18+ My Child

5.1K 401 58
                                    

"Eonnie!!! Makan malam dah siap!!", Taeyong memanggil aku dari luar bilik. Entah kenapa aku rasa makin hari makin sakit kepala aku.

Aku memandang siling bilik itu. Kosong. Sama seperti hati aku sekarang. Tetiba aku mengusap perutku yang dah besar bagi perut seorang ibu yang mengandung selama 8 bulan setengah dan membuatkan diri ini teringat pada orang yang menjadikan aku seorang ibu yang dulunya amat aku sayangi sehingga aku tidak sedar yang dia curang dibelakangku bersama kawan baikku.

"Hiks hiks", air mata mengalir pantas keluar dari tubir mataku apabila segala kenangan buruk melalui mataku. Aku sakit. Erghh. Kenapa semua ni perlu berlaku kat aku. Aku x mampu nak tampung segala beban yang amat menyakitkan ini.

"Eonnie!!! Cepatlah! Kami lapar!", jeritan Taeyong menyedarkan aku daripada minda separuh sedar aku. Aku terus mengelap air mata yang bersisa di pipi dan terus bangun keluar ke meja makan dengan perlahan.

Entahlah kenapa mata aku tetiba terbuat eye contact dengan si mamat sejuk tu. Aku dengan pantas terus memandang ke tempat lain dan terus duduk di tempat aku. Di hadapannya. Ergh. Sejuk pulak tetiba.

"Dah nak dekat dah due date kamu. Kamu dah sedia je, Yeora?", tetiba Mak Cik Suri bertanyakan tentang due date aku. Ish. Aku tetiba ketar lutut. Huhu. Hanya Tuhan yang mampu menemani aku.

"Entahlah, Mak Cik", aku tersenyum paksa sambil hatiku melompat-lompat takut. Huhu.

"Mak Cik harap kamu tahan lah ye. Lawan segala sakit demi anak kamu ye?", aku hanya mengangguk paham.

---

"Sikit lagi, Yeora! Teran sikit lagi!", doktor ataupun specificnya Min Yoongi anak Mak Cik Suri itu, menggalakkan aku meneran lagi untuk memberi laluan bayiku itu keluar.

"Errrrghhh!!!", aku cuba sedaya upaya menggigit tuala yang berada di mulutku takut kata doktor terputus lidah digigit.

"Werkkk!!"

Akhirnya suara anak aku yang pertama sudah mengisi kesunyian yang ditemani oleh teranan aku di dalam labour room.

"Wah!! Hensemnya anak puan! Muka bersih dan putih gebu macam mama dia", nurse memuji anak aku sambil tangannya sibuk membasuh darah yang masih melekat pada badan bayi tersebut. Aku tersenyum lalu pengsan.

Inikah rasa melahirkan anak tanpa ditemani oleh suami? Aku sedih. Kenapa semua perkara perlu dilalui oleh aku? Apa dosa yang telah aku lakukan?

---

Aku tersedar daripad satu mimpi yang sangat pelik. Di mana aku ditemani kegelapan dan sekumtun bunga mawar berada di tangan aku. Aku pandang bunga tersebut lalu genggamnya. Tangan aku berdarah kerana duri yang terdapat pada batang bunga mawar itu.

Aku menggeleng kepala. Ingin melupakan segala yang dimimpikan. Aku memandang sekeliling. Tiada sesiapa. Hmm. Aku terbayang pada hari aku bersalin. Aku tersenyum apabila aku teringat suara bayi lelaki aku menangis sebaik sahaja dilahirkan.

"Yeora. Eoh? Kau dah bangun", Yoongi masuk ke dalam berserta fail. Aku tersenyum lemah. Ya. Dah dua hari aku tidak sedarkan diri.

"Kau perlu makan ubat ni setiap pagi, dan setiap malam. Ubat ni kau sapu pada perut kerana perut kau perku ditegangkan semula kulit, urat dan segalanya lah. Pastikan kau sapu selepas kau makan ubat tu. Ok?", aku hanya mengelipakan mata beberapa kali untuk menandakan yang aku paham. Penat weyh.

Aku x sangka dia friendly sampai macam ni. Kat rumah. Memang bertuahlah kalau dia nak bercakap sepatah perkataan pon kalau kat rumah.

"Kau rehat tau. Nanti nurse hantarkan makanan dekat kau", Yoongi berkata lagi sebelum dia keluar dari bilik aku.

---

Taehyung's

Kenapa harini aku rasa x sedap hati? Macam ada benda berlaku. Erghh! Stresslah.

"Sayang. Awak nak makan apa?", Mina bertanya kepada aku. Tetapi aku x hiraukan dia kerana terlalu focus pada perkara yang sedang aku fikirkan.

"Sayang!", Mina memegang tangan aku dan aku sedikit terlompat kerana terkejut. Pergh. Boleh terkeluar jantung dari badan.

"Ye..ye?", aku memandang Mina dengan mata yang membulat.

"Sayang nak makan apa? Nak order ni", dia berkata sambil tunjukkan menu kepada aku. Aku hanya melihat dan menunjukkan pada 'tomyam lobster'. Dia hanya mengangguk lalu mengangkat tabgan memanggil waiter.

Aku mengeluh perlahan. Apa yang berada di fikiran aku ialah... Yeora.

---

Yeora's

Aku mengendong bayi aku yang baru berusia seminggu itu. Ya Tuhan. Kenapalah dia comel sangat? Aku rasa nak cubit je pipi dia. Terima kasih kerana telah mengurniakan aku dengan chaya mata daripada orang yang aku sayang.

"Yeora..", satu suara menyapa aku dan aku dengan pantas menjenguk pada pintu wad aku. Kelihatan Yoongi baru masuk dari luar wad. Aku tersenyum.

"Ye?"

"Kau dah boleh balik rumah esok. But, still. Kau tahu kan kau still dalam pantang. So, nanti omma aku akan bagitau apa yang boleh dimakan dan yang x boleh dimakan. Kau kena ikut je. Ingat. Ubat jangan lupa", aku mengangguk menandakan aku faham. Payah jugak eh jadi ibu yang baru lepas melahirkan anak. Banyak pantang larangnya.

Waktu nilah yang membuatkan aku teringat pada suami aku. Setelah Yoongi keluar air mata yang ditahan akhirnya jatuh. Aku seka air mata dengan sebelah tangan aku yang tidak menampung bayi aku dan aku senyum memandangnya.

"Mama janji mama x kan nangis depan baby lagi. Eh x, depan Yeon Tae", aku tersenyum apabila namanya sudah aku temui. Wah. Cantik gak nama rekaan aku.

Kim Yeon Tae.

•••

Weyh!!! Sorry lama nok harom kita ni x update. Pastu pergi buat buku baru. Podio. Sorry sesgt. Harap korang x buang dari library ir stop baca buku ni. Huhu. Im really really sorry😭😭

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now