15. Diserang

277 24 0
                                    

Semalaman kapal yang mereka naiki berlayar di tengah laut, namun mereka belum sampai ke tempatnya. Mereka berada di luar kabin sedang melakukan aktiviti lain. Kelihatan tiga lelakk sedang bermain kad yang di bawa bersama. Wajah mereka sedikit serius ketika sedang bermain kad tu. Tiga lagi perempuan pula sedang berbual antara satu sama lain.

Nayrael asyik pandang Danish. Akaily yang perasaan kelakuan Nayrael menepuk belakang badan Nayrael dengan perlahan "Auch, sakit lah"

"Bukan kau ada boyfriend ke?" soal Akaily.

"Boyfriend je bukan suami"

Tiba-tiba air melonjat naik. Mereka semua agak terkejut. Air itu membadai kapal serta mereka. Air laut mula berkocak perlahan.

"Mana ikan duyung?" soal Robin.

Satu sambaran petir hampir mengenai Teera. Ash dengan segera tolak Teera. Posisi dia sekarang, kedua lengannya memeluk tubuh Teera serta menindih Teera di atas lantai kayu. Teera agak tergaman.

"Apa yang berlaku?" Teera tolak Ash ke tepi. Dia segera bangun bersama Ash.

Asap berwarna putih tiba-tiba menyelubungi kapal mereka. Kabus yang tebal menyukarkan pandangan mereka. Asap mula berkurangan secara perlahan. Kelihatan enam puak memakai kerudung berwarna hijau pekat. Mulut mereka ditutup dan hanya nampak mata saja.

"Ahli kumpulan Tyzer" ujar Danish.

"Graviti pemberat" kata salah seorang ahli kumpulan itu iaitu As21.

Mereka terbaring d atas lantai. Mereka tak boleh bergerak kerana graviti menarik mereka dengan kuat. As6 menuju ke arah Teera dengan membawa sebilah pisau tumpul. Teera cuba bangun tapi tak boleh.

"Aku akan hiris kulit kau"

Belum sempat As6 ingin mengelar kulit Teera, tiba-tiba As6 terpindah ke laut. Sama juga dengan pengguna kuasa graviti. Mereka agak terkejut dan terus bangun.

"Siapa yang tolong kita?" soal Ash.

"Saya, kamu semua tak apa-apa?" soal si pembawa kapal. Nampaknya dia mempunyai kuasa teleportasi tahap lapan.

As6 serta As21 menuju ke arah mereka dengan kerudung yang basah
"Serang mereka!"

As12 menuju ke arah Robin dengan laju. Robin merenung ke arah mata As12. Tiba-tiba As12 berhenti berjalan. Anak matanya berwarna merah bertukar hitam sepenuhnya.

"Serang mereka" arah Robin. As12 angguk kepala. Dia serang ahli kumpulannya sendiri.

"Kuasa kau kawalan minda? Hebat beb" teruja Danish.

"Biasa lah"

Teera elak dari tetakan pedang As6. As6 hayun pedang ke leher Teera. Teera dengan segera menunduk membuat As6 berang "Guna kuasa kau!"

"Kuasa aku api. Kalau aku guna, habis terbakar kapal ni"

Nayrael hentak kakinya di lantai. Lantai kayu kini bertukar menjadi piano "Gelombang muzik"

Gelombang muzik itu menolak ahli kumpulan Tyzer ke belakang. Ash berlawan dengan cara elak disebabkan tiada tanah di situ. Dia hampir kena cakaran kuku si serigala tersebut.

"Nasib betul"

"Pancaran kilat" ujar salah seorang ahli kumpulan Tyzer.

Kilat itu menyambar terus enjin kapal serta melubangkan kapal itu. Kawasan berlubang itu dimasuki air. Kapal tenggelam sedikit demi sedikit. Robin yang elok mengawal As12 terjatuh membuat As12 tidak dikawal lagi.

"Mampus aku"

Robin elak apabila As12 baling pisau tajam menggunakan graviti. Danish perasaan As12 angkat pisau tu dan cuba balin pada Robin.

"Perlahankan masa"

Masa bergerak perlahan. Mereka yang sedang berlawan tidak sedar masa bergerak perlahan. Danish menarik Robin secepat mungkin. Masa bergerak seperti biasa. Pisau itu melayang menuju ke arah ahli Tyzer. Pisau itu menikam perut serta leher mereka.

