23. Cuti

279 19 2
                                    

Teera sedang melipat pakaian lalu memasukkan di dalam beg bagasi. Akaily pula mengambil pakaian di dalam almari miliknya untuk diletak dalam bagasi. Mereka bawa beberapa helai baju sebelum pulang ke halaman kampung. Pengetua memberi para pelajar cuti selama dua minggu.

''Tak sabarnya nak balik. Nak peluk bobo. Mesti bobo rindu aku juga'' ujar Akaily yang memulakan perbualan.

''Bobo? Siapa pula Bobo?'' soal Teera yang mengalihkan pandangannya pada Akaily.

''Bantal peluk aku. I miss his so much''

Teera mengguling matanya ke atas ''Bantal peluk pun ada nama''

''Suka hati la''

30 minit kemudian, mereka berdua selesai mengemas. Betty keluar dari bilik sambil menarik beg bagasi. Mereka bertiga keluar dari apartmen kemudian beri kunci aparment pada pengawal keselamatan.

<..............>

Stesen keretapi
Jam 10.00.

Ramai bangsa serta puak berpusu-pusu masuk serta keluar dari keretapi. Pagar automatik dipasang di luar keretapi untuk keselamatan para penumpang. Teera, Akaily dan Betty menarik beg bagasi masuk ke dalam keretapi. Tanpa disedari oleh sesiapa, beberapa bangsa memakai penutup mulut masuk ke dalam keretapi.

Teera, Akaily dan Betty berdiri sambil pegang tempat pemegang relling besi.  Tempat duduk pula penuh. Keretapi pun mula bergerak. Tiba-tiba mereka terdengar satu das tembakan. Mereka terkejut melihat beberapa bangsa yang mempunyai pistol.

''Serahkan barang berharga kau.'' si lelaki acu pistol ke arah Teera.

''Oh, kau cakap dengan aku ke?'' soal Teera dengan blur.

''Eh, tak lah. Dengan jiran kau.'' sindir perompak tersebut.

''Oh, jiran aku. Maaf, jiran aku tak ada kat sini.''

''Jangan main-main boleh tak? Serahkan barang berharga kau!'' tengking lelaki tersebut.

''Eh, aku tak main-main. Lagi satu, jangan lah tengking aku''

Teera tendang kemaluan lelaki itu. Lelaki itu melepaskan pistolnya memegang kemaluan. Tiga perompak melepaskan beberapa das tembakan ke arah Teera. Teera tersenyum sinis. Dia elak setiap das tembakan tersebut.

Orang atau bangsa di situ melarikan diri ke bahagian keretapi yang lain. Kini hanya tinggal Teera, Akaily dan Betty. Betty mengeluarkan sebilah pedang. Dia hayun pedangnya ke arah seorang perompak. Perompak itu lompat dengan cara memijak tempat duduk. Dia kini di belakang Betty.

''Betty, hati-hati'' Akaily buat perisai. Das tembakan dilepas serta terkena perisai tersebut.

Teera tumbuk muka perompak tersebut. Perompak itu tersungkur. Seorang lagi perompak cuba tumbuk Teera dari belakang. Akaily dengan segera menuju ke arah perompak tersebut kemudian menumbuk bahagian perut perompak itu. Perompak itu mengundur ke belakang.

''Hei, kau tu lelaki atau perempuan?'' soal Akaily.

''Lelaki lah'' perompak itu mengempal tangannya. Dia seperti berada keadaan posisi menyerang serta berjaga-jaga.

''Heh, lelaki tapi serang hendap. Lelaki ke tu?'' sinis berbicara Akaliy.

Perompak itu mengetap bibirnya. Dia hayun penumbuk ke arah perut Akaily. Akaily tolak tangan lelaki itu dengan lengannya kemudian lengannya merangkul leher perompak itu. Perompak itu seperti keadaan sujud tapi sebelah tangannya di atas.

Akaily tarik tangan kanan lelaki itu kemudian dia hentak dada lelaki itu dengan lututnya beberapa kali. Setelah itu dia hentak muka lelaki itu dengan lututnya. Akaily lepaskan genggaman lelaki itu. Lelaki itu terjatuh ke bawah. Darah mengalir di bawah matanya.

Betty lompat ke arah seorang perompak dengan menghayun pedangnya. Pedangnya itu mencarik isi daging perompak tersebut. Perompak tersebut menjerit kesakitan.

