Allen melangkah masuk ke dalam gelanggang. Dia menarik nafas lalu hembus secara perlahan. Seorang lelaki berbangsa manusia berdiri bertentangan dengannya.
"Baiklah, perlawanan terakhir bermula sekarang!"
Lelaki itu menerpa ke arah Allen. Setiap jejak kakinya di atas tanah, ada tumbuhan yang tumbuh. Allen pun menerpa ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu baling racun tumbuhan ke arah Allen.
Aleen dengan segera berubah menjadi serigala jadian. Dia menyambar racun itu dengan kukunya. Satu racun menyusuk ke bahagian dadanya. Kepala Allen pening serta berat seperti dihempap batu.
Lelaki itu melilit Allen dengan akar. Allen cuba melepaskan diri tapi tak boleh. Ikatan akar makin ketat membuat wajah Allen menjadi biru. Allen meregangkan dirinya. Satu persatu akar yang melilitnya putus.
Lelaki tersebut membaling racun tumbuhan ke arah Allen. Allen bernasib baik kerana dia sempat bebas dari cengkaman akar itu. Dia golek ke arah kiri untuk mengelak dari racun tersebut. Racun tumbuhan itu terceracak di dinding.
Dinding merekah ke dalam. Allen terkejut melihat racun kecil itu mampu merekahkan batu dinding yang tebal. Dada Allen seperti dihiris dengan pisau yang tajam serta di tetak dengan kapak.
Allen meletakkan tapak tangannya di dadanya yang terkena racun. Allen menuju ke arah lelaki tersebut. Dia pedulikan sakit di dadanya. Lelaki itu melindungi dirinya dengan akar membulat. Dia duduk di dalam tumbuhan.
"Hiah" Allen hempap akar yang membentuk seperti sfera. Namun akar itu tetap teguh.
Kuku tajam serta panjang mencakar akar itu. Akar itu putus dengan mudah. Lelaki itu dengan segera tendang perut Allen membuat dia bergolek ke sisi beberapa kali. Lelaki itu pecahkan pelindung sfera akar miliknya. Matanya mencerlung tajam ke arah Allen yang berbaring mengiring.
Jejak kakinya ke arah Allen yang membelakanginya. Allen dengan segera cakar lelaki itu bila lelaki itu hampir dengannya. Lelaki itu tunduk ke bawah. Sebahagian rambut lelaki itu terpotong dengan kuku Allen. Allen golek ke hadapan kemudian dia berdiri.
Lelaki itu pusing badannya memandang Allen. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh membasahi dahi "Heh, boleh tahan" pujinya, ikhlas.
Allen tidak membalas malah dia lompat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya berdiri. Allen tak dapat sampai ke arah lelaki itu. Kepalanya toleh ke arah kakinya. Dia dapati akar dari bawah tanah melilit kakinya. Allen cakar akar yang membelit kakinya. Ia terputus.
"Kau ingat senang ke nak kalahkan aku?" soal lelaki itu. Kedengaran seperti agak sinis.
Akar keluar dari bawah tanah. Mata Allen membulat. Penggunaan kuasa tumbuhan, susah dikalahkan berbanding pengguna kuasa elemen yang lain. Allen elak ke tepi saat akar yang besar menuju ke arahnya.
Akar itu menjadi tajam di hadapannya. Ia menuju ke arah Allen. Allen mencakar akar itu dengan kuku tajamnya. Akar itu putus hanya bersambung semula.
"Hmm, kau lupa ke aku pengguna kuasa tumbuhan? Kau takkan dapat cakar akar itu. Akar itu akan bertambah setiap masa"
Allen berfikir sejenak. Dalam pada masa yang sama, dia tetap terus mencakar akar itu walau ia mustahil. Allen lompat melebihi ketinggian akar itu. Kakinya mengorak langkah ke arah lelaki itu.
Lelaki itu terkejut. Allen mengempal penumbuk lalu tumbuk lelaki tersebut. Lelaki itu terhempas di dinding. Dinding merekah ke dalam. Allen pula terasa sakit di dada. Racun di dadanya tidak boleh dibuang kecuali pengguna kuasa tumbuhan saja yang boleh buang racun tersebut.
"Uhuk...uhuk" lelaki itu terbatuk. Bukan batuk biasa. Ia batu berdarah. Dia memandang ke arah Allen yang lemah.
Dia berjalan perlahan serta terhinjut sedikit "Mengalah saja. Racun itu akan melemahkan diri kau dari dalam"
"Jangan harap" tegas Allen. Dia kembali berdiri. Kepalanya mula pening. Seperti ada sesuatu berpusing-pusing.
"Aku dah cakap. Baik kau menyerah. Kalau kau menyerah, aku akan beritahu kau satu rahsia" pujuk lelaki itu. Dia pun tidak berniat nak cederakan Allen secara berlebihan.
