss your scent", dia berkata lalu dagunya diletakkan di atas bahu aku. Aku hanya tersenyum manis. Dan, hanya membiarkan sahaja Taehyung.

Yelah, sudah lama dia berada di dalam pejabat dan aku tahu dia amat stress asyik pandang fail yang bertimbun di pejabat. Inilah caranya setiap hati untuk dia melepaskan segalanya.

"Dahlah. Cukup lima minit dah. Jom makan. Yeon Tae mana?", aku menolak badannya sedikit ke belakang lalu au membawa mangkuk tadi ke meja.

"Entah dia. Tengah main telefon kat atas", Taehyung membalas. Aku dah bercekak pinggang.

"Amboi. Buat apalah tu. Tak nak makan ke apa? Awak duduk dulu. Saya nak pergi panggil dia. Tadi punyalah tergedik-gedik nak makanlah, nak bagitau dekat mama papa somethinglah. Ni, turin makan pun tak nak. Nak bagitau jadah apa?", aku membebel sensorang dan aku tahu Taehyung sedang gelak memandang aku.

Aku berjalan naik ke tingkat atas. Pintu bilik Yeon Tae aku buka lalu aku berpeluk tubuh memandangnya.

"Keluar sekarang", aku berkata, tegas. Dia sudah terkejut memandang aku.

"Sabar jap, mama. Nanti Yeon Tae turun", wah wah budak ni. Orang dah bagi telefon, dia tak pandang langsung muka kita kan?

Aku berjalan ke arahnya lalu telefonnya aku rampas.

"Keluar. Asyik main game, game, game. Pergi makan", aku berkata lalu dia terus berlari keluar.

Aku juga terus turun ke bawah lalu temoat duduk sebelah Taehyung aku ambil. Lalu, kami pun mula makan.

"Ha, Yeon Tae. Tadi bukan kemain lagi mama kata nak bagitau sesuatu dekat mama dengan papa bila papa dah balik. Apa cer?", Taehyung bertanya pada Yeon Tae yang baru nak menyuapkan sesuap nasi ke dalam mulut.

"Hehe. Ni ha! Yeon Tae dapat jadi pengawas sekolah!", Yeon Tae dengan keterujaan yang melampau menceritakan kepada kami berdua.

"Wah! Baguslah! Anak papa dah jadi pengawas sekolahllah", Taehyung tersenyum padanya dan Yeon Tae hanya menganggukkan kepalanya.

Aku? Malas nak cakap apa. Entahlah. Rasa tak sedap badanlah. Tadi, Taehyung, sekarang aku pulak.

---

Aku baring di atas katil sambil lengan aku letakkan di atas mata. Penat sangat. Badan rasa lenguh. Iah, jangkit kat Taehyung ke apa?

"Sayang", Taehyung melingkarkan tangannya pada pinggang aku lalu badan aku ditarik rapat ke badannya.

"Saya penatlah, wak. Dah, nak tidur", aku berkata perlahan.

"Aloo, baru nak berlovey dovey dengan awak", Taehyung berkata dengan manja sambil tangannya gatal mencucuk pipi aku.

"Ish, tak payahlah", aku menepis tangannya. Dia kemudiannya duduk di atas aku. Aku mengalihkan tangan aku dari mata aku dan terpampanglah muka Taehyung di hadapan aku.

"Meh nak bagi awak hilang penat. Kita bagi Yeon Tae adik baru, nak?", aku mencubit perutnya.

"Gatal", seusai aku berkata, dia kemudiannya terus mencium bibir aku dan aku membalas ciumannya. Segala penat lelah aku tadi hilang serta merta. Thanks to Taehyung sebab dia dah hilangkan segala penat aku.

"Thanks, sayang", aku berbisik padanya dan kemudian kami sambung bercumbuan di atas katil. Tapi, aku masih memikirkan, perlukah kami untuk mempunyai seorang lagi anak?

•••

Seriuslah. Lagi satu chapter, dah habis cerita ni. Rindulah author nak jumpa readers lagi nanti😭😭

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now