Dua minggu kemudian...
Puan Ozio baru saja selesai berniaga di pasar. Teera sudah balik ke benua Utama setelah dua minggu bercuti. Puan Ozio mengemas tempat dia berniaga. Setelah selesai mengemas, dia pun pulang ke rumah.
Apabila dia sampai di rumahnya, dia dapati seorang lelaki di hadapan rumahnya. Lelaki itu perasaan dengan kehadiran puan Ozio. Puan Ozio mengeluh melihat lelaki itu.
''Kau buat apa kat sini?'' soal dingin puan Ozio.
''Nak jumpa anak aku. Salah ke?'' soal lelaki itu balik.
''Hei, baru sekarang mengaku ada anak'' sinis berbicara puan Ozio.
Lelaki itu mengetap bibirnya saat bekas isterinya berkata begitu ''Ozio, perkara tu dah lepas kan. Mana anak aku?''
''Perlu ke aku beritahu kau, Weedi?''
''Perlu. Aku ayah dia. Mana anak kita?'' soal Weedi.
''Macam mana mau tahu aku kat sini?'' puan Ozio menyilang tangannya.
''Aku tanya orang kat sini dengan menggunakan gambar kau. Tak sangka pula kau popular'' ujar encik Weedi yang mengeluarkan sekeping gambar dari kocek bajunya.
''Aku ni peniaga. Mestilah ramai yang kenal aku''
''Berbalik pada soalan aku. Mana anak aku?'' soal encik Weedi dengan tegas.
''Kalau aku beritahu kau pun, kau tak tahu kat mana dia''
''Beritahu saja, Ozio. Jangan buang masa aku''
''Dia tiada kat sini. Dia bersekolah dan sedang melakukan misi. Oh, dia tak bersekolah kat benua ni. Dia bersekolah kat benua lain''
''Benua mana?'' soal encik Weedi.
''Hmm, sekolah Para Falsafah. Cari lah kat mana sekolah Para Falsafah tu. Kau takkan dapat jumpa Teera tanpa gambar''
''Teera? Siapa Teera?'' soal encik Weedi.
''Nama anak kita lah. Tulah lain kali jadi ayah tu peka. Bukan berseronok dengan perempuan lain'' senyum sinis puan Ozio.
''Sekolah Para Falsafah dekat benua mana?''
''Cari sendiri. Bersyukur lah aku dah beritahu dia kat mana. Pergi dari sini. Aku tak nak tengok muka kau'' halau puan Ozio.
Encik Weedi beredar dari situ. Puan Ozio pula masuk ke dalam rumah. Encik Weedi bertanya para orang serta bangsa lain di mana sekolah Para Falsafah. Ramai bangsa yang pelik dengan soalan encik Weedi kerana sekolah Para Falsafah sekolah yang paling terkenal dari sekolah lain.
Setelah encik Weedi tahu sekolah Para Falsafah di benua Utama, dia pun pergi ke sana. Dia ingin berjumpa dengan anaknya itu.
..................................................
Allen, Ash, Ruby, Robin, Teera, Akaily, Betty dan Nayrael dipilih sebagai satu kumpulan. Mereka berlapan akan berjumpa dengan Hana iaitu pengguna kuasa api dan air.
''Yeah, tak sabar nak jumpa Hana'' ujar Nayrael dengan riang. Mereka berada di pondok di hadapan sekolah.
''Yeah, tak sabar nak tidur'' ujar Robin.
''Kerja kau tidur je. Tiada kerja lain ke?'' soal Ruby.
''Ada. Makan, mandi, berus gigi, kacau orang...,''
''Dah, diam. Aku tak nak dengar suara kau'' ujar Ruby yang memotong percakapan Robin
''Tak perlu dengar''
''Dah aku ada telinga, mestilah aku boleh dengar''
''Ada je seseorang ada telinga tapi tak boleh dengar iaitu pekak'' jawab Robin.
YOU ARE READING
Legend of Teera (C)
FantasyTeera gadis yang hidup sederhana yang tinggal bersama ibu kandungnya tanpa mengenali ayahnya. Disebabkan kepintarannya, pengetua menyuruh dia berpindah ke sekolah Para Falsafah. Dia berpindah ke sana bersama dua sahabat baiknya. Di sana juga dia dap...