19. Herba (Part 2)

266 21 1
                                    

Cahaya matahari menyinari seluruh permukaan bumi. Panas bahang dari sang mentari membuat ramai yang berpeluh dan berteduh. Ada sebahagian dari mereka memakai payung. Kelihatan dua remaja lelaki berada di bandar yang ramai puak berada di situ. Ada yang menaiki basikal, ada juga berjalan kaki.

Ruby dan Ash berjalan di bawah bangunan untuk mengelakkan terkena sinaran cahaya matahari tersebut. Mereka ke situ untuk mencari herba iaitu Dařłţè. Dařłţè sejenis herba yang boleh melawan penyakit kanser tahap satu hingga tahap dua. Ia merupakan sejenis bunga lima belas kelopak berwarna unggu bercampur biru. Mudah didapati dan mudah dijaga.

"Ruby, Ash." panggil seseorang. Mereka berdua memalingkan kepala ke belakang. Rupanya Robin memanggil mereka berdua. Mereka berdua menuju ke arah Ruby dan Ash.

"Tak sangka kita jumpa di kota Fairln. Korang berdua cari bunga apa? Apa kata kita cari sama-sama. Senang sikit"

"Aku setuju" ujar Ruby.

"Bunga Dařłţè. Korang pula?" soal Ash.

"Bunga Fěľŕů" ujar Robin.

Bunga Fěľŕů ialah sejenis bunga berbentuk seperti kelawar berwarna merah darah. Bunga ini boleh beri tenaga tambahan kepada sesiapa. Bunga tersebut berbentuk kelawar kerana terhasil dari bangkai kelawar yang mati. Kelawar pula bukan kelawar jenis biasa. Kelawar itu dipanggil kelawar Ţülér.

"Jom kita pergi ke taman bunga yang terletak di bandar" ajak Akaily.

Mereka berempat menuju ke bandar dengan berjalan kaki. Mereka sekarang berada di kota Fairln di benua Landtis. Perjalanan benua Utama ke benua Landtis hanya mengambil masa 20 minit jika naik kereta kuda. Jika berjalan kaki, masa perjalanan bertambah 15 minit.

Mereka berempat berjalan di laluan perjalan kaki. Mereka melalui tempat bekas peperangan. Bekas tempat peperangan dijadikan sebagai tempat lawatan. Tempat bekas peperangan di situ masih misteri. Ash pergi ke tempat itu. Mereka pun ikut Ash.

Akaily dapati tanah berwarna hitam berjalur putih. Sebuah bangunan yang hanya tinggal tembok serta tingkap berada di situ. Kelihatan simbol elemen di tembok itu. Simbol nya kelihatan kabur.

"Ash, kenapa kau datang ke sini? Kita patutnya cari herba" biacara Akaily.

"Aku nak tengok lebih dekat bekas kawasan peperangan ni."

"Apa yang kau dapat kalau kau dapat tengok secara dekat. Mari kita pergi ke taman." Ruby pun menarik tangan Ash berlalu dari situ sama juga Robin dan Akaily.

Mereka berempat berada di taman bunga. Mereka telah minta kebenaran dari penjaga taman tersebut untuk memetik bunga yang mereka patut ambil.

.....................................................

Allen dan Teera berada di dalam hutan pada petang. Mereka membawa beg sandang belakang. Pokok yang tinggi lima meter menghalang cahaya matahari menembusi permukaan tanah. Allen iaitu serigala jadian berkelebihan dapat mengidu bunga dari jarak jauh.

"Allen, jauh lagi ke bunga Carťļè tu?" soal Teera yang mengipas dirinya dengan tangannya.

"Dekat sana. Jom" Allen tarik tangan Teera.

Allen berlari masuk ke arah sebuah gua. Teera tergamam seketika melihat gua tersebut. Apabila mereka masuk ke dalam gua, mereka terbau sesuatu yang menyengat hidung mereka. Teera mahu muntah tapi dia tahan.

"Aku rasa asa sesuatu tinggal di pulau ni."

"Apa dia?" soal Teera.

"Pokok, haiwan dan serangga"

Teera tepuk bahu Allen dengan perlahan "Kau ni. Aku ingat apa benda"

Mereka dapati beberapa kuntum bunga Carťļè bercahaya biru. Mereka mendekati bunga itu. Allen mengambil gunting kecil lalu ambil bunga itu masuk ke dalam beg sandang. Bunga itu tidak boleh kena matahari. Jika bunga itu terkena sebarang cahaya, bunga itu akan layu.

