12. Kelas pertama

314 24 0
                                    

Matahari terbentang luas di dada langit di kelilingi kepulan awan yang bergerak perlahan. Sekali sekala kepulan awan menutupi matahari. Jam dinding menunjukkan angka 9.00 pagi.

Kelihatan sebuah kelas yang didiami para pelajar. Meja di susun sebaris serta jarak antara satu sama lain. Sebuah meja berwarna coklat yang bersaiz besar di hadapan meja bersaiz sederhana berwarna putih. Papan putih empat segi berukuran 35 cm panjang berada di dinding untuk kemudahan guru.

Para pelajar berborak antara satu sama lain. Meja Teera baris ke tiga dari depan. Bersebelahan dengan koridor. Meja Akaily bersebelahan dengan Teera. Manakala meja Nayrael jarak dua baris dari depan.

Seorang guru perempuan yang memakai baju kurung berwarna merah hati masuk ke dalam kelas sambil menjinjit buku teks serta kotak pensel. Semua pelajar serta merta pergi ke tempat masing-masing.

"Selamat pagi, cikgu" ujar si ketua kelas.

"Selamat pagi semua. Sila duduk" manis bicara guru perempuan itu. Para pelajar pun duduk di tempat masing-masing.

"Baiklah, kelas. Sila keluarkan buku teks tentang magik. Buka muka surat lima"

Para pelajar lakukan apa yang disuruh oleh guru. Ternyata bab pertama tentang pengguna kuasa serta elemen.

             (Imej bulatan elemental)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             (Imej bulatan elemental)

"Kita berlajar dahulu tentang bulatan elemental. Seperti kamu lihat dalam buku teks kamu, elemental sepatutnya ada lapan tapi dua hilang menyebabkan tinggal enam. Tiada siapa yang tahu apa dua elemen yang hilang"

"Cikgu, adakah dua elemen yang hilang tu berkaitan dengan Jazz?" soal salah seorang pelajar.

"Ya. Jazz melenyapkan dua elemen itu. Apa yang saya pasti, dua elemen itu merupakan elemen kuasa yang kuat berbanding elemen yang lain"

"Kenapa dua elemen itu kuat, cikgu?" soal Nayrael.

"Cuba kamu lihat kedudukan dua elemen yang hilang itu. Kedudukan dia berada di atas menandakan dua elemen itu kuat serta hebat"

"Tapi, cikgu. Bukan kah tanah lebih pengguna kuasa tanah lebih kuat dari api serta air? Kenapa simbol tanah dekat bawah?" soal Akaily

"Itu cikgu tak pasti. Persoalan yang cikgu tak dapat rungkaikan. Para falsafah pun tak tahu kenapa simbol tanah kat bawah. Pedulikan tentang kedudukan simbol elemen, kita berlajar tentang kuasa. Elemen yang paling penting adalah elemen air. Tubuh badan kita perlukan air kira-kira 70 peratus. Tanpa air kita boleh kehilangan tenaga. Elemen air merupakan elemen yang keempat terkuat. Satu-satunya elemen yang boleh berubah tiga keadaan jirim iaitu cecair, gas dan pepejal"

"Jadi, pengguna elemen air ke tahap dua, kuasa air akan menjadi ais. Tahap tiga iaitu wap air. Kamu semua tahu wap air panas, jadi untuk pengguna elemen air yang ingin tukarkan air kepada wap air mestilah minda bantuan api. Konsep sains digunakan untuk menukar tiga keadaan jirim. Seperti kamu tahu jika air berubah kepada ais akan melalui proses pembekuan. Manakala ais berubah menjadi air melalui proses peleburan. Jika ais berubah wap melalui proses pemejalwapan. Jika wap berubah menjadi cecair akan melalui proses kondensasi. Kalau cecair berubah wap akan melalui proses pendidihan" jelas guru perempuan itu.

Para pelajar mengganguk kepala tanda faham "Baiklah, ada sesiapa nak tanya?" soal guru.

Para pelajar geleng kepala. Guru itu selak halaman sebelah diikuti para pelajar "Elemen air merupakan elemen yang tenang sama seperti sifat penggunanya. Elemen api pula elemen yang berlawanan dengan elemen air. Elemen api agak berbahaya jika pengguna tidak dapat dikawal. Kelemehan api ialah air tapi kalau api itu ada minyak, air takkan mampu padam api kerana keadaan minyak yang kurang tumpat dari air membuat air termendap"

"Cikgu, saya nak tanya macam mana pengguna elemen api boleh keluarkan kuasa tanpa material mudah terbakar?" soal Teera.

