5. Taklimat

375 32 1
                                    

Semua pelajar yang baru masuk sekolah Para Falsafah berada di dewan tertutup. Mereka duduk di atas lantai dan baju uniform mereka diangkat sedikit bagi mengelakkan uniform putih kotor terkena lantai. Sebuah kipas yang saiznya lima kali lebih besar dari kipas helikopter terpasang di syiling berpusing dengan perlahan. Walau kipas itu hanya berpusing perlahan, ia cukup menyejukkan para pelajar di situ. Sebuah pentas yang di hadapan para pelajar. Guru tiada di situ membuat para pelajar bising.

Teera, Akaily dan Betty duduk secara berbaris melintang. Teera duduk di tengah antara Akaily dan Betty. Mereka bertiga juga berbual kosong. Kelihatan seorang guru lelaki yang botak kepalanya menuju ke pentas. Para pelajar tidak hiraukan guru tersebut. Guru itu ambil mikrofon dan mula berdehem membuat para pelajar diam serta merta.

"Korang ni bising betul lah. Kalau nak berborak dengan kawan tu perlahan lah sikit. Kawan korang dekat sebelah je. Macam lah kawan korang tu pekak.  Malas nak bebel. Korang semua dah besar." guru letak mikrofon itu lalu duduk di atas kerusi.

Beberapa minit kemudian, para pelajar mula bising. Guru letak jari telunjuk di bibir supaya senyap tapi mereka hiraukan. Guru itu ambil mikrofon "Diamlah babun. Tak faham diam. Babun dekat hutan tu pun dengan cakap. Korang ni, tak faham bahasa ke? Maaa... syarakat"

"Masyarakat pun boleh, cikgu." balas seorang para pelajar.

Seorang guru perempuan masuk ke dalam dewan. Dia menuju ke arah pentas. Guru lelaki beri mikrofon pada guru perempuan tersebut. Para pelajar mula diam.

"Maaf sebab cikgu terlewat. Apa pun cikgu nak beri taklimat kepada kamu semua. Kamu semua akan menghadapi peperiksaan pada bulan depan. Sebahagian jawab dekat dewan peperiksaan sebahagian lagi dekat kelas. Nanti kamu semua dapat nombor giliran pastu ikut nombor giliran kamu tentukan kamu jawab periksa dekat mana. Lepas habis periksa, kamu semua akan diuji dengan ujian fizikal iaitu berlawan. Ujian fizikal itu dekat collusium. Keputusan akan dapat setelah kamu berjaya dalam ujian. Buat betul-betul sebab semua ni akan menentukan kamu semua akan masuk kelas mana."

"Peperiksaan dijalankan cuma peperiksaan biasa saja. Kamu akan jawab lima kertas nanti. Jangan meniru dan jangan minta kawan jawapan. Ujian fizikal pula, cikgu nak kamu semua tulis kuasa kamu nanti bila cikgu edarkan kertas kepada kamu. Senang sikit nak tahu apa kuasa kamu semua. Lepas taklimat ni, kamu dibawa oleh cikgu Kamal untuk meronda sekolah ni. Saya tahu sekolah ni ada pelan tapi ia memudahkan kamu untuk tahu lebih lanjut." sambung guru perempuan tersebut. Guru itu beri mikrofon kepada guru lelaki.

"Baiklah, kamu semua dah dengar kan apa cikgu cakap dekat depan? Cikgu nak ingatkan kamu semua. Mana lah tahu pelupa. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Korang pun satu tak catat apa yang cikgu cakap,"

Para pelajar dengan serta merta keluarkan sebuah buku catatan dan sebatang pen atau pensel. Cikgu lelaki itu hanya geleng kepala "Cikgu cakap baru nak buat. Habis tu kalau cikgu tak situ kamu beredar dari dewan ni, sampai tua kamu tak beredar. Lain kali catat setiap cikgu cakapkan. Faham ke tidak?"

"Faham, cikgu." kata para pelajar secara serentak.

"Bagus. Kamu semua akan menduduki peperiksaan dan buat lah bersungguh-sungguh. Cikgu cuma nak ingatkan, baca buku. Jangan buat benda lain pula. Kalau tak ingat, jangan makan banyak semut. Jangan bawa toyol ke dalam peperiksaan. Kamu semua tahu tak toyol tu apa?" soal guru itu.

"Tak, cikgu."

