Pengenalan

718 46 6
                                    

Terdapat lima benua dan 15 buah pulau di Digra. Benua ini disambung dengan jambatan. Pulau di Digra tak pernah dijejaki dan dijelajahi. Jadi terdapat lima nama bagi setiap benua. Benua Utama, benua Sekud, benua Landtis, benua Tertua dan benua Ghaz.

Bulatan elemental bentuknya seperti cincin yang besar tapi tiada hiasan di atasnya. Berwarna hitam dan terletak di puncak gunung Akrz di benua Tertua. Bulatan elemental mempunyai fungsi iaitu memberi kuasa kepada manusia. Di dinding bulatan itu menunjukkan simbol kuasa bagi setiap elemen. Dua simbol terkuat terletak di atas tapi hilang berbanding simbol lain. Kuasa bukan elemen didapati dari dua kuasa elemen berbeza berkahwin. Tiada siapa tahu bagaimana terbentuknya bulatan elemental.

Bulatan elemental dilindungi pelindung halimunan. Pelindung halimunan ini merupakan pelindung yang paling kuat. Namun tiada siapa yang tahu apakah kelemahan pelindung ini. Terdapat buku rahsia pelindung halimunan namun buku itu disorok di tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Pengguna kuasa mempunyai simbol kuasa di tapak tangan. Tak kira elemen atau bukan kuasa elemental. Bagi mahkluk mitos, mereka tidak mempunyai simbol tersebut. Bagi kerabat diraja atau golongan bangsawan, mereka mempunyai simbol mahkota di bahu sebelah kiri menandakan mereka dari golongan berpangkat.

Pemimpin negara mestilah manusia. Istana pula terletak di benua Sekud. Pemimpinnya tidak kira perempuan atau lelaki. Selain itu, pemilihan pemimpin adalah melalui warisan atau falsafah. Umur untuk menjadi pemimpin adalah 22 tahun. Jika pemimpin mempunyai anak, anak mereka yang bakal mentadbir. Jika tiada, golongan bangsawan atau falsafah yang dipilih pemimpin untuk memerintah. Selain itu, keputusan pemimpin sendiri untuk menentukan siapa pemimpin seterusnya sama ada golongan bangsawan atau falsafah.

Falsafah tersebut mestilah bersekolah di sekolah Para Falsafah untuk melayakkan dia menjadi seorang falsafah. Untuk menjadi pemimpin, falsafah itu harus mempunyai minimum enam rekaan terbaru atau banyak berjasa pada negara.

Jika pemimpin meninggal dunia manakala anaknya yang belum cukup umur untuk mentadbir, maka falsafah yang akan mentadbir sehingga anak pemimpin itu cukup umur untuk mentadbir. Anak pemimpin pula boleh tolak jawatan pemimpin kepada adiknya. Jika semua tidak mahu, maka berlakulah peperiksaan.

Undang-undang di Digra juga agak ketat. Mereka harus berkahwin pada umur 20 tahun dan ke atas. Sesiapa yang kahwin pada bawah umur 20 tahun, akan dipenjara. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Sekolah juga diwajibkan setiap puak. Sistem kewangan negara ini juga pelik.

Biasanya wang dijadikan sebagai pertukaran nilai. Digra mempunyai dua sistem kewangan iaitu wang dan ilmu. Ilmu tidak kisah ilmu apa asalkan muhasabah. Disarankan ilmu itu ditulis di dalam kertas kemudian beri penjual. Penjual dan pembeli boleh menggunakan ilmu. Selain itu, mereka boleh menggunakan kedua-duanya secara serentak. Biasanya keperluan harian yang banyak pada ilmu berbanding kehendak. Contohnya jika pembeli ingin membeli barang, pembeli boleh serahkan buku atau beberapa helaian kertas bertulis kepada penjual. Penjual akan menjual barangan yang telah ditetapkan mengikut nisbah. Makin banyak ilmu makin banyak nisbahnya.