"Soalan yang bagus. Ini kerana kuasa itu memang ada di dalam tubuh pengguna elemen api. Jadi, pengguna elemen api tidak perlukan material mudah terbakar tapi mereka perlukan oksigen dan suhu yang panas. Tanpa dua faktor itu, pengguna elemen api tidak boleh menghasilkan api. Tapi jika nak nyalakan api mesti ada tiga faktor yang mempengaruhi berlakunya api iaitu oksigen, suhu yang panas dan material mudah terbakar"

"Elemen petir merupakan elemen yang paling berbahaya. Voltan yang tinggi mampu membunuh seseorang. Pengguna elemen petir biasanya akan mempunyai cas negatif serta positif dalam diri mereka. Sebab itu, mereka begitu senang keluarkan kuasa petir dalam diri mereka. Tahap kedua adalah halilintar di mana pengguna elemen petir bergerak laju seperti cahaya. Elemen tanah pula merupakan elemen yang paling besar dari elemen lain. Tanah juga merupakan permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Sifat pengguna elemen tanah ialah keras kepala" jelas guru lagi. Dia menarik nafas dahulu sebelum bercakap tentang elemen lain.

"Okey, seterusnya ialah elemen tumbuhan iaitu elemen semula jadi. Elemen ini sukakan keindahan semulajadi. Di sampaing itu, pengguna elemen tumbuhan boleh bercakap dengan haiwan pada tahap lima kuasanya. Pengguna elemen tumbuhan boleh memahami perasaan tumbuhan serta perolehi makanan daripada tumbuhan. Elemen yang paling indah berbanding elemen lain. Elemen yang kurang bahaya tapi berhati-hati sebab pengguna elemen tumbuhan boleh ambil racun dari tumbuhan beracun kemudian beri pada elemen lain"

"Pengguna elemen tumbuhan tidak akan dapat kesan jika mereka sentuh tumbuhan beracun kecuali mereka makan. Akhir sekali elemen angin. Elemen angin memang lemah tapi jangan pandang rendah terhadap angin. Angin yang kuat boleh mengakibatkan air di lautan bergelora serta berlaku tsunami. Taufan serta ribut petir juga adalah salah satu kuasa dari pengguna elemen angin" sambung guru itu.

"Tapi cikgu, kenapa pengguna elemen angin boleh hasilkan ribut petir? Lagi satu, pengguna elemen petir boleh tak hasilkan ribut petir?" soal seorang pelajar.

"Dua elemen itu perlu bekerjasama untuk hasilkan ribut petir. Ribut petir ni berbahaya juga. Jadi, jangan dekati ribut petir jika sayang nyawa. Baiklah, seterusnya pengguna kuasa bukan elemen. Pengguna kuasa bukan elemen ini memperoleh kuasa dari kuasa elemen. Ia terjadi apabila dua elemen berlainan berkahwin. Anak mereka akan dapat kuasa dari ibu bapa mereka atau dari manipulasi kuasa ibu bapa mereka"

"Cikgu, kalau ibu dia pengguna kuasa air manakala ayah dia pengguna kuasa api, adakah dia dapat kedua-dua kuasa itu?"

"Kita ikut sistem pewarisan gen. Biasanya anak akan ikut ayahnya seperti kuasa serta sifat. Tidak hairan ada peribahasa bapak borek anak rintik. Boleh seseorang itu mendapat dua elemen utama serentak dalam badannya. Cuma kurang saja pengguna elemen untuk memperolehi dua elemen utama dalam diri. Satu dari sepuluh pengguna elemen akan dapat dua elemen utama dalam diri sendiri"

Pelajar mengganguk kepala tanda faham apa yang cikgu ajarkan. Guru itu tulis sesuatu di papan putih iaitu Elemental bulatan.

"Buat nota tentang kuasa ya. Lusa nanti cikgu nak cek nota kamu. Nota siapa yang lengkap serta cantik cikgu bagi hadiah. Baiklah, masa cikgu dah tamat"

"Bangun" ujar ketua kelas yang bangun dari tempat duduk sambil diiringi para pelajar.

"Terima kasih, cikgu"

"Terima kasih, cikgu" para pelajar cakap secara serentak setelah ketua kelas berkara.

"Sama-sama. Saya keluar dulu" guru perempuan itu keluar dari kelas. Kelas pula menjadi bising kembali

"

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now