"Toyol tu adik-beradik kepada goblin. Dia kecil dan suka mencuri. Jangan jadi toyol ya, murid-murid yang dikasihi. Jangan buat bising kat kelas. Hanya bunyi kipas saja. Kalau nak kentut angkat tangan. Takkan cikgu tak benarkan korang keluar dari kelas. Kalau tak benarkan, mampus semua. Mati sebab bau busuk. Faham tak?" soal guru.

"Faham, cikgu."

"Cikgu nak tambah sikit. Nanti yang lelaki potong rambut ya. Tak handsome kalau rambut macam sarang tebuan. Perempuan suka rambut lelaki yang pendek dan kemas. Apa lah fesyen korang ni? Nak cikgu potongan rambut wahai lelaki sekalian?"

"Tak, cikgu"

"Cikgu beri masa dua minggu untuk pelajar lelaki potong rambut. Murah je cuma DA 5 je. Keluar dengan awek makam minum sini lebih DA 100. Takkan potong rambut tak boleh pula. Kalau korang tak potong rambut, cikgu potongkan untuk kamu semua. Jangan risau, tiada bayaran atau cas. Percuma saja. Tapi rambut kamu tak berapa cantik dan bergaya kalau cikgu potongkan. Ada apa-apa lagi soalan nak tanya?"

Seorang pelajar lelaki angkat tangan.
"Apa soalannya?"

"Cikgu, tak adil lah kalau pelajar lelaki kena hukum sebab rambut. Habis tu pelajar perempuan tak hukum ke sebab make up dekat sekolah?"

"Betul juga. Terima kasih dengan soalan. Pelajar perempuan jangan pakai make up. Kalau cikgu nampak korang pakai make up, cikgu cuci muka kamu dengan berus gigi. Nak tak?"

"Tak, cikgu"

"Sekolah Para Falsafah ni berbeza dari sekolah lain. Sekolah lain longgar peraturan dia. Sebab tu, kamu tak kena tindakan kalau kamu berfesyen bagai. Nak pakai baju ke, tak nak pakai baju ke, lantak korang lah. Sekolah Para Falsafah, agak ketat peraturannya. Jadi, kamu kena ikut lah peraturan yang sudah ditulis dalam buku catatan harian. Tak lama pun cuma lima tahun je korang belajar kat sini. Lepas sekolah, lantak kamu lah fesyen rambut macam mana. Nak rambut terpacak ke, rambut landak ke, cikgu tak halang"

"Baca betul-betul peraturan sekolah ni dekat buku catatan harian korang. Jangan buat perhiasan je. Ke korang tak boleh baca. Nak cikgu bacakan untuk korang?" soal guru.

"Tak"

"Cikgu bacakan lah sikit. Korang semua belum tentu nak baca. Cikgu baca yang penting saja. Kalau korang nak masuk asrama masa korang tiada kelas untuk berehat, korang dibenarkan masuk. Pengawal keselamatan tahu jadual waktu korang. Kalau nak keluar ke bandar, mesti lah beritahu warden asrama. Kalau korang ponteng kelas lebih tiga hari tanpa sebab yang kukuh, korang akan dipanggil. Kalau tak berubah, korang kena jumpa pemimpin untuk beritahu apa masalah korang. Penampilan korang mestilah bersih. Korang boleh keluar ke bandar pada pukul 9.00 pagi dan paling lewat balik pukul 10.00 malam. Kalau korang terlewat, tidur lah kat luar. Para pelajar yang bersekolah kat sekolah ni, mestilah duduk di asrama. Suka hati korang nak tidur pukul berapa tapi jangan buat bising sehingga mengganggu penghuni yang lain. Kalau korang ada masalah, bertemu lah dengan cikgu kaunseling dekat bilik kaunselor. Faham apa cikgu cakap?"

"Faham, cikgu"

"Korang nak makan dulu baru ronda satu sekolah atau ronda satu sekolah baru makan?" soal guru

"Makan dulu"

"Okey, kalau macam tu. Kamu semua boleh pergi ke kantin. Pukul 10.00 kamu ke sini semula. Cepat sikit makan tu. Cikgu beri masa 20 minit"

Para pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan menuju ke kantin untuk mengalas perut. Sama juga Teera dan rakannya. Dia tak sabar nak meronda satu sekolah ni nanti.

Tbc

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now