One more update and no more update sebab dah malas nak tulis😊💜
Buona Lettura♡
•••
"I nak jawatan setiausaha ni", diletakkan sehelai kertas di atas meja Taehyung. Taehyung hanya diam.
Bidadari dari syurga baru balik tapi tiba-tiba, ada setan dari neraka pula datang. Dia mengibaskan sedikit kemejanya. Terasa panas pula pejabatnya ini.
"You. Dengar tak I cakap dengan you ni? I want to be your secretary", Reena menghentakkan meja Taehyung. Taehyung hanya mengendahkan manusia di hadapannya itu.
"Ish! You ni! I tak kira. I will be your secretary, by tomorrow", Reena dengan geramnya terus keluar dari pejabat Taehyung. Taehyung melepaskan keluhan lega.
---
"Papa!", terus sahaja kedua-dua orang anaknya berlari ke arahnya lalu dipeluk tubuhnya erat. Taehyung hanya tersenyum girang. Terusik dengan reaksi mereka.
"Okay, anak-anak papa yang disayangi dan dikasihi. Sini papa ada satu pengumuman!", Taehyung berkata dengan nada yang teruja.
Yeon Tae duduk di sebelah adik-dik kembarnya manakala, Yeora dan Taehyung duduk di hadapan mereka.
Mereka dengan mata yang bersinar itu memandang ke arah Taehyung yang tersenyum lebar itu.
"Okay. Esok, kita akan pergi bercuti! Yeay!"
Terus sahaja ruang tamut itu diisi dengan jeritan gembira. Yeora hanya menggeleng dan Yeon Tae hanya senyap.
"Alaa. Tapi, Yeon Tae ada date dengan Tiara", Yeon Tae berkata. Terus Yeora an Taehyung memandang ke arah anak sulung mereka.
"Tiara? Anak Pak Cik Jeon kamu?", Taehyung bertanya. Selamani, Yeon Tae sering berahsia. Dia jarang bercakap dengan mereka sekeluarga.
Nampaknya rahsia dah terbongkar. Yeon Tae selalu pulang lewat dari sekolah yang katanya pergi kelas tambahan padahal dia pergi date.
"Kenapa gatal sangat kamu ni, Yeon Tae? Tak tahu ke yang kamu tu masih pelajar sekolah menengah? Nanti-nantilah pergi date tu. Satu tahun je lagi sebelum kamu keluar. Baik kamu study betul-betul, baru dapat jamin masa depan kamu dengan Tiara", Yeora berkata. Cuba untuk menasihati anaknya demi kebaikan anaknya.
"Ni tak suka cakap dengan mama ni", terus sahaja Yeon Tae menghentakkan kakinya tanda protes lalu dia terus naik ke biliknya.
Pintu dihempas kuat mengejutkan mereka yang berada di ruang tamu. Taesoo terus berlari ke arah Yeora.
"Mama. Taesoo takut"
---
Taehyung memasuki bilik Yeon Tae. Ditutup perlahan dan kelihatan Yeon Tae sedang bermain dengan telefon pintarnya di sebelah jendala biliknya.
Taehyung duduk di birai katil.
"Papa nak apa datang?", dingin sahaja pertanyaan Yeon Tae pada Taehyung. Taehyung hanya tersenyum nipis sebelum memandang ke arah anaknya.
"Eh. Nak tengok anak sendiri pun tak boleh ke?", Taehyung berkata pada anaknya.
Yeon Tae hanya diam.
"Janganlah ambil hati sangat dengan kata-kata mama tu. Mama cuma nasihat untuk kebaikan Yeon Tae. Kalau Yeon Tae belajar elok-elok, dapat result cun punya, mama dan papa sudi restukan hubungan korang berdua. Nak terus kahwin lepas peperiksaan akhir nanti pun takpa", Taehyung berkata walaupun ada hamburan gurauan di dalam ayatnya.
Sekali lagi, keheningan yang mengusik suasana mereka. Taehyung mengeluh perlahan.
"Dahlah. Kalau kamu tak nak ikut kami pergi bercuti pun, tak apalah. Papa tak nak paksa kamu. Nanti kang bermasam muka kita waktu bercuti. Okaylah. Goodnight, sayang", terus Taehyung bangun dari duduknya.
Yeon Tae diam. Dia terus bangun dari duduknya dan bergegas ke arah Taehyung. Ditahan tangan Taehyung daripada terus keluar dari biliknya.
"Yeon Tae nak ikut. Rindu papa. Papa asyik sibuk je. Takkan Yeon Tae nak sia-siakan waktu terluang yang papa carikan ni", Yeon Tae berkata perlahan sambil menundukkan kepalanya dan Taehyung hanya tersenyum kecil.
Dia memalingkan badannya lalu memandang Yeon Tae yang sudah besar itu. Tak sangka sudah lama hubungan dia dengan Yeora walaupun mereka mendapat anak sulung mereka ini dalam kepahitan.
"Papa minta maaf sebab selalu abaikan kamu. Papa harap papa dapat luangkan masa dengan lebih lama dengan kamu. Lega papa dengar kamu nak ikut serta percutian kita sekeluarga", Taehyung berkata lalu tersenyum.
"Dah. Pergi kemas barang untuk esok. Kita nak bertolak ke airport esok", Taehyung berkata pada Yeon Tae dan Yeon Tae tersenyum girang sambil mengangguk laju.
"Okay, pa!"
---
Reena dengan pakaian yang agak terdedah itu, dia memasuki pejabat Taehyung. Kosong?
"Mana pula dia pergi ni? Tak datang kerja ke?", Reena berkata lalu dia menghentakkan kakinya geram. Dia tahu Taehyung takkan datang kerja apabila dia menilik jam di telefon pintarnya yang sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.
Taehyung jarang lambat ke kerja. Jadi, dia tahu peluang untuk merapatkan hubungan mereka itu gagal pada harini.
"Kau tunggulah, Kim Taehyung. Aku akan jadikan kau milik aku. Tak kiralah apa pun yang akan terjadi. Kau suka ataupun tak, kau hanya milik aku. Harini bukan hari aku, tapi kau tunggulah. Esoknya akan menjadi hari aku. Siapa tahu kan?"
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] S1 Completed (2017-2018) S2 Completed (2018-2019) Kim Taehyung X Shin Yeora Season 1 -kekejaman seorang suami dan ketabahan seorang isteri Season 2 -kaca kalau dipecahkan, tiada apa lagi yang boleh mencantumkan...