"Dah dapat. Jom keluar" bisik Allen namun dapat didengari Teera.

Mereka berdua keluar dari gua tersebut "Akhirnya selesai"

Tiba-tiba mereka berdua dapat rasakan tanah bergegar sedikit. Mereka berdua rapat dengan membelakangi antara satu sama lain.

"Gempa bumi ke?" soal Teera.

"Tak tahu. Apa yang penting, kita pergi dari sini" Allen tarik tangan Teera.

Mereka berdua berlari menuju ke arah tepi pantai. Teera dapati semak-samun bergerak seperti ada sesuatu mengejar mereka. Kaki kanan Teera terlanggar akar yang terkeluar dari tanah. Mukanya tersembab di tanah.

"Teera" Allen angkat Teera. Muka Teera yang putih kini menjadi coklat membuat Allen gelak.

Teera cubit Allen "Auch"

"Sakit lagi hati aku"

"Maaf, Teera" tangan kanan Allen merangkul belakang bahu Teera manakala tangan kiri merangkul bahagian bawah lutut.

Allen berlari mencempung Teera. Tangan kanan Teera merangkul leher Allen. Wajahnya disembab pada dada Allen. Allen terkedu seketika. Wajahnya berona merah tapi dia tak pedulikan.

"Jauh lagi ke sampai ke pantai?" soal Teera.

"Entah"

"Eh, kau serigala jadian kan. Kau sepatutnya tahu ke mana arah seterusnya"

"Jauh lagi"

Awan bersaiz besar melindungi matahari. Hari yang cerah kini menjadi mendung. Titik-titik air mula menurun perlahan membasahi bumi.

"Haish. Dalam banyak-banyak masa. Masa sekarang lah nak hujan." keluh Allen.

"Kita kena berteduh"

"Ada gua kecil. Kita ke sana" Allen menuju ke arah sebuah gua kecil. Gua itu hanya boleh muat seramai lima orang.

Allen dan Teera berteduh dalam gua. Air hujan yang perlahan serta lambat kini bertukar pantas serta lebat. Petir pula berdentum. Teera lap wajahnya. Unggun api dinyalakan dengan kuasa Teera.

Teera melihat kaki kanannya yang terlanggar akar. Ibu jari kakinya berwarna biru. Darah mengalir perlahan di tepi kuku ibu jari. Allen menuju ke arah Teera. Dia ambil ubat serta balut dari beg yang dia bawa. Dia sapu ubat pada luka tersebut.

"Auch" rintih Teera.

"Sabar ya, Teera. Sakit sedikit" Allen membalut ibu jari kkai Teera dengan balutan. Dia membalut dengan cermat.

"Siap pun"

"Terima kasih, Allen" Teera kucup pipi Allen. Wajah Allen berona merah.

"Sama-sama. Luka kau tu boleh sembuh beberapa hari je"

Mereka berdua berdiam diri. Teera membaca buku tentang kota Atantis manakala Allen memandang ke arah luar. Dia berharap sangat hujan dapat berhenti segera. Masa berlalu pantas. Dari waktu tengahari masuk malam, hujan tak berhenti turun. Teera kesejukkan kemudian dia mengosok kedua tangannya menerima haba.

"Nampaknya kita terpaksa bermalam di sini" ujar Allen.

"Nak buat macam mana? Hujan turun dengan lebat"

"Kau tak sejuk ke, Teera?" soal Allen.

"Sejuk juga. Kau tak perlu risau. Aku pengguna kuasa api, jadi aku boleh panaskan diri aku"

"Huaah. Mengantuknya" menguap Allen tanpa menutup mulutnya. Dia mengosok kedua matanya.

"Pergi tidur sana"

"Kau tak tidur ke?" soal Allen.

"Aku berjaga"

"Nope. Biar aku yang aku berjaga. Kau tidur lah"

"Baikah"

Teera mengambil beg sandang belakangnya. Dia letak kepalanya di atas beg. Belakang badannya menghempap tanah serta dia menjulur kakinya.

Allen bersandar di dinding gua. Dia duduk jauh sedikit dari Teera. Teera menutup matanya kemudian pusing menghadap dinding gua. Allen memeluk kedua lututnya memandang ke arah luar mengharap hujan berhenti dengan segera.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now