30. Pertandingan

292 19 0
                                    

Pertandingan berlawan secara berpasangan di adakan di collusium sedang berlangsung. Bunyi sorakan bergema di collusium tersebut. Para pelajar serta guru dan kakitangan yang berkaitan berada di situ untuk memantau pergerakan pelajar.

Perlawanan tadi baru saja tamat. Para peserta yang cedera akan di bawa ke klinik dan dirawat oleh pakar healer. Pengadil memberi masa selama lima minit sebelum perlawanan bermula.

Hati Nayrael sedikit gemuruh. Dia akan berlawan selepas ini. Dia berpasangan bersama dengan Ash. Tiba-tiba dia dapat rasakan bahu kanannya ditepuk perlahan. Dia toleh kepalanya ke belakang. Dia dapati Akaily yang menepuk bahunya.

"Nayrael,kau ni gemuruh semacam je. Berlawan je kot"

"Mestilah gemuruh. Berlawan berdua"

"Kau boleh. Aku yakin kau boleh" Akaily mengukir senyuman di raut bibirnya.

"Thanks, Akaily"

"Ash dan Nayrael sila masuk ke dalam gelanggang sebentar lagi. Perlawanan akan bermula" ujar si pengadil.

"Okey, aku pergi dulu" Nayrael melangkah kaki ke arah gelanggang.

Suara sorakan para pelajar jelas kedengaran di corong telinga Nayrael. Ash menuju ke sebelahnya. Dua bangsa berbeza jantina masuk ke dalam gelanggang. Si gadis berbangsa serials jadian manakala so lelaki berbangsa ikan duyung.

"Perlawanan bermula sekarang!"

Si gadis berubah menjadi serigala. Tubuh badannya dilaputi bulu serta gigi yang tajam. Dia menerkam ke arah Nayrael. Nayrael segera buka kepaknya lalu terbang ke udara. Serigala itu terhempas di atas tanah.

"Buih berganda" si lelaki iaitu ikan duyung keluarkan tongkat di sisinya. Tongkat itu dihentak di atas tanah. Buih-buih terapung di atas udara.

"Tumbukan tanah" Ash menumbuk tanah bertubi-tubi memecahkan buih tersebut. Malangnya buih itu memecahkan tanah.

"Gelora muzik!" Nayrael hasilkan Nor muzik bersaiz besar. Not itu membilas ke arah serigala tersebut.

Serigala tersebut elak dari terkena not muzik itu. Dia berlari menuju ke arah Nayrael. Ash dengan segera menghentak tanah membenamkan serigala tersebut.

"Cis. Ambil ni" si ikan duyung hayun tongkat ke arah kiri dan kanan. Buih-buih menuju ke arah Ash dan Nayrael.

"Not muzik"

Boom!

Not muzik dan buih bertembung menghasilkan debu putih. Mereka tertolak ke belakang. Asap berwarna putih tebal menyelubungi kawasan gelanggang menyukar pandangan mereka.aa. Ash terbatuk-batuk terkena debu yang menyengat tekaknya.

"Ash, tunduk" arah Nayrael.

Ash dapati serigala tersebut mencakar ke arah wajahnya. Dia segera golek ke arah tepi. Kuku tajam milik serigala tersebut mencakar lantai. Serigala itu mengundur ke belakang. Matanya memandang tajam ke arah Ash.

Asap berwarna putih alih dengan not muzik. Nayrael memetik gitar. Nor muzik berterbangan menuju ke arah lelaki ikan duyung yang menuju ke arah dia sambil mencampak tongkat. Tongkat itu tercacak di dalam tanah. Ikan duyung itu kemudian menuju ke arah tongkatnya itu.

"Ambil ni. Tanah berlapis-lapis" Ash hentak kakinya di atas tanah. Tanah mrnceracak tajam naik ke atas.

Serigala jadian menghayun cakarannya pada tanah. Tanah hancur berkecai. Serigala itu ambil tongkat itu kemudian beri pada ikan duyung. Ikan duyung hentak tongkat itu di atas tanah. Bebola bulat berwarna biru di hujung tongkat bercahaya putih saat si ikan duyung membaca jampi.

"Nayrael, kita kena bekerjasama" ujar Ash. Dia hentak tangannya di atas tanah maka keluar golem tanah.

Nayrael pula hasilkan not muzik kecil serta besar. Dia berdiri di atas not muzik sambil memegang gitar. Mata mereka berpandangan antara satu sama lain. Para pelajar berdebar untuk melihat perlawanan tersebut.

