Kelihatan collusium itu dipenuhi oleh para pelajar. Para pelajar duduk di atas bangku yang disediakan untuk melihat perlawanan. Beberapa petugas serta doktor berada di bilik rawatan untuk merawat para peserta yang cedera. Guru bertugas pula memerhati tingkah laku para pelajar.
Para pelajar terdiri daripada pelajar tahun lepas dan para peserta. Mereka diberi kebenaran untuk melihat perlawanan tersebut. Para pelajar berbual dan ada juga menjerit tidak sabar untuk melihat perlawanan. Peserta diberi masa dan hari untuk perlawanan.
Seorang lelaki yang memakai baju kot berwarna coklat pekat masuk ke gelanggang collusium. Di tangan kanannya, dia memegang mikrofon
"Apa khabar para pelajar? Adakah anda semua bersedia?""Sudah!"
"Baiklah, tanpa membuang masa. Kita akan jemput peserta kita yang pertama iaitu Cira"
Seorang gadis masuk ke gelanggang collusium dengan membawa sebilah pedang. Rambut blonde gadis itu diikat. Baju t-shirt serta seluar track. Para pelajar menepuk tangan.
"Seterusnya ialah Akaily"
Akaily masuk ke gelanggang collusium tanpa membawa apa-apa sebarang sejanta. Para pelajar beri tepukan lebih gemuruh kepada Akaily.
"Para peserta yang tak dapat bangun dalam masa 30 saat akan dikira kalah. Selain itu, para peserta boleh angkat tangan untuk menarik diri. Pelindung di bahagian muka dan leher diaktifkan"
Pengacara itu keluar dari gelanggang setelah memberi pesanan kepada para peserta. Akaily dan Cira berpandangan antara satu sama lain.
"Baiklah perlawanan akan bermula dalam kiraan 1, 2, 3. Mula!"
Cira menuju ke arah Akaily dengan melibas pedangnya. Akaily membentuk satu pelindung halimunan untuk menghalang pedang itu kena padanya.
"Permulaan yang bagus" puji pengacara majlis. Para pelajar dan peserta yang lain sedikit gemuruh melihat perlawanan itu.
Akaily keluarkan sebilah pedang dari tangannya. Sebagai pengguna kuasa sejanta, dia boleh keluarkan apa jua sejanta yang dia mahukan.
"Pedang berapi"
Akaily hayun pedang yang mempunyai api merah ke arah Cira setelah dia menolak Cira. Cira tahan dengan pedangnya yang biasa itu.
SRING!
SRING!
Dua bilah pedang berlaga menghasilkan percikan api kecil dari pedang Akaily. Cira pusing dan dia keluarkan pedang samurai.
"Pedang berganda"
Dua bilah pedang itu menuju ke arah Akaily. Akaily membentuk perisai pelindung. Pedang itu tetak perisai itu beberapa kali sehingga perisai itu retak.
"Erhh. Panah berapi"
Akaily dengan segera keluarkan busur. Dia panah berapa anak panah yang mempunyai api ke arah pedang itu serta Cira.
"Cis. Pedang seribu ganda!" jerit Cira.
Beribu-ribu pedang tiba-tiba datang melindungi Cira dari terkena anak panah berapi itu. Cira lompat dan dia libas anak panah yang menuju ke arahnya. Pedang yang melindungi nya hilang begitu saja.
"Libasan berganda!" pergerakan Cira pantas seperti cahaya. Dia libas anak panah itu dengan laju.
Satu anak panah tepat terkena pada bahunya. Cira cabut anak panah itu. Darah keluar membuak-buak dari bahu kirinya tapi dia tak peduli.
"Hebat"
"Wow"
Para pelajar bersorak nama Cira dan Akaily umtukk memberi semangat kepada mereka berdua. Perlawanan mereka berdua agak sengit memandang mereka berdua mempunyai kuasa bukan elemen tapi kuasa manipulasi elemen.
"Bilah pisau berganda!"
Akaily keluarkan kipas tangan. Dia baling bilah kipas tangan ke arah Cira. Bilah kipas itu diperbuat dari bilah pisau yang tajam. Cira tukar pedang biasa kepada pedang samurai.
SRING!
SRING!
Bunyi pedang membelah bilah pisau. Cira hanya berdiri dan dia bergerak saat menghayun pedang itu. Dia nak menuju ke arah Akaily tapi tak boleh.
