Saya sayang readers saya kerana sapot cerita gila ni😭
Buona Lettura, my readers😭♡
•••
"Mama dah siap?", Yeon Tae memasuki bilik yang menempatkan Yeora di rumah nenek sebelah bapanya itu. Yeora masih lagi duduk termangu di tepi tingkap. Itulah yang sering menjadi tempatnya melayan perasaannya yang lara.
"Mama", panggilan Yeon Tae perlahan lalu dia duduk di bangku sebelah mamanya. Dia hanya memandang ke arah mamanya yang sesekali menepis air mata yang tiba-tiba terlepas dari tubir matanya.
"Ma-"
"Mama sedihlah, Yeon. Betapa pilunya hati mama bila tahu papa nak kahwin dengan orang lain. Mama rasa mama tak dihargai. Mama sedih. Ya Tuhan. Mama rasa menyesal beri peluang kedua pada papa kamu. Mama-", esakan mula berbunyi lalu Yeon Tae terus menarik mamanya masuk ke dalam pelukannya.
"Mama jangan sedih tau. Jangan risau. Yeon yakin yang papa akan memyesal kemudian hari apabila dia sedar dengan kesilapan dan juga dia sedar yang dia telah sakitkan hati isterinya yang ada dengan dia waktu susah senang. Mama jangan fikir sangat. Nanti mama jatuh sakit macam mana? Yeon risaulah dengan mama. Janganlah buat macam ni", Yeon Tae berkata dengan suara yang bergetar sambil mengusap belakang badan mamanya.
Yeora masih tidak dapat memberhentikan tangisannya malah dia hanya menyembamkan mukanya pada bahu anaknya itu. Anaknya itulah yang merupakan pemberi semangat untuk dia teruskan hidup. Kalau tak, entahlah apa nak jadi dengan dirinya.
---
"Mama minta maaf atas sikap anak mama yang tak matang tu. Mama minta maaf sangat", Puan Kim sudah memeluk Yeora yang berdiri di hadapan muka pintu rumahnya.
"Papa pun sama, Yeora. Papa minta maaf bagi pihak anak papa. Tak sangka dia sanggup buat Yeora macam tu", Tuan Kim juga mengujarkan rasa kesalnya pada anak lelaki tunggalnya itu.
"Tak palah, mama, papa. Yeora okay", Yeora hanya tersenyum hambar seblum pulaknnya dengan ibu mertuanya itu dileraikan.
"Mama harap kamu bertabahlah ye. Mama akan uruskan tentang penceraian kamu. Mama tahu anak mama tu tak layak untuk kamu. Malah kamu kini hanyalah mangsa keadaan. Bertabahlah dan hidup dengan buku yang baru bersama cucu-cucu mama. Sesekali datang jenguk mama dengan papa", Puan Kim berkata dengan mata yang masih berair.
"Yeora akan datang melawat. Terima kasih sebab faham keadaan Yeora. Yeora minta diri dulu", Yeora menunduk hormat pada mertuanya.
"Yeon Tae, Taesoo, Yeosoo. Salam nenek dengan datuk kamu. Kita dah nak pergi ni", Yeora berkata pada anak-anaknya.
Meteka terus melakukan perkara yang diarahkan.
"Jaga diri, Yeora kat tempat baru. Harap kamu dapat hidup dalam kesenangan selepas ini. Kalau ada masalah apa-apa, kamu boleh minta tolong kami berdua", Tuan Kim berkata pada menantunya sebelum Yeora meloloskan diri ke dalam perut teksi.
Yeon Tae hanya senyum nipis pada datuk an neneknya itu dan terus memimpin tangan adik-adiknya memasuki perut teksi.
Puan Kim dan Tuan Kim hanya memandang ke arah teksi yang mula menghilang.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...