10 + Worry

4.7K 420 9
                                    

"So, awak kerja tetap kat situlah", dia bertanya aku. Aku hanya mengangguk. Guess what? Tadi aku nangis. Hahahah. Lawaklah. Aku cakap segalanya. Ceritakan perasaan rindu aku walaupun aku anggapnya sebagai kawan aku sekarang. Aku bersyukur yang dia faham.

"Oh, aku lupa. Aku ada something nak buat. Hahah. Bye, baby", dia mengeyitkan matanya dan terus lari menghilangkan diri. Macam tu ja. Haha. Dia masih sama.

---

Aku masuk ke dalam rumah aku. Taehyung? Of courselah dah pergi kerja. So, sekarang aku kena siapkan makan malam memandangkan Taehyung bakal balik dalam masa satu setengah jam lagi.

Aku mengikat apron di badan aku dan terus mengeluarkan bahan-bahan yang hendak digunakan. Aku dengan pantas terus memasak. Baunya sangat menusuk ke lobang hidungku. Aku lapar.

Aku melihat jam di dinding sejurus sahaja memasak makan malam. Lambatnya dia balik hari ni. Aku duduk di sofa lalu menekan butang on pada remote control television.

"Oh my...Goblin baru start. Nasib x terlepas", aku terus fokuskan penglihatan aku terhadap drama tersebut.

"Hiks hiks. Kenapa awak mati abang goblin. Kenapa, Kim Shin!! Kesian Eun Tak", aku menangis teresak-esak apabila Kim Shin mati lepas bunuh roh jahat tu.

Aku mengelap air mata aku dengan tisu. Dah banyak tisu ada atas sofa yang aku duduk itu. Aku pandang jam dinding.

"Kenapa lambat sangat dia balik hari ni? Ada apa-apa jadi ke? Ka dia sibuk sangat kat pejabat?", aku hanya mengangkat bahu. Biarlah. Nanti dia baliklah tu.

Aku duduk di depan television. Masih menunggu Taehyung untuk balik. Nak makan sekali.

Lama aku tunggu, sampailah aku tertidur berbaring di atas sofa. Television masih terbuka.

---

Aku terjaga apabila aku terdengar bunyi orang ketuk pintu. Sapa pulak yang datang pepagi buta ni? Taehyung maybe.Aku berjalan ke arah pintu dengan malas. Kemudian, aku buka.

"Awak. Kenapa balik lam- Baekhyun?", aku terkejut beruk tengok orang yang ada di luar rumah aku. Aku dah terlepas.

"Hahahah, awak mesti...fikir saya ni suami awak. Huh. Kenapa? Awak dah...x cintakan saya? Awak kata...awak rindu saya?", Baekhyun dalam keadaan mabuk berkata. Dia menolak aku dan terus masuk je dalam rumah aku.

Aku mengikut dia sejurus menutup pintu dengan laju. Kenapa dia minum?

"Awak. Awak minum banyak sangat kenapa? Awak mabuk teruk ni", aku berkata sambil menghalangnya daripada terus berjalan.

"Kenapa awak buat macam ni kat saya?! Saya x hensem sangat ke macam suami awak?! Dia lagi hensem dari saya ke?! Jawab, Yeora!!", dia menjerit dengan air mata yang berjejeran jatuh daripada tubir matanya.

Aku...terpaku. Aku teringat pada malam yang Taehyung mabuk. Dan, aku.... Arghh!!! Aku x nak ingat pasal memori buruk aku dengan dia.

"Yeora? Yeora? Yeora?! Saya benci awak!!", dia menjerit sebelum badannya jatuh menyembah bumi. Aku masih berdiri. Tidak terkutik apa pon dalam hati aku untuk tolong.

Malah, aku masih risaukan Taehyung yang masih belum balik ke rumah. Sekarang dah pukul 3:53 pagi. Baekhyun pula pengsan. Apa aku nak buat dengan dia?

Aku berjalan ke arah Baekhyun yang terbaring di atas lantai. Aku melihatnya. Kesianlah pulak. Baik aku tolong.

Aku dengan kudrat wanita aku mengangkat badan lelakinya yang tahulah. Berat. Aku x lepas nak mendukung atau menjauhkan badannya dari lantai. Maka, aku hanya menyeret badannya ke sofa.

Badannya aku angkat sehingga terbaring di atas sofa. Huh! Berat nak mampos. Hampur terkulai badan aku kerana aku dah guna banyak tenaga untuk angkat badannya yang berat.

"Kenapalah awak nampak macam x da tujuan? Dan, macam mana awak tahu saya dah bersuami?", au bertanya perlahan sambil aku membetulkan posisi aku duduk di sebelahnya. Di atas lantai. Dahinya aku usap perlahan.

Aku melihat jam dinding kembali. Mana Taehyung? Dia pergi mana? Sampai x balik lagi ni. Aku risau sangat pasal keadaan dia. Dia dah makan ke? Dia sibuk sangat ke? Semua soalan tentangnya sedang berlegar di ruang pemikiran aku.

Yang aku boleh buat hanyalah berfikir positif dan tidak berfikiran negatif.

•••

Sumpah bosan nak haram chap ni😂😂. Aku tau part ni x best. Ish ish ish. Apalah aku ni. Ok, pishes. Nanti aye update lagi. Luv u guys, my precious pishes💞

Btw, thanks for the hundred votes. Really appreciate it😌😌

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now