Si ikan duyung naik atas badan si serigala. Si serigala menuju ke arah mereka. Si ikan duyung hayun tongkat ke arah in mereka berdua.

"Lontaran tanah! Not muzik berganda!" ujar Ash dan Nayrael serentak.

Golem tanah menghentak penumbuknya di tanah menghasilkan batu-batu tajam yang menuju ke arah serigala serta ikan duyung. Not muzik mengiringi batu itu membuat batu itu bergerak laju.

"Serpihan buih" si ikan duyung menghasilkan satu buih besar.

Buih itu menelan kuasa yang dikeluarkan mereka sebelum buih itu meletup membebaskan debu serta serpihan muzik.

"Er, bukan sebarangan kuasa buih tu" ujar Nayrael.

Serigala jadian tersebut cuba mencakar Nayrael. Nayrael kepakkan sayapnya lalu menuju ke arah lelaki tersebut. Tongkat di tangan lelaki tersebut disambar kasar oleh Nayrael.

"Hish, kembalikan tongkat aku" lelaki itu lompat ke arah Nayrael. Nayrael terbang tinggi di udara. Lelaki itu sambut kaki kanan Nayrael.

"Nayrael, hati-hati" pesan Ash yang elak dari serangan serigala jadian.

Serigala jadian itu berlawan dengan golem batu. Golem tersebut menyambut tangan serigala kemudian menyepak lutut serigala. Serigala itu mencakar golem tersebut namun tiada kesan.

Nayrael pula pusingkan badannya ke arah kiri dan kanan untuk menjatuhkan lelaki yang tangkap kakinya. Lelaki itu lepas pegangan kaki Nayrael.

"Huh. Kau dah kalah"

Lelaki itu tersenyum sinis "Belum lagi dan jangan terlalu bangga"

Tongkat di tangan Nayrael terlepas kemudian memukul Nayrael ke bawah. Nayrael jatuh lalu terhempas di atas tanah. Tongkat itu menuju ke arah lelaki tersebut. Dia dapati rakan sepasukannya berlawan dengan golem.

"Ambil ni" lelaki itu baling tongkat itu ke arah golem.

Tongkat itu berubah menjadi tombak lalu menikam dada golem. Golem tersebut pecah. Serigala mengangkat tangannya ke atas lalu menyambar Ash. Ash tergolek ke belakang.

Dia termuntah beberapa darah. Kepalanya mula pening serta berat seperti dihempap batu. Nayrael cuba bangun dari rekahan tanah namun tongkat itu menyerangnya membuat dia lemah.

Mereka berdua terbaring lemah di atas tanah. Pengadil meniupkan wisel menandakan perlawanan tamat. Para petugas menuju ke arah Ash dan Nayrael untuk di bawa ke bilik rawatan.

Ash cuma mempunyai kesan cakaran di bahagian pipinya. Cakaran itu dari bawah mata hingga ke tepi bibir. Manakala Nayrael dipenuhi dengan tumbukan. Para healer merawat mereka. Luka serta cedera di anggota badan mereka hilang.

Para healer keluar dari bilik rawatan setelah selesai merawat. Rakannya yang lain masuk ke dalam bilik untuk melihat mereka.

"Korang tak apa-apa?" soal Akaily dengan nada risau.

"Hmm, kitorang kalah" suara Ash kedengaran kecewa.

"Tak apa. Yang penting korang sudah buat yang terbaik. Lagipun tongkat yang diguna oleh ikan duyung tu bukan sebarang tongkat" jelas Teera tanpa dipinta.

"Ya, tongkat Etol. Tongkat itu hanya menerima arahan tuannya dan merupakan empat dari sepuluh tongkat yang terkuat. Kuasa dari tongkat tu bukan sebarangan" tambah Ruby.

"Hmm, aku harap korang berlawan dengan bersungguh-sungguh. Kalahkan mereka" ujar Nayrael dengan semangat.

"Okey lah. Terima kasih dengan semangat kau. Jom kita ke keluar, Teera" Allen merangkul bahu Teera. Ash pula cemburu melihat kelakuan Allen.

"Er, okey. Jom" mereka berdua keluar dari bilik rawatan.

"Hmm, sesuai lah Allen dan Teera" ujar Robin dengan dapat jelingan Ash.

"Er, tak sesuai" teguk air liur Robin.

"Kitorang keluar dulu. Berehat ya"

Mereka pun keluar dari bilik rawatan membiarkan Ash dan Nayrael berehat. Ash selubung dirinya dengan selimut dengan perasaan cemburu terhadap Allen.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now