Kelihatan sebuah istana yang mempunyai tiga tingkat tersergam indah berdiri di situ. Rekaan istana itu agak menarik bagi sesiapa yang melihatnya. Perkarangan istana dipenuhi dengan bunga serta tanaman. Terdapat banyak bunga di taman. Bunga di situ hidup dengan mekar dan juga segar. Tak lupa juga kolam ikan yang kecil berada di situ.
Dianggarkan istana itu mempunyai 100 bilik. Bilik tidur untuk pemimpin berada di tingkat dua. Sebuah rumah kecil yang usang berada di tepi istana. Rumah kecil itu sepertinya dilindungi pelindung bagi mengelakkan sesiapa masuk ke situ kecuali orang-orang tertentu. Rumah itu bagaikan satu misteri bagi pekerja istana serta pengawal istana. Raja Ricky pernah masuk ke situ. Dia tidak membenarkan sesiapa pun mengikutinya walaupun dengan isterinya.
Terdapat juga pintu pagar istana yang diperbuat dari batu bata berada di sekeliling perkarangan istana yang dikawal oleh empat pengawal istana. Ketinggian pintu pagar istana kira-kira tiga meter kaki tinggi. Hanya nampak separuh dari istana jika dilihat luar dari luar pintu pagar. Ukiran logo serta simbol negara Digra terukir berwarna emas di pintu pagar istana.
Pekerja istana sibuk melakukan tugas masing-masing. Asrama untuk pekerja disediakan di situ. Asrama itu terletak jauh sedikit dari istana. Asrama itu mempunyai dua blok bangunan. Satu blok untuk pekerja lelaki satu blok untuk pekerja perempuan. Bagi yang sudah berkahwin, mereka akan berpindah ke tempat lain.
Istana berada di benua Sekud iaitu tempat untuk golongan bangsawan berada. Di benua itu, memang ramai dari golongan bangsawan serta menteri di situ. Kebanyakan rumah di benua Sekud mewah serta besar. Namun juga terdapat segelintir rakyat biasa tinggal di benua Sekud. Istana pula terletak di tengah-tengah bandar. Terdapat jalan berwarna kuning keemasan untuk menuju ke istana tersebut.
Benua Sekud merupakan pusat pentadbiran. Selain itu, tempat persinggahan untuk para falsafah serta rakyat bebas. Mereka boleh tinggal di tempat itu. Biasanya orang kaya atau berpangkat saja tinggal di benua itu memandangkan rumah di benua itu agak tinggi nilainya.
Kelihatan seorang lelaki yang mempunyai janggut tidak melebihi paras dagunya. Kulitnya berkedut akibat faktor usia. Rambutnya berwarna coklat dan sedikit berwarna putih. Dia duduk di atas kerusi empuk yang direka khas di balkoni istana. Dia adalah raja Ricky iaitu pemimpin negara Digra. Dia mengelamun mengingati masa lalunya.
Raja Ricky merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Dia mempunyai seorang kakak yang bernama Raian. Raian tidak mahu menjadi pemimpin membuatkan Ricky secara sukarela mengambil alih pentadbiran tersebut.
Kakaknya pula akan berkahwin tak lama lagi."Tahniah atas pertabalan kau, dik" ujar Raian yang berketinggian bawah telinga adiknya. Dia menepuk bahu kiri adiknya.
"Terima kasih, kak. Aku harap suami kau dapat jaga kau dengan baik"
"Ya. Aku harap juga kau dapat isteri yang memahami tugasan kau"
Raja Ricky berkahwin pada umurnya 27 tahun bersama dengan gadis pujaan hatinya yang merupakan golongan bangsawan iaitu Idena. Kakaknya pula pada ketika itu telah mendapat cahaya mata seorang anak lelaki bernama Ash.
10 tahun kemudian...
Idena tidak mengandung membuatkan ibu Ricky risau sebab Digra tiada pewaris. Raja Ricky, isterinya serta ibu mereka berbincang di ruang tamu khas untuk golongan bangsawan dan pemimpin.
