27. Murder

249 19 1
                                    

Puan Ozio sedang menyapu habuk si ruang tamu. Penyodok berwarna hijau diletakkan dua meter jauh dari puan Ozio. Kipas angin ditutup untuk mengelakkan habuk terbang.

Tok, tok, tok

Bunyi pintu rumah diketuk pada waktu malam hari. Puan Ozio mengalih pandangan ke arah pintu rumah miliknya.

''Siapa tu?'' soal puan Ozio.

''Hello, makcik'' kedengaran satu suara di luar pintu rumah.

''Oh, sekejap'' puan Ozio sandarkan penyapu pada sofa lalu menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas serta ditarik dari dalam.

Seseorang di luar rumah puan Ozio. Dia mengukir senyuman kepada puan Ozio. Puan Ozio mengerut keningnya melihat si dia tersebut.

''Kamu ni rakan Teera kan?'' soal puan Ozio.

''Ya''

''Oh, sila lah masuk'' jemput puan Ozio.

Dia pun melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup oleh puan Ozio. Puan Ozio serta si dia melabuhkan punggung di atas sofa. Dia duduk bertentangan di hadapan puan Ozio.

''Kenapa kamu datang sini? Bukan ke tak boleh keluar sesuka hati dekat sekolah Para Falsafah?'' soal puan Ozio.

''Er, ibu saya masuk hospital. Sebab tu saya balik. Saya ada bawa makanan untuk makcik'' dia menghulur bekas bulat berwarna unggu ke arah puan Ozio. Sarung tangan berwarna putih meleputi tangannya.

''Terima kasih'' puan Ozio ambil bekas tersebut.

''Makcik rasa lah sekarang. Saya nak tahu juga sedap tak masakan saya tu''

Puan Ozio buka penutup bekas tersebut. Daging salai yang dimasak empuk serta berjus di dalam bekas tersebut. Puan Ozio cubit daging tersebut lalu masuk ke dalam mulut. Dia mengunyah daging tersebut. Dia tersenyum sinis.

''Hmm, sedap kamu masak'' puji puan Ozio.

''Makcik habiskan lah''

Puan Ozio mencubit lagi daging tersebut. Tiba-tiba kepalanya terasa berat seperti dihempap batu. Berpusing-pusing fikirannya. Bekas makanan tersebut terjatuh di atas lantai. Puan Ozio terjatuh di atas sofa. Buih berwarna putih keluar meleleh dari mulutnya.

''Senang kerja aku'' dia mengeluarkan pisau lipat serta tabung uji.

Dia menuju ke arah puan Ozio kemudian mengambil tangan kiri puan Ozio. Pisau dihiris di tempat nadi. Darah keluar perlahan dari tempat hirisan pisau. Penutup tabung uji dibuka lalu diletak di bawah aliran darah. Darah mengalir masuk ke dalam tabung uji.

''Okey'' dia tutup tabung uji dengan penutup setelah selesai isi darah puan Ozio. Dia keluar dari rumah meninggalkan puan Ozio yang nazak tersebut.

.....................................

Dua hari kemudian...

Teera menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar. Kadangkala matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Dia dapati seorang pelajar curi makan dalam kelas. Teera geleng kepala melihat tingkah laku pelajar tersebut.

Alah kau Teera. Macam lah tak pernah curi-curi makan semasa cikgu sedang mengajar.

''Cikgu'' seorang lelaki di luar bilik darjah mengetuk pintu. Cikgu yang sibuk mengajar mengalih padangan ke arah lelaki tersebut.

''Ya, ada apa?''

''Siapa di sini bernama Teera?'' soal lelaki tersebut. Teera mengangkat tangan.

''Teera sila kemas barang anda sekarang. Ikut saya cepat'' arah lelaki itu.

Teera mengerut keningnya. Dia pun mengemas barang miliknya.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now