4. Asrama

390 39 3
                                    

Teera, Akaily dan Betty duduk di atas kerusi empuk berhadapan dengan pengetua sekolah Para Falsafah. Dia seorang lelaki yang mempunyai janggut yang mencecah paras dadanya.

"Kamu bertiga dengar apa yang saya nak cakap. Kamu bertiga akan tinggal di asrama. Nanti minta pada pekerja kunci asrama apartment korang bertiga. Minggu depan korang bertiga akan dengar taklimat tentang peperiksaan dan ujian fizikal di dewan tertutup. Sebelum pergi korang pergi ke koperasi sekolah untuk ambil uniform sekolah kamu. Tunjukkan resit sebagai bukti"

"Oh, lagi satu saya nak beritahu kamu. Asrama apartment mempunyi lapan blok. Setiap blok mempunyai lima tingkat. Setiap tingkat mempunyai 10 aparment. Kamu kena baca nombor apartment di kunci apartment kamu ya" sambung pengetua.

"Terima kasih, pengetua. Kami minta diri dulu" pinta Akaily. Dia keluar dari pejabat bersama Betty.

Pengetua mengerut keningnya melihat Teera hanya duduk dan tidak bergerak "Kamu ada masalah ke?" soal pengetua.

"Boleh saya pakai sarung tangan?"

"Boleh, tapi kenapa kamu pakai sarung tangan?" soal pengetua yang curiga. Di tapak tangan puak manusia akan menunjukkan simbol kuasa. Kenapa Teera tak mahu tunjukkan.

"Maafkan saya kerana ini hal peribadi saya, cikgu. Saya harap cikgu tak kisah"

"Oh, okey?"

Teera pun keluar dari pejabat. Dia mula curiga dengan Teera yang pakai sarung tangan tapi jari terdedah.

"Biarlah dia"

Teera dapati rakannya menunggu dia. Dia mengukir senyuman menuju ke arah dua rakannya "Jom ke aparment" ajak Akaily.

"Kita kena pergi koperasi dulu. Tak ingat ke?" tegur Betty. Akaily garu kepalanya yang tidak gatal.

Mereka bertiga keluar dari pejabat. Teera berjalan di sebelah Betty. Dia berselisih dengan Ash yang tingginya hanya paras bahu Teera. Ash merupakan seorang lelaki dan muda tiga tahun dari Teera. Dia merupakan golongan bangsawan dan anak saudara raja Rikcy. Dia sepertinya menuju ke arah pejabat dengan wajah yang dingin.

"Ash ke tadi?" soal Akaily.

"Betul lah tu. Siapa je yang tak kenal Ash beku dan tembok macam ais" ujar Teera.

Mereka pun menuju ke koperasi sekolah. Seorang lelaki iaitu petugas sebagai penjaga kaunter bayaran mengukir senyuman ke arah para pelanggan "Cik, ada apa saya boleh bantu?"

Betty tunjukkan resit kepada lelaki itu. Lelaki itu membaca resit itu kemudian dia angguk secara perlahan
"Sabar ya" lelaki itu mencari uniform yang tertulis dalam resit.

Teera sempat mengambil makanan iaitu roti berinti jagung kemudian letak di atas meja. Dia buka beg sandangnya untuk ambil sehelai kertas yang bertulis. Lelaki itu letak uniform sekolah di atas meja. Teera memberi sehelai kertas yang bertulis kepada lelaki itu. Lelaki itu ambil kertas itu kemudian simpan. Teera ambil roti itu.

Mereka pun ambil uniform masing-masing. Teera makan roti sepanjang perjalanan menuju ke arah asrama. 12 minit kemudian, mereka sampai di hadapan asrama perempuan. Asrama perempuan mempunyai seorang pengawal keselamatan yang mengajar pintu pagar depan asrama. Asrama pula dikelilingi pagar berdawai yang tinggi. Bukan saja asrama perempuan malah asrama lelaki juga macam tu. Asrama lelaki terletak jauh dari asrama perempuan.

"Selamat datang cik. Mesti cik pelajar baru kan?" soal pengawal keselamatan wanita itu yang tolak pintu pagar. Mereka ucap terima kasih kepada pengawal kemudian mereka masuk ke dalam asrama.

