7. Peperiksaan

349 28 1
                                    

Masa berganti masa. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Masa bergerak dengan laju seperti air sungai yang mengalir deras. Para pelajar yang baru masuk ke sekolah Para Falsafah menghadapi peperiksaan. Satu hari, satu kertas.  Teera dan rakannya ditempatkan di dewan peperiksaan. Teera telah mengulang kaji pelajaran dengan membaca buku. Dia berharap sangat yang apa yang dia baca akan keluar di dalam peperiksaan.

Kertas pertama yang mereka bakal jawab adalah sejarah. Teera duduk di atas kerusi. Kertas sejarah itu diletak atas meja oleh guru. Meja antara pelajar dijauhkan antara satu sama lain. Setelah selesai guru memberi kertas, guru membenarkan mereka menjawab soalan tersebut.

Teera buka kertas dan baca soalan. Dia jawab soalan itu berdasarkan apa yang dia berlakar dan baca di dalam buku. Dia buka helaian seterusnya. Dia dapati soalan itu petikan.

Sejarah adalah sesuatu yang tidak boleh diulang semula. Walau kertas sejarah pun sama sekali.

Teera mengerut keningnya "Apa petikan ni merepek? Baca soalan dia lah"

15. Apakah maksud sejarah?

                                               (15 markah)

Teera agak tergamam bila dia baca soalan begitu. Dia blur dengan soalan itu. Dia ketuk kepalanya dengan pen cuba untuk berfikir "Penat aku baca bahagian yang susah dan kau boleh tanya apa maksud sejarah? Dah lah 15 markah. Hentam saja la"

Akhirnya peperiksaan sejarah sudah tamat. Keesokan harinya peperiksaan Bahasa Melayu. Nasib baik tiada soalan merapu yang tertulis di kertas itu. Cumanya ada sedikit gangguan yang berlaku. Apabila sorang batuk, yang lain juga ikut batuk.

"Korang ni, memang batuk ke atau sengaja?" soal seorang guru lelaki yang berjalan melihat anak muridnya.

"Cikgu, kami sakit tekat sebab tu batuk"

"Siapa batuk lagi, cikgu suruh dia jawab dekat padang sana" guru itu memberi amaran. Maka para pelajar pun senyap.

Selepas kertas bahasa Melayu, mereka jawab kertas bahasa Inggeris. Teera sandar pada kerusi menunggu guru memberi kertas kepada mereka. Guru meletakkan kertas di atas meja. Seorang guru iaitu guru lama sekolah Teera beri kertas kajang kepada pelajar untuk menulis essay.

"Teera, kamu nak dua kertas atau tiga kertas?" soal guru itu.

"Dua je"

"Lima lah. Kamu kan pandai"

"Dua je, cikgu" ujar Teera

"Cikgu, bagi dia 10 helai kertas" jawab Akaily yang kedudukan mejanya di sebelah Teera.

"Itu melampau"

Setelah guru memberi kertas, mereka pun jawab soalan tersebut. Teera buka helaian kertas ke dua. Dia suka jawab belakang dulu berbanding depan bagi kertas bahasa Inggeris. Dia pun baca soalan tersebut.

Describe the characteristics of your future husband/wife.
                
                                                (25 marks)

"Ini soalan ke atau pencarian jodoh? Ciri-ciri bakal suami atau isteri? Siapalah yang buat soalan ni" pasrah Teera. Dia pun tulis jawapannya.

Selepas bahasa Melayu, mereka jawab sains kemudian pendidikan Islam bagi pelajar muslim. Bagi bukan muslim, pendidikan moral. Akhir sekali adalah Matematik. Teera dapat jawab soalan dengan bagi bagi mata pelajaran sains dan pendidikan moral. Soalannya tidak lah berapa susah. Apa yang dia baca ada yang keluar tapi tak banyak. Kini dia jawab soalan Matematik iaitu kertas terakhir.

Teera sediakan keperluan untuk menjawab soalan Matematik seperti kokulater, jangka sudut dan jangka lukis. Benda itu sangat diperlukan ketika menjawab soalan Matematik. Teera pun menjawab soalan itu. Dia beri jalan kerja yang terbaik di dalam ruang jawapan. Apabila dia tak faham soalan itu, dia helai sebelah meninggalkan soalan itu. Dia baca soalan seterusnya.