"Tak guna, graviti..." belum sempat As12 guna kuasanya, seekor ikan duyung membaling tombak. Tombak itu menembusi perut As12.

"Maaf, kami kena serang sebelum korang kena serang" jawab ikan duyung perempuan. Ekornya kini bertukar menjadi kaki. Dia hanya memakai seluar pendek serta bra.

"Woi, lain kali pakai baju pastu pakai seluar panjang" ujar Danish yang pandang ke arah lain. Wajahnya berwarna merah melihat perempuan seksi itu.

"Ceh, padahal kau suka" perli Ash.

Beberapa ekor ikan duyung naik ke atas kapal untuk membantu mereka. Kapal hampir tenggelam. Ahli kumpulan Tyzer keluar dari kapal. Mereka kini hanya tinggal tiga dari enam ahli.

"Cepat, kita lompat" ujar si duyung.

"Akaily" panggil Robin.

"Apa?"

"You jump, I jump"

"No. I jump you jump"

"Lady first, Akaily. You jump, I jump"

"Kau lah dulu. You jump, I jump"

"Woi, cepat lah lompat. You jump, I jump. Kau ingat ni cerita Titanc ke?" marah Nayrael. Mereka pun lompat ke dalam air.

Kepala mereka dilindungi buih untuk memudahkan mereka bernafas di dalam air kecuali ahli kumpulan Tyzer. Ikan duyung berubah kaki kepada ekor berwarna coklat gelap.

Seorang ahli Tyzer iaitu pengguna kuasa petir mengangkat tangannya ke atas. Langit yang cerah kini berubah menjadi mendung. Petir mula terbentuk serta bunyi jrlas kedengaran.

"Tak guna. Panah berganda"

Akaily memanah si ahli kumpulan Tyzer. Mereka dengan segera membentuk pelindung halimunan di hadapan mereka. Akibat mereka tidak mempunyai alat bernafas dalam air, mereka sedikit lemah. Sekali sekala mereka menuju ke permukaan air untuk mendapatkan nafas.

Petir hampir menyambar mereka, nasib baik seekor ikan duyung membentuk pelindung.

Boom!

Mereka terundur. Pelindung itu pecah berkecai bagaikan kaca dihempas di lantai. Petir itu terus menyambar ke arah mereka.

"Diorang ni bodoh ke apa? Agak-agak lah nak sambar petir dalam air. Nanti diorang juga terkena tempiasnya" biacara Ash. Dia tak boleh guna kuasanya iaitu tanah memandangkan tiada tanah di situ termasuk Teera.

"Libasan muzik" ujar Nayrael.

Not muzik berwarna hitam melibas mereka membuat mereka terundur. Darah pekat mula kelihatan. Nampaknya salah seorang ahli kumpulan Tyzer mati iaitu pengguna kuasa petir. Langit berubah menjadi cerah.

As6 dan rakannya menuju ke arah mereka. Mereka berdua mahu buat serangan kombo. Tiba-tiba satu pusaran air menarik ahli kumpulan Tyzer itu. Mereka bergelut untuk melepaskan diri tapi tak boleh.

"Puasaran air. Berundur semua" arah ikan duyung. Mereka berundur dari puasaran air tersebut.

Pusaran air itu makin menganas. Berpusing hampir ke arah mereka. Mereka cuba lari dari pusaran air itu. Pusaran air berlalu dari situ sambil membawa dua ahli kumpulan Tyzer. Mereka agak terkejut.

"Pusaran air tu bukan dari semula jadi tapi ada seseorang buat pusaran air tu. Siapa pengguna kuasa air kat sini?" soal Danish.

"Tiada siapa pengguna kuasa air di sini. Mungkin dia tolong kita dari jauh" jawapan Akaily agak logik.

"Baiklah, kami akan hantar korang ke pulau terbiar. Nanti kami akan hantar bantuan untuk selamatkan korang" ujar si duyung.

"Kenapa tak hantar ke jeti terus? Senang sikit. Tak perlu nak minta bantuan" soal Robin.

"Jeti tu jauh. Pulau terbiar tu dekat. Lagipun kuasa buih memudahkan korang bernafas dalam air tu terhad. Jadi, kami akan hantar korang semua ke pulau tersebut"

Nak tak nak mereka dihantar ke pulau terbiar yang jaraknya lagi 500 meter di hadapan mereka.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now