"It's okay. Take your mask off and be yourself. I don't need any beautiful lies from you but I just need honesty"
-idaekim
You know what? Haha. Korang akan broken baca part ni😂
||MEDIA: KIM YEON TAE||
Ni sebab ada orang request nak tengok Yeon Tae mukanya macam mana😂
Tak jelas tapi cukuplah untuk korang bayangkan, right?
Buona Lettura♡
•••
"Bagus. Nanti jumpa aku. Aku bagi gaji kau untuk bulan ni", Taehyung terus mematikan panggilannya sebelum mesej daripada pembantu peribadinya itu dibaca dengan senyuman yang penuh pengharapan.
---
"Erm. Aunty...", Jeon Tiara teragak-agak bertanya setelah semalam dia mendapat panggilan daripada wanita di hadaoannya untuk bersua muka di restoran ini.
"Panggil je Aunty Reen", wanita yang bergelar Aunty Reen itu berkata.
"Ah, okay", ringkas sahaja kata-kata Tiara sebelum dia menyisip sedikit jus orennya. Aunty Reen menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan sambil tangannya menyeluk ke dalam beg tangannya.
Diletakkan satu sampul di atas meja makan mereka dan Tiara sudah terkebil-kebil. Sudahlah tidak mengenali siapa wanita ini, tiba-tiba diberikan sepucuk surat?
"Kamu kenal bukan dengan Kim Yeon Tae?", soalan yang agak membuatkan Tiara tersentak sebelum mengangguk perlahan.
"Tolong bagikan ini pada dia? Suruh dia bagi pada mamanya. Aunty tahu kamu pasti akan berjumpa dengan dia dalam masa terdekat, bukan?", Aunty Reen menebak dan hanya mendapat anggukan perlahan daripada Tiara.
Tiara sebenarnya masih tertanya-tanay siapakah Aunty Reen di hadapannya ini dan apa kaitan dengan Yeon Tae?
"Tolong ye?"
---
"Uit. Dah lama ke tunggu?", satu lingkaran tangan pada pinggangnya membuatkan dia tersenyum lebar.
"Tak adalah. Dalam sejam setengah je saya tunggu awak tadi", dengan nada yang sarkastik dia membalas.
"Alolo. Merajuk ke? Janganlah merajuk. Kata malam ni nak terkam saya. Mana boleh merajuk macam ni?", dicium sekilas pipi gadis itu membuatkan pipi gadis itu merona kemerahan.
"Ish! Kim Yeon Tae! You better keep your dirty mind. Orang nampaklah. Ish", dia melonggarkan pelukan Yeon Tae sebelum dia bangun. Yeon Tae mencebik sebelum dia menarik tangan gadisnya itu.
"Lagi satu. Kita tak kahwin lagilah. Saya gurau je pasal nak terkam awak tu", jelingan maut diberikan pada Yeon Tae sebelum dia mengheret bagasinya menuju ke kereta Yeon Tae tadi.
"Dahtu. Jomlah kahwin, Jeon Tiara?", terhenti langkah Tiara untuk memasuki perut kereta Yeon Tae di bahagian penumpang apabila kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Yeon Tae.
"Erm. Dahlah. Awak masuk. Saya nak masukkan beg awak. Lepastu saya hantar awak ke hotel saya", Yeon Tae berkata selepas dia dapat merasakan kejanggalan mula menerpa ke dalam situasi mereka.
Di dalam kereta, tiada seorang pun yang berani mengungkapkan kata-kata. Hanya bungkam.
Ya, Tiara adalah gadis yang berjaya merebut hatinya dengan kesopanan dan kelembutan serta keayuan yang ditonjolkan oleh gadis itu. Tapi, dia tidak pernah membangkitkan tentang perkahwinan sejak mereka sudah habis melalui zaman persekolahan beberapa bulan lepas.
Mungkin kerana itu Tiara agak terkejut dengan tindakannya sebentar tadi kerana itu merupakan kali pertama dia membangkitkan tentang perkahwinan?
---
"Erm. Ni. Ada orang bagi kat awak. Katanya suruh bagi dekat mama awak", dalam sedikit rasa janggal, Tiara bersuara sebelum memasuki bilik hotelnya.
Yeon Tae mengambil surat hang dihulurkan oleh Tiara. Dia tersenyum nipis sebelum pandangannya dilemparkan pada Tiara.
"Oh. Okay. Erm. Masuklah bilik awak. Good night. Nanti saya call", Yeon Tae berkata sebelum mengucup dahi Tiara dan terus berlalu pergi. Tiara juga hanya tersenyum melihat susuk tubuh Yeon Tae yang semakin menghilang.
"Dia serius ke?", Tiara menggumam perlahan sebelum dia memasukkan beg bagasinya ke dalam bilik hitelnya dan ditutup pintu bilik itu.
---
Yeon Tae menggantungkan kunci keretanya pada rak kunci yang berada berdekatan dengan tangga rumahnya. Mindanya masih terngiang-ngiang kata-katanya pada Tiara tadi.
Diketuk kepalanya berkali-kali kerana merasakan soalan itu terlalu bodoh.
"Yeon? Hey. Kenapa ni?", Yeora yang baru sahaja menuruni anak tangga terlihat kelibat anak sulungnya itu mengetuk kepalanya berkali-kali. Dengan kerutan di dahi dia mengajukan soalan itu. Didekati kelibat anaknya lau dipalingkan wajah anaknya menghadapnya.
"Erm. Nothing, ma. Ha, ni. Untuk mama. Ada orang bagi", Yeon Tae menghulurkan surat yang diberi oleh Tiara tadi sebelum dia meloloskan diri naik ke tingkat atas.
Yeora menghantar anaknya naik ke tingkat atas dengan ekor matanya sebelum dia melirikkan matanya ke arah surat yang dipegangnya itu. Kerutan dahi mula kelihatan.
"Surat apa ni?", dia berjalan ke arah meja makan berdekatan dengannya. Dia kemudiannya duduk di kerusi meja makan itu lalu dia buka surat yang dipegangnya itu.
---
"Nah. Untuk bos. Bos ada minta saya belikan semalam, bukan?", dihulurkan sebuah kotak sederhana besar kepada Taehyung dan Taehyung hanya menganggukkan kepalanya.
"Ha, terima kasih, Kang Daniel. Kalau bukan sebab kau, aku mungkin masih terkapai-kapai dengan kehidupan aku sekarang. Ni gaji kau. Aku gandakan sebab kau dah selesaikan tugas dengan baik", huluran sampul tebal diambil oleh Daniel dengan ucapan terima kasih yang tudak lekang dari bibirnya.
"Okaylah, Daniel. Aku dah nak kena pergi ni. Thanks for everything", Taehyung menggalas beg travelnya sebelum dia berlalu pergi.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...