"Heh, kau ingat aku akan termakan kata-kata kau?"
Allen berlari ke arah lelaki itu. Lelaki itu golek ke tepi. Allen mengetap bibirnya. Lelaki itu hanya memandang dia dari sisi. Allen cuba cakar lelaki itu tetapi lelaki itu hanya elak serangan Allen.
"Kenapa kau elak? Kenapa kau tak serang? Adakah kau pandang rendah terhadap aku?" soal Allen yang tidak puas hati.
"Baiklah, kalau itu yang kau minta"
Lelaki itu ikat kaki Allen dengan akar. Allen baru saja ingin cakar akar itu tetapi dia terlambat. Dia dihempas ke kiri dan ke kanan di atas tanah beberapa kali. Tanah mendak ke bawah serta sedikit rekah.
Allen diangkat tinggi lalu dihempas sekuatnya menyebabkan berlaku gegaran. Allen termasuk ke dalam tanah. Dia memuntahkan sejumlah darah. Lelaki itu menuju ke arah Allen. Dia geleng kepala dengan sikap Allen tersebut.
"Menyerah saja. Racun di dada kau akan membuat kau lebih teruk" nasihat lelaki itu. Namun Allen tidak pedulikan. Bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Allen berusaha berdiri. Racun itu menyusuk ke dalam dada Allen membuat Allen menjerit kesakitan. Seperti pedang yang tajam menetak dadanya beberapa kali. Air mata mengalir di pipi. Nafasnya ditarik serta dihembus.
"Mengalah saja. Tiada guna kau berlawan"
Lelaki itu berpaling dari Allen. Allen dengan segera cakar belakang badan lelaki itu. Lelaki itu sempat tahan cakaran Allen dengan akar. Akar yang terkena cakaran terputus. Allen yang lebih besar serta tinggi dari lelaki itu menunduk memandang lelaki tersebut.
"Serang mengejut. Hebat" pujinya. Dia naikkan kedua tangannya ke aras pinggang. Akar keluar dari tanah.
Allen terkejut lalu dia keluar dari cengkaman akar tersebut. Akar-akar itu melilit tumbuh badan Allen. Allen cuba meregangkan ototnya tapi dia tak boleh. Seolah akar itu lebih kuat dan susah dimusnahkan.
"Mengalah saja, Allen"
"Jangan harap" Allen menerpa ke arah lelaki itu. Tangannya di angkat tinggi di langit. Bersedia untuk mencakar lelaki tersebut.
Lelaki itu elak ke bahagian kiri. Cakaran Allen terkena pada tanah. Matanya dilirik ke arah lelaki itu. Senyuman senget terukir di bibir lelaki tersebut.
"Degilnya" lelaki itu membelit kaki Allen dengan akarnya.
Allen terkejut kemudian dia cuba cakar akar tersebut. Tapi dia dihempas di atas tanah kiri dan kanan beberapa kali. Tanah mendak ke dalam saat tubuhnya menghempap tanah. Dia diangkat di udara kemudian dilontar di atas tanah sekuatnya.
Allen termasuk ke dalam tanah. Dia berubah menjadi manusia. Dia terbatuk-batuk "Aku mengalah"
Allen dibawa ke bilik rawatan. Dia dirawat oleh pakar healer. Kini badannya bertenaga. Luka serta calar di badannya hilang.
Allen membuang pandangannya ke arah luar tingkap. Dia duduk di atas katil untuk merehatkan dirinya. Telinganya menangkap bunyi pintu dibuka. Pandangannya beralih dari tingkap. Rupanya lelaki yang berlawan dengannya tadi melawatnya.
"Seperti yang dijanjikan, aku akan beritahu kau sesuatu"
"Apa dia?" soal Allen.
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya dia mengambil sesuatu dari kocek seluarnya. Ia merupakan kertas yang dilipat empat segi. Dia hulur kertas itu kepada Allen. Allen ambil kertas tersebut.
"Apa ni?" soal Allen yang menilik kertas tersebut.
"Peta maze. Kau akan jumpa rahsia sejarah peperangan 1000 juta tahun dahulu. Tapi penerangan sejarah tu kabur. Aku cuma faham sikit saja"
"Oh, okey. Terima kasih"
Lelaki itu keluar dari bilik rawatan. Allen menyimpan kertas tersebut.
YOU ARE READING
Legend of Teera (C)
FantasíaTeera gadis yang hidup sederhana yang tinggal bersama ibu kandungnya tanpa mengenali ayahnya. Disebabkan kepintarannya, pengetua menyuruh dia berpindah ke sekolah Para Falsafah. Dia berpindah ke sana bersama dua sahabat baiknya. Di sana juga dia dap...