35. Maze

257 21 0
                                    

Mereka bertujuh menarik lafaz lega apabila sampai di hadapan maze atau lebih tepat pagar sesat. Dinding maze itu diperbuat dari daun pokok yang ditimbun menjadi empat segi. Ketinggian dinding maze adalah tiga meter.

"Aku boleh terbang untuk sampai lebih cepat" ujar Nayrael yang mengibas kepaknya. Dia kini berada di udara.

"Eh, nanti Nayrael"

Tiba-tiba kepak Nayrael tidak bergerak membuat dia terjatuh di atas tanah. Dia bernasib baik kerana dia terbang tidak terlalu tinggi. Dia bangun semula kemudian dia mengkuak kepaknya. Tapi kepaknya tidak bergerak.

"Apa yang berlaku ni? Kenapa kepak aku tak berfungsi kat sini?" soal Nayrael.

"Sebab kawasan ni mempunyai daya tahan graviti yang kuat. Kau tak boleh terbang atau lompat di sini" jawab Allen.

"Okey, kita nak lalu mana satu lorong?" soal Ash yang memerhati lorong di maze. Terdapat empat lorong sebelum masuk ke dalam maze.

"Mengikut peta ni, lorong ke dua. Jom, kita masuk"

Mereka bertujuh melangkah kaki masuk ke lorong dua. Akaily melihat keadaan lorong tersebut. Dia cuba sentuh daun yang berbentuk empat segi tersebut. Tangan Akaily di tarik oleh Allen.

"Jangan sentuh pun daun ni. Kita tak tahu sama ada daun ni bahaya atau tidak"

"Betul tu. Lagipun bentuk daun ni pelik. Tak pernah aku tengok daun berbentuk empat segi. Ini pertama kali" ujar Ruby.

Mereka bertujuh meneruskan perjalanan. 12 minit kemudian, mereka sampai kawasan yang berbentuk bulat. Terdapat sebuah pokok di dalam bulatan. Buah berwarna merah serta berbentuk tiga segi tergantung di ranting pokok.

"Wow, buah" Robin menuju ke arah pokok tersebut.

"Eh, jangan makan" ujar Ruby.

"Ala, tenang lah. Buah tu menarik" Robin menarik dahan pokok yang hampir dengannya. Dia ambil buah itu lalu menggigitnya.

"Tengok, tiada apa-apa berlaku" ujar Robin yang mengunyah buah itu sambil bercakap.

Tiba-tiba muka Robin kejang. Buah di tangannya terjatuh. Dia terbatuk-batuk sambil menepuk dadanya. Mereka menuju ke arah Robin.

"Robin, kau okey ke tak?" soal Akaily.

"Kan aku dah cakap jangan makan" Ruby menepuk belakang badan Robin.

"Who is Robin?" soalnya yang memandang mereka. Anak matanya kini berwarna coklat gelap.

"My name is Rozie" ujar Robin dengan bangga. Rakannya memandang ke arah satu sama lain.

"Apasal nama macam nama perempuan?" bisik Teera pada Akaily. Akaily angkat kedua bahunya.

"Jangan layan si Robin tu. Jom kita teruskan perjalanan" ujar Ash. Mereka setuju dengan kata-kata Ash. Jadi, mereka menuju ke destinasi seterusnya.

Mereka melalui salah satu lorong di maze. Di dinding maze terdapat sebuah papan yang sama saiz dengan dinding maze. Mereka dapati ada lukisan di papan tersebut.

"Lukisan apa ni?" soal Teera yang meneliti lukisan tersebut. Lukisan itu menunjukkan lapan kanak-kanak yang sedang bermain bola. Empat lelaki empat perempuan. Teera dapati ada tulisan di bawah lukisan itu iaitu perkataan 'siblings'.

"Apa maksud lukisan ni?" soal Akaily.

"Lukisan ni bermaksud lapan kanak-kanak yang merupakan adik-beradik"

"Wow, lapan kanak-kanak? Kuat juga ayah diorang" ujar Robin. Dasar otak kuning. Ada juga kena tendang ni.

"Mereka bukan sebarangan kanak-kanak, mereka berlapan merupakan yang pertama mempunyai kuasa elemen di kalangan manusia" jelas Allen.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now