16. Pulau Terbiar

269 24 0
                                    

Ahli kumpulan Tyzer cuba melepaskan diri dari pusaran air itu. As6 menetap bibirnya. Dia tak sangka seseorang telah menyelamatkan mereka berenam.

"As6, macam mana nak hentikan pusaran air ni?"

"Aku tak tahu"

Pusaran air itu tiba-tiba berhenti. Mereka berdua pening kepala dan mahu muntah. Mereka menuju ke permukaan air lalu keluar dari air tersebut.

"Macam mana nak cari mereka, As6?"

"Tak guna kalau kita cari mereka. Kita tak tahu di mana lokasi mereka sekarang kalau tiada burung helang. Burung helang tu hanya ikut arahan tuan dia saja. Masalahnya, tuan dia dah mati. Kita akan serang Teera hari lain" jawab As6.

"Tapi, apa kau nak jawab dengan ketua?"

As6 diam seketika. Badannya mengigil kesejukkan. Dia pergi dari situ meninggalkan ahlinya tanpa sebarang bicara.

"As6, tunggu"

..................................................

Mereka bertujub telah sampai di sebuah pulau. Pokok-pokok yang berada di pulau itu meliputi separuh pulau. Pokok di situ dianggarkan 35 kaki tinggi.

Teera, Akaily, Nayrael, Ash, Robin, Danish dan si pemandu kapal tersadai di tepi pantai. Ikan duyung meninggalkan mereka untuk mendapatkan bantuan.

"Pulau apa ni?" soal Akaily yang memandang ke arah hutan. Meremang bulu roma dia melihat hutan itu. Ada hantu ke?

"Entah" ujar Nayrael. Pakaian dia luncun teruk. Nasib baik tak nampak pakaian dalam. Sayapnya tak boleh gerak akibat terkena air.

"Hei, si pemandu kapal. Apa nama encik?" soal Ash.

"Nama saya Edor. Umur 23 tahun"

"Encik Edor, kamu pengguna kuasa teleport kan? Hantarlah kita semua ke  jeti atau tempat perlabuhan"

"Maaf. Saya baru tahap empat. Saya tah boleh telepor terlalu jauh dari lokasi"

"Ala. Ingat tahap tujuh. Tak apa lah" pasrah Ash.

"Korang dengar bunyi tak?" soal Robin. Mereka semua pandang Robin.

"Bunyi apa? Harimau ke?" soal Danish yang ketakutan. Dia gigit kuku jarinya sambil mengeletar badannya.

"Dengar betul-betul"

"Nak dengar lah ni" ujar Ash. Dia cuba fokus untuk dengar bunyi.

"Bunyi apa, Robin?" soal Teera yang mengerut keningnya.

"Dengar je" tegas Robin. Mereka angguk kepala.

Masing-masing cuba dengar sesuatu yang dikata oleh Robin. Mereka semua meletakkan tangan di telinga sebagai tanda untuk dengar.

Gruh~

"Bunyi perut aku lah. Aku lapar ni" ujar Robin. Mereka semua terngaga.

"Tak guna kau. Aku ingat bunyi harimau rupanya bunyi perut kau" geram Danish.

"Kita masuk ke dalam hutan dan cari makanan serta air. Kita tak boleh hidup lama tanpa air" ujar Teera yang menuju ke arah hutan.

"Air laut kan ada" biacara Robin.

"Kau minum lah air tu. Masin lah air laut tu" Akaily ikut Teera. Sama juga Nayrael.

Mereka pun ikut juga masuk ke dalam hutan untuk mencari makanan. Teera menyalakan api di tapak tangannya untuk keringkan pakaiannya. Dia cuba untuk cari air bersih untuk diminum.

"Ada jumpa apa-apa?" soal Ash secara tiba-tiba.

"Kau ni. Terkejut aku" Teera usap dadanya.

"Maaf. Aku rasa ada mahkluk tinggal kat sini"

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now