20. Ali mempunyai 20 biji gula-gula. Manakala Abu memiliki 32 biji gula-gula. Soalannya, berapakah berat Ali?

Teera garu kepalanya yang tidak gatal apabila dia baca soalan itu "Apa soalan ni merepek? Bagi gula-gula tapi tanya berat Ali? Hentam saja lah asalkan dapat jawab"

Teera teruskan menjawab soalan lain. Dia sempat menjeling para pelajar yang lain. Ada sebahagian dari mereka memandang syiling mengharap ada jawapan dari syiling tersebut. Ada yang kusutkan rambutnya kerana tertekan menjawab soalan Matematik. Ada yang bermain dengan pensel. Ada yang tidur. Guru yang berjalan memerhatikan pelajar akan kejut pelajar yang tidur.

"Bangun" guru itu tepuk meja beberapa kali.

Pelajar lelaki itu bangun. Guru itu dapati ada cecair di mulut lelaki itu dan cecair itu terkena pada kertas soalan. Cecair itu adalah air liur. Guru itu agak terkedu.

"Pergi basuh muka sana" arah guru itu. Pelajar lelaki itu keluar dari kelas dengan keadaan mamai.

Dia terlanggar meja pelajar lain membuat pelajar itu terkejut. Dia terjatuh saat kakinya salah melangkah membuat para pelajar ketawa. Dia bangun sambil mengerut keningnya. Dia terus pergi ke tandas. Guru itu berasa geli dengan kertas yang terkena air liur. Dia suruh guru lain ambil kertas untuk elakkan dia ambil kertas terkena air liur.

Teera yang memerhati semua itu hanya ketawa kecil. Ada je perkara yang berlaku di dewan peperiksaan. Dia sendiri tertanya adakah peperiksaan atau bukan. Teera pun teruskan menjawab soalan itu. Pelajar lelaki yang tidur tadi masuk ke kelas menuju ke arah mejanya. Teera terperasan namanya pada baju itu.

"Robin" Teera baca nama pelajar lelaki itu.

Teera pun jawab soalan. Guru memandang jam tangan untuk memastikan para pelajar tidak melebih masa untuk menjawab soalan Matematik "Lagi lima minit"

Semua para pelajar terkejut dengan apa guru itu katakan. Mereka pandang ke arah guru itu dengan wajah sedih. Guru itu perasaan anak muridnya yang memandang dia.

"Cikgu gurau je. Ada lagi 1 jam 15 minit. Hehe" gelak guru itu.

Para pelajar memandang guru itu dengan tidak puas hati. Mereka pun satu kenapa percaya cakap guru itu. Teera geleng kepala. Dia pun agak terkejut apabila guru itu cakap tinggal lima minit. Banyak soalan yang dia belum jawab. Dia terus menjawab soalan tersebut.

"Berdasarkan gambar rajah di atas. Ada apa di atas?" seorang pelajar lelaki memandang ke arah syiling. Teera yang mendengar apa yang dia kata memandang ke arah pelajar itu.

Pelajar itu tutup kertasnya. Teera perasaan nama lelaki itu. Nama lelaki itu adalah Ruby. Teera terus hiraukan lelaki itu. Ada saja yang mengganggu ketenteraman dia menjawab soalan itu.

1 jam 15 minit kemudian, masa menjawab bagi kertas Matematik sudah tamat. Teera selesai jawab semua soalan. Dia sendiri tak pasti jawapan dia berikan betul atau tak. Soalan Matematik itu agak susah sikit dan ada juga yang mengarut.

"Okey, masa dah kiamat" ujar seorang guru lelaki. Para pelajar ketawa.

Kertas pun dikutip oleh guru. Kertas yang terkena air liur oleh seorang pelajar, guru itu menyuruh pelajar itu ambil kertas itu dan letak di bilik guru.

"Kertas soalan yang belum dikutip sila angkat kaki" ujar guru itu.

Teera gelak apabila guru itu cakap begitu. Selama lima hari dia jawab soalan. Minggu depan pula, ada ujian fizikal. Dia akan pastikan yang dia memang dalam ujian tersebut.

Tbc

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now