18. Herba (Part 1)

275 26 1
                                    

Nama Ash, Robin, Danish, Edor, Teera, Akaily dan Nayrael dicatat dalam sejarah kerana mereka bertujuh menjumpai penemuan baru iaitu musang berekor sembilan. Ahli kumpulan lain pula cemburu dengan kejayaan mereka termasuk kawan Teera sendiri.

Langit berwarna jingga. Awan berarak dengan perlahan. Angin bertiup perlahan menyapa pipi Teera yang sedang berehat di sebuah pondok. Dia memandang ke arah tapak tangannya yang ditutup dengan sarung tangan.

"Aku dah lama simpan rahsia ni. Tiada siapa yang tahu aku ada kuasa lain selain api. Patutkah aku beritahu mereka?" ujar Teera sendiri. Dia menyadar belakang tubuhnya pada tiang.

"Teera" panggil seseorang. Teera pusing badannya ke belakang. Seorang lelaki menuju ke arah dia.

"Allen? Ada apa kau panggil aku?" soal Teera yang turun dari pondok.

"Nak jadi pasangan aku untuk lakukan latihan?"

Teera mengerut keningnya "Baiklah"

"Bagus. Mari kita bersiap segera" Allen tarik tangan Teera.

Allen membawa Teera ke sebuah taman kecil. Terdapat pelbagai jenis bunga serta tumbuhan di situ. Rama-rama menghisap madu di bunga tersebut termasuk lebah. Teera terpegun dengan bunga di situ.

"Cantiknya"

Allen berhenti berjalan. Teera pun sama. Seorang perempuan sedang mengerakkan jarinya ke kiri. Akar berwarna coklat gelap menjalar masuk ke dalam tanah.

"Cikgu. Saya dah bawa pasangan saya untuk cari herba"

Guru perempuan itu pusing belakang. Tinggi dia hanya di paras bidang Allen  dan juga Teera. Guru itu mengukir senyuman "Bagus. Boleh kamu cari Carťļé?"

"Carťļè? Itu herba yang susah nak dapat" gumam Teera.

"Cikgu tahu. Herba itu susah didapati dan harganya mahal. Boleh kamu berdua tolong cikgu?" pinta guru tersebut.

Carťļè iaitu sejenis pokok bunga berwarna biru gelap. Bunga itu seperti bunga raya tapi mempunyai empat helai daun. Bunga ini hanya tumbuh di kawasan gelap dan berbahaya. Bunga ini akan bercahaya di tempat gelap. Ada haiwan liar yang menjaga bunga tersebut menyebabkan bunga itu susah didapati.

Bunga Carťļè boleh menyembuhkan penyakit. Selain itu, bunga itu boleh diguna sebagai alat pewangi. Ada sebahagian yang menjual bunga ini dengan harga yang tinggi kerana risiko mengambil bunga tersebut amat bahaya. Tiada siapa yang ingin tanam bunga tersebut. Hal ini kerana, bunga Carťļè perlu perjagaan rapi.

Bunga itu tidak boleh kena matahari. Selain itu, baja bunga tersebut adalah baja serangga berbisa seperti bisa ular tedung dan lebah. Kelopak bunga boleh bertukar warna mengikut musim di Digra.

"Dah semestinya. Kita akan ke pulau kristal"

"Haish. Ke pulau lagi" rungut Teera.

Guru itu tersenyum. Mereka berdua beredar dari situ. Mereka akan ke pulau kristal minggu depan.

......................................................

Sang sembilan terbentang di dada langit ditemani jutaan bintang yang bertaburan. Sebuah kapal bersaiz kecil sedang berlayar di atas air. Allen dan Teera saja di kapal tersebut tanpa pemandu. Allen mempunyai lesen kapal memudahkan dia memandu kapal tersebut.

Mereka berdua berdiam diri. Teera menjulur kakinya ke bawah. Kakinya digoyang ke hadapan dan ke belakang. Kedua tapak tangannya diletak di atas kapal. Dia memandang ke arah bentuk bukan yang pelik hari ni.

"Hei, Teera" Sapa Allen yang ingin memulakan perbualan.

"Ya?"

"Tahniah"

"Tahniah untuk apa?" soal Teera tanpa memandang Allen. Matanya khusyuk memandang langit.

