Teera mengenakan gaun panjang berwarna biru pekat. Belahan kain dari bahagian bawah lutut hingga ke kaki. Kolar gaun atau garisan leher berbentuk v dan menampakkan separuh payu dara Teera. Dia melihat dirinya di cermin. Jantung dia berdebar kuat. Dia akan berucap di hadapan khalayak ramai.
"Kau boleh, Teera"
"Teera" sapa Nayrael dan Akaily. Teera toleh ke belakang. Mata Teera terkebil-kebil melihat gaun yang mereka berdua pakai.
Gaun Nayrael berwarna biru di bahagian bawah manakala warna putih di bahagian atas. Berlengan pendek serta kembang di bahagian bawah. Paras gaun itu hanya di bawah lutut Nayrael.
Gaun Akaily pula berwarna peach. Tidak kembang dan berlengan pendek. Manik kecil berwarna emas menghiasi gaun tersebut. Belahan gaun dari kaki hingga atas paras lutut.
"Wow, cantik korang berdua" puji Teera yang meneliti gaun mereka dari atas hingga ke bawah.
"Thanks, kau pun apa kurangnya" ujar Akaily.
"Tahniah, Teera. Maksud patik, tuanku" usik Nayrael. Teera cubit pipi Nayrael.
"Ouch"
"Disebabkan mulut kau yang masin dan juga beberapa orang yang cakap aku bakal pemimpin, kini aku betul-betul jadi pemimpin"
"Mulut aku masin? Macam mana kau tahu rasa mulut aku?" soal Nayrael.
Teera "............."
Akaily "............"
Mulut "............"
.................................................................
Teera melangkah kaki ke arah dewan. Jantungnya berdegup dengan kencang seperti saja dia selesai berlari. Peluh membasahi lehernya serta tekaknya berasa perit.
"Hai Teera...," sapa Ash. Dia pandang Teera dari atas ke bawah. Ash tergamam seketika.
Teera mengerut keningnya. Ash memakai kot berwarna biru pekat dan baju di dalamnya berwarna biru cair 'Wow, nampak bergaya' bisik hati Teera.
"Teera, kenapa kau pakai macam ni?" soal Ash yang membuka kot miliknya. Dia sarung kot nya pada Teera.
"Kenapa?" Teera tepis kot Ash.
"Er, kau seksi sangat" pipi Ash berwarna merah.
"Apa yang seksi? Biasa je?"
"Kenapa kau pakai gaun yang hampir menampakkan kau punya..." Ash teragak-agak ingin memberitahu.
"Aku punya apa?"
"Tiada apa lah. Kau pakai kot ni. Aku tak nak mata gatal yang pandang kau" Ash sarung kot nya pada Teera tapi Teera tepis.
"Tak nak" Teera jelir lidahnya.
"Teera..." melirik Ash memanggil nama Teera.
"Oi, Teera. Cepatlah masuk ke dalam dewan dan beri ucapan. Perut aku dah lapar ni" laung Nayrael.
"Sabar ya, Nayrael. Maaf, Ash. Aku pergi dulu" Teera meninggalkan Ash di situ.
Teera masuk ke dalam dewan dan dia berdiri di atas pentas. Rakyatnya melihatnya dan tak sabar untuk mendengar ucapan dari Teera. Teera tarik nafas kemudian hembus. Segala kekuatan dikumpulkan sebelum dia memulakan ucapan.
"Selamat pagi, rakyat ku. Saya Teera Weedi pemimpin baru bagi Digra. Saya merupakan pemimpin yang pertama yang dipilih dari kalangan rakyat serta seorang wanita. Saya pun tak sangka bekas raja kita iaitu Raja Ricky memilih saya sebagai pemimpin. Saya harap kamu semua dapat memberi kerjasama kepada saya. Saya jumpa sebuah buku. Ia bukan buku sebarangan tapi buku untuk menemukan kota Atlantis" Teera menunjukkan buku tersebut.
YOU ARE READING
Legend of Teera (C)
FantasiTeera gadis yang hidup sederhana yang tinggal bersama ibu kandungnya tanpa mengenali ayahnya. Disebabkan kepintarannya, pengetua menyuruh dia berpindah ke sekolah Para Falsafah. Dia berpindah ke sana bersama dua sahabat baiknya. Di sana juga dia dap...