"Yeon Tae! Balik!", aku menjerit apabila Yeon Tae x balik daripada bermain lagi.
Kesepian yang x diharapkan itu menerpa. Ish. Budak ni kalau x balik lambat x sah. Dah pukul 8:30pm dah ni. Aku memandang jam tangan yang dililit pada pergelangan tangan aku.
"Mak Cik! Yeora nak pergi cari Tae jap! Nanti Yeora balik", aku terus melangkah jeluar dari rumah dengan hati yang marah ditambah dengan sedikit perasaan risau. Takut berlaku perkara yang tidak diingini.
Aku berjalan di tepi pantai. Tetiba, sebuah kereta berhenti di sebelah aku.
---
Yeon Tae's
Aku berjalan dari rumah Sarah. Sarah girlfriend aku. Mama x tahu. Tapi, aku memang x nak bagitau pun. Sebab, nanti dia mengamuk roboh rumah Mak Cik.
"Lalalala", sambil berjalan, aku menyanyi perlahan. Aku melihat sekeliling. Tetiba, kaki aku terhenti apabila kepala aku mula berpinar. Janganlah datang balik. Aku memegang kepala aku dengan kuat. Sakit mula menyerang.
Ketikabadan aku dah lunyai di atas jalan, mata aku dapat menangkap satu cahaya yang memancar ke arah aku. Seorang lelaki keluar dan terus datang. Pipi aku ditepuk berkali-kali.
"Awak. Boleh dengar saya x? Awak", lelaki itu terus memangggil aku. Aku cuba untuk membuka mata.
"Sakit...", aku berkata perlahan. Lelaki tersebut memapah aku masuk ke dalam keretanya. Dia kemudian mula memandu.
"Saya bawa awak ke hospital ya?", aku menggeleng.
"Hantar saya balik rumah", aku berkata perlahan. Lelaki itu mula memandu mengikut arah yang aku beri.
Dalam 5 minit kemudian, aku dah x rasa sakit. Aku ternampak satu susuk tubuh berjalan di tepi jalan bersama lampu yang keluar daripada telefon pintar.
"Oppa, berhenti kejap", aku memberitahu lelaki yang sedang memandu itu supaya berhenti kerana aku yakin ni mama.
"Mama!", aku keluar lalu memeluk mama. Mama yang memula terkejut itu membalas pelukan.
"Kamu pergi mana Tae? Mama risau tau x? Dahlah Tae sakit. Jom balik", kami hendak beredar tetapi dihalang oleh lelaki yang tolong aku tadi.
"Jomlah saya tumpangkan. Dah malam ni. Gelap", dia berkata. Aku pandang mama yang terkaku di seblah aku sambil tersenyum.
"Jomlah mama ikut abang ni. Abang ni yang tolong Tae waktu Tae nak pengsan tad...opps", aku menutup mulut laju. Terlepas. Mati aku.
"Kamu apa tadi?"
Yeora's
Belum sempat aku nak bertindak selepas dengar penjelasan Yeon Tae, lelaki x dikenali itu memanggil lagi.
"Awak. Jom", aku betul-betul rasa suara dia ni familiar. Kemudian, aku mengeluh. Tanpa berlengah aku dan Yeon Tae masuk ke bahagian belakang kereta.
Kereta mula dipandu ke hadapan.
"Japgi. Awak nampak selekoh, awak pusing kiri", aku berkata dan orang hanya mengangguk. Aku x nampak dengan jelas muka si pemandu kerana terlalu gelap di sini. Jadi, aku hanya memeluk Yeon Tae erat.
Sampai sahaja di rumah Mak Cik Suri, aku mendukung Yeon Tae yang sudah lemah. Katanya sakit. Tulah. Ketegaq lagi pi main sampai malam. Haish.
"Gumawo", aku menunduk hormat dan apabila mukaku diangkat, muka yang amat dikenali memandang aku. Mata aku membuntang begitu juga matanya. Kami berpandangan sementara dan aku terus menaglihkan pandangan lalu beredar. Mata aku mula berkaca. Kenangan yang pahit dahulu mula berlegar semula di ruangan minda.
"Yeora", nama aku dipanggil. Yeon Tae masih berada di belakang aku yang juga merangkap anak kami berdua.
Aku x berhenti mahupun memandangnya.
"Itu anak kita kan?", langkah aku terhenti. Air mata dan berderu jatuh dari tubir mata. Aku kehilangan kata-kata.
Tetiba sahaja, badan aku terasa hangat. Taehyung sedang memeluk aku dan Yeon Tae menjadi penghalang daripada badan kami menyentuh sesama sendiri.
"Aku...minta maaf. Aku...x berniat langsung. Aku...cintakan kau", kata-katanya membuat aku terkedu.
Aku melepaskan badan aku dan Yeon Tae daripada terus dipeluk oleh lelaki jahanam itu. Aku terus mempercepatkan langkah aku dan terus masuk ke dalam rumah.
•••
Aku tau chapter ni penaning sikit. But, i really hope u guys enjoy baca. Thanks sesiapa yang sudi tunggu Ida yang malas ni update buku ni.. Setelah beberapa bulan x update...esok Ida update lagi. K?
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...