"Nama kau dicatat dalam sejarah sebab jumpa penemuan baru. Aku cemburu tau"

"Bukan aku sorang je. Ada orang lain juga"

"Aku harap sangat yang nama aku dicatat dalam sejarah. Haish" keluh Allen.

Teera memandang Allen. Dia berdiri kemudian menuju ke arah Allen. Dia pegang tangan Allen membuat pipi Allen berona merah "Nanti nama kau akan dalam sejarah. Aku pasti"

"Betul ke? Terima kasih, Teera"

"Sama-sama"

Mereka berdua berdiam diri. Tiada langsung perbualan antara mereka.

.................................................

Ash pula mengilang tangannya. Dia sekarang berada di apartmen sedang duduk atas sofa sebab tidak berpuas hati Allen bawa pujaan hatinya.

"Ini tidak adil. Mana aku nak cari pasangan?"

Allen dapati Robin baru keluar dari bilik tidur. Rambut Robin kusut. Dia menguap berjalan ke arah dapur.

"Robin, kau nak jadi pasangan aku untuk cari herba?" soal Ash.

"Maaf, Ash. Akaily dapat aku dulu"

"Tak guna"

"Apa kata kau ajak Ruby sebagai pasangan kau?" cadang Robin.

"Aku bukan gay"

"Aku tak suruh kau bercinta dengan dia pun. Pasangan sebagai kawan. Apa lah kau ni" ujar Robin yang mengambil gelas kaca untuk mengisi air untuk diminum.

"Ialah. Kau pergi ke mana untuk cari herba?" soal Ash yang menuju ke arah Robin.

Robin mencicip airnya memandang ke arah Ash "Kota Fairln"

"Okey"

Mereka berdua pun berbual kosong antara satu sama lain.

..................................................

Seorang perempuan sedang masuk ke dalam sebuah tempat rahsia. Belakang badannya terdapat dua sayap rama-rama. Dia dapati ketua nya sedang menunggu dia.

"Nayrael. Apa kahbar?" soal ketuanya itu.

"Kahbar baik. Aku ada berita untuk kau"

"Apa dia?" soal ketuanya itu.

"Aku syak salah seorang rakan Teera kecuali Allen ahli kumpulan Tyzer"

"Siapa yang kau syak, Nayrael?" soal ketuanya yang ingin tahu. Dia menongkat dagunya.

"Aku syak Akaily, Ruby, Betty dan Robin"

"Kau kata salah satu"

"Er, maaf. Aku pun tak pasti"

Si ketua menepuk dahinya dengan perlahan "Kau dah perhati Teera?"

"Sudah tentu. Aku dapat rasakan dia ada elemen utama lain selain api. Aku dapat kesan aura kuasa dari dalam dirinya. Kalau aku beritahu kau, pasti kau takkan percaya"

"Beritahu aku. Kau dapat rasa aura apa?" si ketua bertanya.

"Aku rasa lebih dari satu elemen utama. Aku dapat rasakan dia mempunyai lagenda"

"Adakah kuasa tanah dengan ais? Atau api dengan air?" soal ketua itu.

"Dua elemen yang hilang itu adalah kuasa Teera"

"Apa? Mustahil." bangkah ketuanya.

"Kan aku dah cakap yang kau tak percaya aku. Aku rasa dia ada kuasa tu. Kuasa yang hilang beribu tahun."

"Tapi apa dua elemen yang hilang tu?" soal ketuanya.

"Aku tak tahu. Tapi apa yang aku pasti dua elemen yang hilang itu berkaitan dengan api dengan air"

"Teruskan mencari maklumat, Nayrael. Aku nak kau pastikan Teera dalam keadaan selamat. Ahli kumpulan Tyzer mungkin akan membunuh dia kalau mereka dapat tahu Teera ada dua elemen yang hilang"

"Jangan risau. Aku akan lindungi dia. Bukan aku sorang saja. Allen pun sama. Aku rasa Allen jatuh cinta pada Teera"

"Biarkan saja si Allen tu. Baiklah, kamu boleh pergi, Nayrael"

Nayrael angguk kepala. Sayapnya berkipas dan dia terbang ke udara kembali ke sekolah. Dia bekerja di suatu agensi rahsia. Dia juga menyimpan rahsia dia dari semua orang apakah misi dia perlu lakukan. Allen juga agensi rahsia sama juga Nayrael.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now