Sekolah di Digra mempunyai sistem sama kecuali sekolah Para Falsafah. Para pelajar dibenarkan untuk berpakaian bebas asalkan tidak melampau batas. Tempoh masa pembelajaran adalah 5 hingga 6 jam. Sekolah biasa tidak mengasingkan puak lain. Mereka menempatkan bersama. Sekolah biasa mengambil masa untuk belajar iaitu selama 15 tahun. Umur mereka 7 tahun wajid didaftarkan di sekolah. Umur pula mengikuti tingkatan dan darjah. Contoh, jika dia berumur 10 tahun maka letak di kelas umur 10 tahun yang mana rakan sekelasnya berumur 10 tahun. Biasanya kos pembelajaran ditanggung kerajaan.

Sekolah Para Falsafah terletak di benua Utama. Sekolah yang paling besar dari semua sekolah. Dianggarkan bahawa sekolah ini mempunyai 200 blok bangunan, tiga padang bola sepak, tiga padang bola keranjang serta sebuah collusim yang besar. Terdapat pelan peta setiap blok untuk membantu para pelajar menuju ke kelas. Sekolah ini juga satu-satunya sekolah yang menetapkan uniform sekolah.

Uniform pelajar lelaki dan uniform pelajar perempuan. Bagi muslim, mereka telah diberi uniform khas. Pelajar muslim tak risau kerana terdapat dua buah surau dan satu masjid di sekolah tersebut. Sekolah ini mempunyai asrama yang berbeza dari sekolah asrama biasa. Asrama sekolah ini adalah apartment yang terdapat ruang tamu, dapur, satu bilik air serta dua bilik tidur. Apartment lelaki dan perempuan dipisahkan. Apartment lelaki terletak di tepi padang yang jauh dari blok sekolah manakala apartment perempuan dekat dengan blok sekolah.

Tempoh pembelajaran di sekolah ini dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 9.00 malam. Subjek teras wajid diambil oleh pelajar manakala subjek tambahan tidak diwajibkan. Pelajar boleh pilih subjek yang mereka mahukan. Semasa tiada kelas, pelajar boleh berehat. Contohnya, jika kelas dia bermula pukul 9.00 dia akan pergi kelas pada waktu yang ditetapkan. Sekolah Para Falsafah pula hanya mengambil masa 4 tahun untuk belajar kemudian dia boleh jadi falsafah, ketua menteri, ketua polis, dan seangkatan dengan jawatan tertinggi setiap pekerjaan.

Bagi pelajar muslim akan dibenarkan masuk lewat ke dalam kelas selama 15 minit jika tiba waktu mereka mengerjakan ibadat mereka iaitu solat. Pada hari Jumaat, para pelajar lelaki muslim akan dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat. Biasanya kelas akan ditangguh sementara menunggu pelajar muslim.

Kos untuk masuk sekolah ini agak mahal kerana kos apartment dan aktiviti yang mereka jalankan. Sebahagian kos ditanggung kerajaan. Bila mereka habis belajar dan dapat kerja, mereka akan bayar separuh tanggungan kerajaan. Contohnya jika kerajaan tanggung sebanyak 30% maka pelajar hanya tanggung sebanyak 12%. Hal ini kerana, golongan bangsawan akan bayarkan kos tersebut.

Di sekolah Para Falsafah juga, umur tidak membataskan seseorang untuk masuk ke sekolah itu. Minimun umur adalah 7 tahun. Walaupun umur seseorang lajut, dia boleh belajar di sekolah itu. Setiap kelas pula berbeza umur setiap rakan kelas. Ada yang berumur 14 tahun, 24 tahun dan ada juga pasangan suami isteri. Jika pasangan suami isteri, mereka ditempatkan bersama.

Apartment untuk pasangan suami isteri disediakan tapi yurannya agak mahal. Hal ini kerana apartment ini terdapat lima buah bilik tidur, tiga bilik mandi, ruang tamu besar serta dapur. Biasanya pasangan ini akan cari rumah sewa berbanding tinggal di apartment yang telah disediakan. Malahan sekeluarga juga boleh belajar bersama. Sebahagian tenaga pelajar juga tinggal di apartment bersama keluarga mereka. Di Digra juga tidak pandang harta dan pangkat. Mereka hanya mahukan ilmu. Jadi tidak hairanlah ada sistem kewangan mereka ada menggunakan ilmu.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now