1.Teera

583 41 1
                                    

Matahari terbit memancarkan cahaya berwarna jingga dan terkena sebahagian awan. Burung-burung berkicauan mencari rezeki di pagi hari. Angin bertiup perlahan membelai daun pokok.

Kelihatan sebuah taman yang luas terbentang. Taman itu terdapat tiga bahagian. Bahagian pertama, merupakan taman permainan kanak-kanak. Ada tiga buah buaian, dua jongkang-jongket dan gelongsor. Bahagian kedua merupakan tempat gim terbuka. Tempat ketiga merupakan tempat untuk melakukan aktiviti yoga. Taman itu mempunyai dua jalan yang berlainan warna. Warna kuning cair untuk perjalan kaki atau tempat berjoging. Warna merah pekat untuk tempat berbasikal.

Kelihatan beberapa manusia dan sebahagian bunian sedang melakukan yoga di bahagian ketiga. Mereka seperti golongan tua. Satu radio berwarna biru cair diletakkan di atas rumput. Radio itu mengeluarkan musik yang lembut. Si ketua yoga membuat pergerakkan secara perlahan dan yang lain ikut.

Kelihatan seorang perempuan sedang berlari anak di atas jalan warna kuning. Rambut coklatnya diikat tocang. Dia memakai baju t-shirt dan seluar senam. Memakai kasut senam yang berwarna merah jambu. Nama perempuan itu adalah Teera Weedi. Umur 16 tahun. Hari ini merupakan hari cuti umum sekolah.

Dia berjogging sambil melihat kawasan persekitaran. Tiada sampah di taman tersebut. Tong sampah berwarna hitam berada di taman itu. Dia tidak keseorangan berjogging di pagi hari. Dia nampak beberapa pasangan kekasih, puak lain serta berjogging seorang diri seperti dia.

Dia membawa botol air bersamanya. Botol air tersebut diletakkan dalam sarung botol yang mempunyai tali. Jadi, Teera tidak perlu menjingjing botol air tersebut. Dia silang tali botol air tersebut. Biasanya Teera akan menghabiskan masa selama satu jam untuk bersenam sebelum dia balik.

15 minit kemudian, Teera berjalan perlahan menuju ke bangku. Tekaknya perit dan pedih. Dia melabuhkan punggungnya pada bangku tersebut. Dia buka penutup botol kemudian minum air dari dalam isi botol tersebut. Tekaknya kini basah dengan air.

Teera pusing ke arah kiri untuk tutup botol air setelah dia minum. Dia ternampak seseorang yang menyorok di sebalik pokok. Teera mengerut keningnya ''Dah kenapa dengan dia tu?''

Setelah Teera berjoging, dia balik ke rumahnya. Rumahnya satu tingkat dua bilik tidur, satu ruang tamu, satu bilik air dan satu ruang tamu. Teera buka pintu dan meletakkan kasut sukannya di luar. Dia pergi bersihkan diri sebelum bantu ibunya berniaga di pasar. Selesai dia bersihkan diri, dia dapati ibunya sedang membawa banyak bakul.

"Ibu, maaf Teera lambat sikit." ujar Teera yang menuju ke arah ibunya.

"Tak apa. Ibu baru nak keluar. Tolong ibu angkat ya." puan Ozio serah bakul berbentuk empat segi berwarna biru cair kepada anaknya.

Teera tolong ibunya angkat bakul yang berisi sayur. Mereka berdua menuju ke pasar. Mereka pergi ke tempat berniaga. Khemah telah dipasang dan disediakan. Sama juga meja. Teera menyusun bakul sayur di atas meja. Bukan saja ibunya yang berniaga malah terdapat puak lain juga berniaga di situ.

Ibunya berniaga sayur dan buah-buahan yang ditanam di belakang rumah. Teera biasanya menjadi tukang kaunter. Ramai juga yang beli sayur dari tempat ibunya. Pelbagai jenis sayur dan buah-buahan yang dijual iaitu kacang panjang, tomato, lobak merah, serai, kunyit dan sebagainya. Selain ibunya yang jual, peniaga lain juga menjual barang mereka. Kebanyakkan mereka menjual makanan atau serapan.

Teera sibuk mengira duit yang diberi oleh seorang makcik. Dia kembalikan baki duit lebihan pada makcik itu "Terima kasih, nak"

"Sama-sama" senyum Teera.

Masa berlalu dengan pantas. Pasar itu buka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Setelah selesai menjual, Teera menolong ibunya kemas kedai. Dia bawa bakul sayuran ke rumahnya. Mujurlah jarak rumah dari pasar tidak jauh. Jaraknya hanya dua meter saja. Itulah aktiviti yang dia lakukan jika cuti sekolah.

Teera Weedi. Gadis yang tinggi dan lamping. Dia memakai sarung tangan yang menutup tapak tangan serta belakang tapak tangan. Jarinya terdedah dan tidak tertutup. Dia ada banyak sarung tangan begitu. Dia dan ibunya menyimpan satu rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain. Teera tidak kenal ayahnya. Dia juga sering bertanya ibunya di mana ayahnya dan siapa ayahnya. Ibunya langsung tidak menjawab. Dia sendiri tak tahu kenapa ibunya selalu mengelak menjawab soalan dia.

Pada sebelah malam pula, jam menunjukkan pukul 11.20 malam. Teera duduk di atas katil dan dia bersandar di dinding. Dia sedang membaca buku. Jadi tidak hairanlah jika dia selalu dapat markah tinggi dalam kelas. Dia seorang yang bijak. Selain bijak, dia juga rajin menolong rakannya yang tidak tahu. Teera tutup buku yang dia baca. Dia buka tingkap yang mana tingkap itu bersebelahan dengan katilnya. Dia memandang ke arah luar tingkap.

Bintang bertaburan dan bulan berbentuk pelik. Bulan itu berbentuk seperti empat segi kecil. Bintang pula normal hari ini. Ini dinamakan kejadian aneh. Matahari pun berbentuk pelik. Teera memandang bulan. Dia masih memikirkan siapa ayah kandungnya.

"Sepertinya ibu aku ada sorokkan sesuatu dari aku tapi aku sendiri tidak tahu" keluh Teera. Dia ambil loket di lehernya.

Loket itu berbentuk love. Ukiran di loket itu berbentuk bunga. Loket itu merupakan pemberian ibunya. "Ayah, Teera harap suatu hari nanti Teera akan jumpa ayah."

Teera menutup tingkap biliknya. Dia baring atas katil kemudian selubung dirinya dengan selimut. Dia perlu tidur memandangkan esok dia bersekolah.

Suatu tempat yang jauh dan asing. Seorang lelaki memandang ke arah bulan. Dia pegang sebuah gambar. Gambar itu mempamerkan seorang wanita yang mengendong anak bersama seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum memandang gambar itu. Ketinggian wanita itu sama dengan lelaki itu. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh jatuh cinta dengan wanita yang berlawanan kuasa dengannya.

"Ayah rindukan kamu, Teera. Ibu kamu tak bagi ayah jumpa kamu. Ayah harap satu hari nanti kita akan bertemu wahai anakku."

Tbc

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now