"Ibu risau, Ricky. Idena tidak mengandung" ujar si ibu dengan penuh kerisauan.
"Tak apa. Idena akan benarkan suami Idena kahwin lain" ujar Idena dengan perlahan. Hatinya sakit saat berkata begitu.
"Kita akan buat pemeriksaan. Walau awak tak boleh mengandung, saya takkan kahwin dengan orang lain" Raja Ricky pegang tangan isterinya.
Raja Ricky dan isterinya buat pemeriksaan kesihatan tahap kesuburan mereka berdua. Doktor yang memeriksa mereka pergi ke istana untuk memberitahu keputusan. Mereka bertiga tidak sabar untuk mengetahui keputusan tersebut.
Doktor yang duduk di atas sofa yang bertentangan dengan mereka mengeluh sedikit. Raja Ricky, isterinya serta ibu yang duduk di sofa menanti keputusan tersebut.
"Ampunkan patik tuanku jika keputusan ini bakal menyakitkan hati Tuanku" hormat doktor lelaki itu. Jantung dia beredar kencang hebat. Takut nanti kepalanya dipancung.
"Tak apa. Beritahu saja keputusannya. Beta tak akan murka" bibir Raja Ricky mengukir senyuman.
"Permaisuri Idena tiada sebarang masalah kesuburan. Malah rahim dia sihat. Dia mempunyai tahap kesuburan yang puas. Cumanya Raja Ricky mempunyai masalah kesuburan. Tuanku mandul sebab tu isteri Tuanku tak mengandung"
Raja Ricky terdiam saat doktor berkata begitu. Dia tetap mengukir senyuman walaupun pahit "Baiklah. Terima kasih kerana beritahu keputusan tersebut"
Raja Ricky sedikit kecewa apabila dia dapat mengetahui bahawa dirinya mandul. Tak guna kalau dia kahwin lagi satu kalau dia sendiri mengalami masalah kesuburan. Dia dapat terima hakikat semua itu. Selain itu, dia banyak luangkan masa dengan anak saudaranya iaitu Ash. Dia anggap Ash sebagai anaknya memandangkan dia tidak mempunyai anak.
"Abang" tegur Idena yang menepuk bahu kanan suaminya. Raja Ricky seakan tersedar dari mengingati masa lalu. Raja Ricky mengukir senyuman.
"Awak okey ke tidak?" soal Idena yang risau. Suaminya hanya berdiam diri memandang ke arah langit yang terbentang luas.
"Saya okey. Maafkan saya sebab saya mandul. Awak tak mengandung disebabkan saya"
"Tak apa. Saya tak kisah dengan semua itu. Awak boleh berikan takhta awak pada anak saudara awak iaitu Ash"
"Saya tak nak dia dijadikan sebagai pewaris saya"
"Habis tu, siapa awak nak jadikan sebagai pemerintah selepas awak?" soal Idena yang mengerut keningnya.
"Saya nak seorang falsafah yang mampu mencari sejarah baru. Saya nak cipta sejarah pertama di mana pemimpin dipilih dari falsafah. Selama ni pemimpin hanya dipilih berdasarkan sistem wasiat saja"
"Suka hati awaklah. Saya harap dia dapat mentadbir negara ini dengan baik"
"Terima kasih kerana memahami saya"
"Jom kita makan nak? Saya sediakan makanan kegemaran awak" Idena mengajak suaminya pergi ke dapur.
"Baiklah"
Raja Ricky bangun dari tempat duduk. Dia berjalan sebelah isterinya sambil pegang tangan isterinya yang tercinta. Mereka berdua menuju ke dapur.
YOU ARE READING
Legend of Teera (C)
FantasyTeera gadis yang hidup sederhana yang tinggal bersama ibu kandungnya tanpa mengenali ayahnya. Disebabkan kepintarannya, pengetua menyuruh dia berpindah ke sekolah Para Falsafah. Dia berpindah ke sana bersama dua sahabat baiknya. Di sana juga dia dap...