40. Epilog

428 20 11
                                    

Sebuah tempat atau pulau yang belum diterokai. Pulau yang diletak halangan serta kabus putih untuk mengelakkan pihak berkuasa mengesan pulau itu. Pulau itu merupakan pulau buatan bagi ahli kumpulan Tyzer. Hanya ahli kumpulan Tyzer saja yang boleh masuk ke dalam pulau tersebut.

Di pulau itu, terdapat rumah yang dibina, serta bangunan pencakar langit untuk mendapatkan maklumat dari Digra. Pelbagai puak di situ melakukan aktiviti sendiri seperti mencipta alatan untuk persediaan penyerangan yang bakal mereka lakukan di Digra.

Bunyi mesin jelas kedengaran di telinga mereka. Peluh membasahi pakaian mereka serta matahari yang memancar cahaya terik ke arah mereka tidak dipedulikan walaupun mereka berpakaian kerudung.

Kelihatan seorang lelaki naik ke atas pentas. Dia melihat anak buahnya bertungkus lumus sedang menyiapkan alatan. Dia menepuk tangannya beberapa kali. Anak buahnya berhenti melakukan kerja.

"Perhatian semua. Aku ada sesuatu nak ucapkan kepada kamu semua. Sila kamu semua beri perhatian kepada aku" ujar si lelaki yang memakai topeng. Hanya nampak anak matanya saja.

Seseorang yang memakai kerudung menuju ke arah lelaki itu. Dia tunjukkan gambar seorang perempuan iaitu Teera.

"Ratu Teera, pemimpin baru bagi Digra mempunyai kuasa lagenda. Kita perlu dapatkan darah dia untuk bangkitkan Jazz dari tidur. Kita perlukan rancangan untuk bunuh dia. Jika dia ada, susah kita akan kembalikan dunia kepada asal!"

"Ya, betul"

"Bunuh dia"

"Dia akan musnahkan rancangan kita"

Lelaki itu meletakkan jari telunjuk nya di bibirnya. Anak buahnya berdiam diri "Kita perlukan rancangan, Teera sangat bijak. Dia telah bunuh dua ahli dari kumpulan Tyzer"

"Bukan itu saja, dia jumpa buku untuk menemukan kota Atlantis" ujar seorang perempuan.

"Betul tu. Kalau mereka tahu apa sejarah yang berlaku 1000 juta tahun dahulu, kita sudah dikalahkan" bicara seorang lelaki.

"Jangan risau semua. Biarkan saja dia cari kota Atlantis tu. Lagipun dia seorang saja yang memiliki dua elemen yang hilang tu. Jadi, mustahil dia akan menang kalau lawan dengan Jazz kali Jazz dibangkitkan"

"Ya, itu betul"

"Aku tak terfikir pun"

"Itu saja dari aku"

Lelaki itu berlalu dari situ. Mereka pun sambung membuat kerja mereka sendiri.

.....................................................

Di sebuah pulau yang jauh dari Digra serta terlindung dari ancaman bahaya. Pulau itu mempunyai rumah serta kemudahan. Hanya puak manusia serta pengguna kuasa dua elemen di situ. Dua elemen yang hilang berjuta tahun di situ menyembunyikan diri mereka dari semua puak.

Weedi termenung sendiri. Dia berada di luar rumah memerhati kanak-kanak sedang bermain. Bukan itu saja, ibu bapa yang menemani anak-anak mereka. Senyuman terukir di bibir Weedi.

"Mana lah kamu, Teera. Ayah tak jumpa kamu pun" kecewa Weedi. Bekas isterinya tidak memberitahu perkara sebenar di mana anaknya itu.

"Weedi" sapa ibu Weedi. Weedi toleh kepalanya melihat ke arah ibunya.

"Ya, ibu"

"Weedi, ibu rasa sudah sampai masanya kita perlu beritahu bahawa dua elemen yang hilang masih ada. Kita masih hidup. Kamu ni ketua mereka setelah kamu kahwin dengan puan Ozio. Sampai bila kita nak hidup macam ni?" soal ibunya dengan nada kecewa.

"Entah lah ibu. Tapi firasat saya mengatakan bahawa suatu hari nanti, rahsia akan terbongkar. Misteri tentang dua elemen yang hilang serta sejarah 1000 juta tahun dahulu"

"Ya, kita semua tahu apa yang berlaku 1000 juta tahun dahulu. Mereka saja yang lupa tentang sejarah tu"

"Ibu, sampai masanya nanti kita akan beritahu mereka" senyum Weedi. Ibu Weedi geleng kepala. Dia berlalu dari situ.

Weedi memandang ke arah langit. Dia menarik nafasnya lalu hembus dengan perlahan "Suatu hari, kita jumpa, Teera"

Dalam masa yang sama, Teera memandang ke arah langit. Dia pegang loket berbentuk love yang disangkut pada lehernya.

"Harap dapat jumpa dengan ayah. Suatu hari nanti"

                              Tamat

                              Tamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sambungan legend of Teera.

"Menjadi pemimpin merupakan satu tanggungjawab yang besar. Bukan saja adil pada puak malah adil juga pada alam"-Queen Teera

Jawapan dicari dan semuanya terbongkar. Pelbagai masalah perlu dihadapi. Kebangkitan Jazz akan kembali tak lama lagi...

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now