"Pusingan 360 darjah"
Cira keluarkan pedang lagi tapi ia pedang biasa. Kedua tangannya memegang pedang. Dia pusing 360 darjah. Akaily tertolak ke belakang akibat angin dari pusingan Cira. Akaily lompat ke atas melebihi ketinggian Cira. Dia mendarat kemas di atas tanah. Cira berhenti berpusing. Dia simpan pedang samurai.
"Tetakan pedang!"
Cira menuju ke arah Akaily dengan menghunus pedang ke arah kiri. Akaily dengan segera menangkap pergelangan tangan Cira. Tangan kanannya genggam pergelangan tangan manakala tangan kiri tahan siku Cira. Cira terkejut. Akaily tarik tangan Cira kemudian dia tumbuk rusuk kiri Cira membuat Cira terlepas pedang.
Akaily lempang lengan Cira ke tepi kemudian dia letak kakinya di pelipat Cira. Dia pijak pelipat Cira lalu dia tarik Cira dengan kuat. Kepala Cira terhentak kuat di atas tanah. Tangan kirinya digenggam erat oleh Akaily dan tangannya di diletak di bawah lutut Akaily. Kaki kanan Akaily pijak pelipat kiri Cira.
Cira cuba bangun tapi dadanya ditumbuk oleh Akaily. Dia cuba bangun lagi tapi dia ditumbuk secara bertubi-tubi.
"Baiklah, mari kita kira 30 saat dari sekarang. Satu, dua, tiga..."
Cira tak mampu bangun. Cira terkedu sedikit dengan cara perlawanan Akaily. Dia tak tahu apa Akaily telah lakukan kepada dia sampai dia tak boleh bangun.
"Pemenangnya adalah Akaily"
Akaily tarik tangan Cira. Dia papah Cira menuju ke arah bilik rawatan
"Maafkan aku, Cira. Adakah aku pukul terlalu kuat?""Kuat juga. Kau ada belajar seni pertahankan diri?" soal Cira.
"Ada. Ayah aku suruh aku belajar seni pertahankan diri sebab tu aku kalahkan dengan seni tu"
"Kau belajar seni pertahankan diri apa?" soal Cira.
"Aku bagi kau klu supaya kau dapat teka. Ketangkasan serta kecekapan merupakan kunci utama untuk kalahkan musuh. Deria dan sentuhan juga memainkan peranan. Sesiapa saja boleh belajar seni ini walau dia tubuh badan tak sempurna. Seni pertahankan tu sangat bahaya jika kau berlawan dengannya. Rusuk kau ditumbuk. Lengan kau dipatahkan serta kau boleh muntah darah. Selagi penumbuk tak cecah pada tubuhnya selagi itu dia tak lawan"
"Aku tahu itu Silat Cekak Pusaka Hanafi. Seni yang agak berbahaya. Malah seni lain seperti karate dan yang lain juga ada digunakan dalam Silat tu. Aku pernah melihatnya dan aku kagum juga. Tak sangka kau belajar silat"
Akaily gelak "Pandai kau. Memang betul kata kau. Penendang sisi Tae Kwon Do, buah tomoi paut, serangan penanti gayong, sendeng, Tae Kwon Do, tomoi dan Judo Banting serta sebagainya ada belajar dalam seni silat Cekak Pusaka Hanafi. Belajar macam mana nak tumpaskan seni pertahankan diri yang lain dan juga seni yang sama" jelas Akaily.
"Penat tak belajar seni tu?" soal Cira yang ingin tahu.
"Dah semestinya penat dan sakit. Kau jatuh pastu kau perlu bangun secepat mungkin. Sakit tu cuma biasa saja sebab para pengajar tak benarkan buat betul bersama rakan tapi buat betul dengan musuh atau lawan"
"Macam seronok je. Aku nak belajar boleh?" soal Cira.
Akaily senyum "Dah semestinya. Aku harap kau tabah dan terus berada di dalam seni pertahankan diri sampai peringkat akhir. Banyak kau perlu berlajar dan banyak juga cabaran untuk kau hadapi. Semoga berjaya"
Akaily dan Cira berbual kosong apabila mereka sampai di bilik rawatan. Para doktor merawat Cira. Perlawanan seterusnya bakal tiba tak lama lagi.
Tbc
YOU ARE READING
Legend of Teera (C)
FantasyTeera gadis yang hidup sederhana yang tinggal bersama ibu kandungnya tanpa mengenali ayahnya. Disebabkan kepintarannya, pengetua menyuruh dia berpindah ke sekolah Para Falsafah. Dia berpindah ke sana bersama dua sahabat baiknya. Di sana juga dia dap...