Nombor apartment mereka yang tertera pada kunci ialah blok AB no 72. Mereka pun menuju ke blok mereka. Apartment mereka di tingkat dua. Mereka naik lif kerana mereka bawa beg bagasi yang berat. Pintu lif terbuka setelah sampai di destinasi. Mereka pun cari aparment mereka dan mereka jumpa. Kunci apartment itu ada tiga. Setiap penghuni dapat satu kunci.

Akaily masukkan anak kunci ke dalam tombol pintu. Pintu terbuka menandakan anak kunci itu sesuai untuk tombol pintu itu. Mereka pun masuk ke dalam aparment. Teera menutup pintu. Bilik air bertentangan dengan pintu utama. Sebuah ruang yang memisahkan ruang tamu dan dapur. Ruang tamu itu hanya ada tikar. Tak lupa juga ada balkoni. Bahagian dapur juga lengkap dengan kabinet, dapur peti ais kecil dan meja makan.

Terdapat dua buah pintu berwarna merah jambu yang bersebelahan antara satu sama lain di tengah-tengah antara bahagian raung tamu dan dapur "Aku tidur seorang diri" ujar Betty.

Betty tarik beg bagasinya masuk ke dalam bilik yang dia pilih. Nampaknya Teera dan Akaily kena berkongsi bilik. Mereka berdua pun menuju ke dalam bilik tersebut. Sebuah almari yang besar serta meja panjang yang disediakan kerusi untuk belajar. Sebuah katil tingkat juga berada di situ.

"Aku pilih katil atas" ujar Akaily

"Bagus juga. Aku serik nak tidur kat katil atas"

Akaily gelak. Dia ingat semasa kejadian memalukan berlaku pada Teera. Sekolah lamanya pernah mengadakan rombongan. Guru mereka menempah drom untuk jimat. Teera pilih katil atas manakala Akaily katil bawah. Teera terjatuh dari katil atas saat dia turun dari katil. Dia tersalah pijak membuatkan dia jatuh seperti nangka busuk. Akaily hanya gelak dan tak tolong rakannya. Sejak hari tu, Teera tak nak tidur di katil atas.

"Apa yang kelakar, Akaily sampai kau gelak?" tegur Teera yang menyedarkan Akaily mengingati masa silamnya.

"Ingat macam mana kau jatuh macam nangka busuk. Haha"

"Tak lawak lah. Sakit punggung aku. Nasib baik tak apa-apa. Kalau punggung aku patah, aku saman katil tu. Tak guna betul"

"Katil pun kena saman ya, Teera?" duga Akaily.

"Whatever. Aku nak berehat sekejap. Penantnya" Teera terus baring dia atas katilnya.

"Kau buat apa sampai penat? Bukan kau berlari pun. Mungkin penat kena pegang dengan Allen" usik Akaily. Teera pandang tajam ke arah rakannya itu.

"Suka hati nenek moyang dia je pegang tangan aku. Kalau aku jumpa dia, aku akan ketuk kepala dia. Geramnya"

"Eh, marah ya. Tadi masa dia pegang kau muka kau merah tahu tak"

"Malas aku nak layan kau"

Akaily menggeleng kepala. Dia kemas barangnya dulu sebelum dia berehat. Teera pula setelah selesai berehat, dia baru kemas barangnya. Pada sebelah malam, Teera terjaga kerana kesejukan. Mana taknya, selimutnya terjatuh. Pundi kencingnya pula penuh membuatkan dia menuju ke bilik air. Setelah selesai membuat hajat, dia menuju ke arah balkoni.

Dia memandang ke arah luar balkoni. Ada pintu untuk keluar dan menjenguk ke luar. Teera membuka pintu balkoni lalu.

Angin malam menyerpa badan Teera membuat dia memeluk tubuh badannya ''Sejuknya!''

"Woi, jiran atas boleh diam tak? Apahal memekak pukul 3.00 pagi ni?" tegur jiran bawah.

Teera berasa malu kemudian dia masuk ke dalam aparment lalu menutup pintu. Dia menuju ke bilik tidur untuk sambung tidur.

Tbc

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now