Last chapter! Yeay! Bukaklah lagu kat atas ni. Tak tahu dapat feel ke tak😂
So, how about my new cover? Hhahhaha. Act I'm impressed with my cover. Btw, enjoy!
Buona Lettura!
•••
"Yeon nak kahwin dengan Tiara."
Taehyung tersedak air liurnya membuatkan Yeora cepat-cepat mengambil segelas air kosong kepada Taehyung. Sepantas kilat, Taehyung meneguk air kosong itu dengan rakus sebelum gelas diletakkan bersama bunyi hentakan kecil pada meja itu.
Taehyung diam begitu juga dengan yang lain. Bungkam buat seketika sebelum deheman daripada Taehyung memecahkan keheningan.
"So? Kahwin jelah? Kenapa nak bagitau papa dengan mama?"
Terasa seperti satu das tembakan dikenakan pada jantung Yeon Tae membuatkan dia geram.
"Yeon nak minta restulah. Boleh tak papa jangan main-main? Kalau Yeon tak tolong papa tadi, papa mungkin tak dapat jumpa mama sampai mati." Dijeling geram Yeon Tae manakala Tiara sudah mengusap lembut lengan Yeon Tae bagi menenangkan teman lelakinya itu.
"Yeon. Kenapa kurang ajar sangat cakap dengan papa macam tu?" Soal Yeora lembut membuatkan Yeon Tae melepaskan keluhan berat.
"Kalau papa tak restu, kamu akan kahwin jugak dengan dia. Papa yakin seratus peratus. Kuasa cinta tak ada siapa yang tahu." Selamba sahaja Taehyung mengujarkan kata-kata itu.
"Dah tu? Sekarang ni, papa nak cakap papa tak restulah? Huh. Menyesal Yeon tolong papa tadi. Kalau tak, Yeon biar je papa terkapai-kapai seorang di-"
"Kim Yeon Tae!" Jeritan yang keluar dari mulut mamanya menyentakkan semua yang berada di situ. Taesoo pula hampir memecahkan tangisannya tetapi Taehyung terlebih dahulu mengambil tubuh kecil itu lalu diusap perlahan belakang tubuh kecil anaknya itu.
"I don't even say that I don't give my approvement about your wish, Kim Yeon Tae. Please be patient. Kalau macam nilah perangai Yeon nak jadi suami kepada Tiara, memang hancurlah harapan keluarga bahagia. Janganlah jadi macam papa, Yeon. Papa just nak tengok betul ke kamu tu ikhlas dengan Tiara. Papa tak nak hidup anak papa musnah hanya dengan keputusan papa sekarang."
Yeon Tae tertunduk malu. Dia tahu dia bersalah kerana berani meninggikan suara terhadap papanya. Ya, benar. Papanya tak ada cakap pun yang dia tak merestui hubungan mereka.
"Yeon minta maaf." Ujar Yeon Tae perlahan sebelum dia menggugitkan bibir bawahnya lembut. Rasa bersalah mula menggunung. Dia juga sedar gang dia bukanlah seorang yang penyabar, malah, Tiara juga bertahan sahaja tiap kali barannya tiba.
"Tak apa. Papa tak ambil hati pun. Papa restu je hubungan kamu dengansesiapa pun. Janji kamu yakin yang kamu boleh membahagiakan Tiara tanpa ada secebis penyesalan." Terang Taehyung kepada anaknya sebelum matanya dilirkkan kepada isterinya.
Yeora hanya tersenyum sebelum dia mengangguk kecil tanda bersetuju dengan keputusan Taehyung.
"Dah. Nanti kita bincang dengan keluarga Tiara tentang perkahwinan kamu. Benda yang baik tak elok dilambatkan." Ujar Taehyung mengundang senyuman kecil di bibir Yeon Tae.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...