Prolog

1.1K 61 6
                                    

1000 juta tahun dahulu...

Pada ketika itu, bangsa manusia tidak mempunyai kuasa. Mereka diburu oleh bangsa lain. Dijadikan hamba, suruhan serta makanan. Hidup manusia dalam ketakutan serta kerisauan.

Tiba-tiba satu kejadian berlaku di mana manusia mempunyai kuasa elemen. Bulatan elemental pula terbina sendiri serta berdiri megah di atas puncak gunung. Pada ketika itu terdapat lapan simbol elemen di bulatan elemental.

Kejadian di mana bangsa vampire dan bangsa serigala jadian tidak lagi memburu manusia untuk dijadikan sebagai makanan. Bangsa lain kula cemburu dengan kuasa yang dimiliki oleh manusia.

Bangsa lain cuba memusnahkan bulatan elemental berkali-kali tetapi tidak berjaya. Bulatan elemental tersebut dilindungi dengan pelindung halimunan. Pelindung itu seakan kukuh dan kuat kerana sebarang kuasa tidak berjaya menembusinya serta menipiskan pelindung tersebut.

Seseorang dari bangsa lain mencuri buku terlarang dari kota Atlantis iaitu kota yang hilang serta tenggelam dengan air akibat peperangan lapan elemen terdahulu. Dia serta sebahagian bangsa membuka protal dunia luar.

Dia tubuhkan pasukannya itu sebagai pasukan Tyzer. Matlamat pasukan tersebut adalah mengekalkan satu bangsa saja tanpa kuasa di dunia baru. Dia membawa Jazz iaitu dari dunia luar masuk ke dunia.

Jazz seorang yang tiada jantina walau rupa bentuknya seperti manusia. Telinganya runcing dan badannya liat seperti getah. Kehadiran Jazz adalh satu malang petaka bagi semua bangsa.

Jazz hampir membunuh semua pengguna elemen. Dia membunuh dua elemen terkuat. Kehidupan mula berubah. Dunia dalam bahaya. Peperangan di mana-mana saja.

Dunia dikawal serta ditakluki Jazz. Kumpulan Tyzer memburu mereka yang memiliki kuasa elemen. Pengguna elemen terpaksa bersembunyi serta merancang bagaimana hendak mengalahkan Jazz.

Selama 34 tahun, pengguna elemen hidup dalam sengsara. Jazz bunuh satu-persatu pengguna elemen. Seorang pengguna elemen tanah membawa dia ke satu tempat untuk berlawan. Pengguna elemen tanah tersebut membentuk pulau untuk berlawan dengan Jazz.

Pertarungan sengit antara Jazz serta pengguna elemen tanah. Jazz seakan-akan berkuasa. Si pengguna elemen tanah lemah untuk berlawan dengan Jazz. Dia mendapat satu idea untuk membuat Jazz tidak membunuh elemen.

Si pengguna elemen tanah menanam Jazz ke dalam tanah serta menidurkan nya. Jazz memberitahu si pengguna elemen tanah bahawa jika dia menidurkan Jazz, mereka semua kecuali kumpulan Tyzer lupa tentang dua elemen yang terkuat.

Jazz dikurung di suatu tempat rahsia. Hanya darah setiap pengguna elemen mampu membangkitkan Jazz. Sebahagian ahli kumpulan Tyzer ditangkap serta dipenjarakan. Dunia kembali aman tanpa pertumpahan darah.

Sejak Jazz ditidurkan, simbol dua elemen telah hilang di bulatan elemental serta mereka lupa dua elemen tersebut. Selain itu, buku sejarah tentang penubuhan elemen telah disembunyikan di kota Atlantis.

Tahun berganti tahun, Digra bertambah maju. Mereka lupa tentang peperangan dan mahukan kedamaian. Sebahagian bekas tapak peperangan masih menjadi tanda tanya untuk mereka semua.

Digra ditadbir oleh bangsa manusia. Ditadbir dengan adil dan saksama. Ahli kumpulan Tyzer pula bersembunyi di sebalik penduduk di Digra. Mereka melakukan kerja secara senyap bagaikan nyamuk menghisap darah mangsa ketika tidur.

Mereka mencari dua elemen yang hilang kerana inginkan setitik darah mereka. Hal ini kerana setitik darah dari setiap pengguna elemen mampu membangkitkan Jazz dari tidur. Mereka percaya dua elemen itu yang hilang itu masih ada tapi bersembunyi di satu tempat.

Simbol elemen kini tinggal enam dari lapan simbol yang ada di dinding elemental. Kehidupan bangsa dibelungi pelbagai soalan di minda mereka.

Bagaimana peperangan lapan elemental ditamakan? Siapa yang menamatkan peperangan lapan elemental? Bagaimana bulatan elemental terbentuk? Dua elemen apakah yang hilang di dinding elemtal itu.

Segalanya akan terbongkar satu hari nanti...

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now