''Heh, padan muka'' Betty simpan pedangnya itu.

Teera hanya elak das tembakan perompak itu. Perompak itu dapati rakannya telah tumbang dikalahkan dengan wanita. Kini hanya tinggal dia serta seorang lagi. Perompak itu melepaskan lagi das tembakan.

Pistolnya kini tidak melepaskan sebarang tembakan. Perompak itu buka isi peluru pistol tersebut. Rupanya peluru sudah habis. Teera dengan segera angkat kakinya kemudian hayun kakinya ke arah kepala lelaki itu. Lelaki itu terjatuh di atas lantai.

Akaily tumbuk dada perompak yang cuba menumbuknya dari belakang. Perompak itu termuntah darah saat Akaily tumbuk tulang rusuk lelaki itu. Para perompak tewas begitu saja. Teera, Akaily dan Betty mengukir senyuman setelah selesai membelasah para perompak.

12 minit kemudian, polis pun datang. Mereka menangkap para perompak tersebut. Teera, Akaily dan Betty diberi perhargaan kerana menumpaskan perompak.

Mereka bertiga akhir nya sampai di benua Ghaz iaitu tempat tinggal mereka. Mereka balik ke rumah masing-masing dengan menunggang griffin.

Teera tarik beg bagasi menuju je rumahnya. Kelihatan puan Ozio menunggu kedatangan anak perempuannya itu.

''Ibu'' Teera peluk puan Ozio.

''Teera, ibu rindu kamu, nak''

''Teera pun rindu ibu'' Teera meleraikan pelukan ibunya.

''Ibu ada masak makanan kegemaran kamu. Mari masuk ke dalam''

''Yeah, thanks mom'' Teera tarik beg bagasi masuk ke dalam rumah.

Pada sebelah malam, kelihatan sang ibu serta anak duduk di meja makan. Lauk seperti daging bakar, ulam raja dan nasi putih berada di atas meja. Teera makan makanan yang dimasak oleh ibunya dengan penuh selera.

''Teera, macam mana dekat sekolah Para Falsafah?'' soal puan Ozio.

''Best, ibu. Banyak misi yang perlu diselesaikan. Lepas naik cuti, Teera dan kawan Teera akan ke benua Tertua. Kami ke sana untuk berjumpa Hana iaitu pengguna kuasa api dan air. Lepas tu kami ada sesi berlawan secara berpasangan'' jelas Teera setelah selesai menelan makanan.

''Macam seronok dan agak meletihkan. Mesti Teera kurang rehat'' teka puan Ozio.

''Ya, betul tu. Teera kurang berehat. Banyak kerja sekolah cikgu berikan, ibu. Maaf Teera kalau tak dapat tolong ibu berniaga''

''Tak apa. Ibu tak kisah. Lagipun sepanjang kamu tiada di sini, ibu boleh uruskan sendiri'' senyum puan Ozio.

''Ibu, Teera ada kawan baru. Nak tengok tak gambar diorang?''

''Esoklah kamu tunjuk. Ibu nak lipat kain. Cepat, habiskan makanan kamu tu. Lepas ni tolong ibu'' ujar puan Ozio yang berlalu dari meja makan.

Teera pun menghabiskan makanannya itu.

........................................

Kelihatan seorang wanita separuh usia sedang duduk termenung seorang diri di luar rumah. Dia duduk di atas kerusi malas. Seorang lelaki iaitu anak si wanita itu keluar dari rumah membawa beg sandang belakang.

''Weedi, kamu nak ke mana?'' soal si ibu.

''Saya nak jumpa dengan anak saya lah mak. Dah 16 tahun saya tak jumpa dia''

''Weedi, kamu tahu ke bekas isteri kamu tu tinggal mana?'' soal si ibu.

''Tak, ibu''

''Dah tu. Duduk saja kat sini''

''Maaf, ibu. Saya kena pergi juga. Selamat tinggal ibu''

Si anak pun berlalu dari situ. Si ibu geleng kepala melihat tingkah laku si anaknya itu ''Dah bercerai baru rasa menyesal. Masa berkahwin tak perasaan pula. Hiash pelik aku''

Lelaki itu menuju ke arah sebuah sampan yang mempunyai enjin tersadai di jeti. Dia hidupkan enjin sampan itu kemudian bertolak dari pulau ke benua.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now