22. Love is weird (Part 2)

274 22 2
                                    

Kelihatan penduduk setempat sedang memenuhi pesta makanan tersebut. Gerai-gerai makanan serta permainan juga berada di situ. Suara para penjual kedengaran di corong telinga. Sebahagian dari mereka mempromosi kan barang mereka dengan menarik supaya pelanggan membelinya.

Allen, Ash, Ruby, Robin, Teera, Akaily, Betty dan Nayrael berada di photoboom. Si perempuan berdiri manakala si lelaki duduk bersila di atas tanah. Jurukamera menangkap gambar mereka.

''Baiklah. Free stail''

Mereka berlapan membuat pelbagai gaya. Jurukamera mengeleng kepala melihat telatah lapan remaja tersebut.
''Baiklah. Korang nak gambar ni tak?''

''Nak!'' jerit mereka secara serentak.

''Tunggu sejam ya. Kami akan proses gambar anda semua'' jurukamera itu beri kamera kepada rakannya. Rakannya masuk ke dalam sebuah bilik gelap.

''Ash, jom kita pergi sana'' ujar Nayrael yang pegang lengan Ash.

''Baiklah'' Ash pandang ke arah Teera. Teera memalingkan mukanya ke kawasan lain.

''Kita berseronok dulu. Nanti pukul 11.30, kita kumpul dekat depan gerbang pintu'' ujar Akaily.

Mereka masing-masing pergi secara pasangan. Allen dengan Teera, Ash dengan Nayrael, Ruby dengan Betty dan Robin dengan Nayrael. Teera melihat Nayrael begitu mesra dengan Ash. Nayrael menepuk dada Ash dengan perlahan.

''Teera'' tegur Allen.

''Ya?'' Teera pandang ke arah Allen.

''Jom kita jalan-jalan nak?''

''Okey. Kat mana?'' soal Teera.

''Aku akan tunjukkan'' Allen pimpin tangan Teera.

Mereka berdua pergi ke sebuah tasik yang berdekatan dengan pesta tersebut. Terdapat juga pasangan kekasih berada di situ. Air tasik itu memancarkan imej pantulan wajah mereka berdua.

''Jadi, Teera. Aku nak kenal kau lebih rapat. Boleh tak?'' pinta Allen.

''Aku anak tunggal. Aku ada ibu tapi aku tak pernah jumpa ayah kandung aku. Hidup aku sederhana je''

''Oh, maafkan aku. Aku tak patut tanya.'' Allen usap belakang tengkuknya itu.

''Tak apa. Aku tak pernah lihat ayah aku. Ibu aku pula seperti sembunyikan sesuatu dari aku'' Teera berwajah murung. Allen merangkul bahu Teera.

''Hei. Jangan sedih. Aku pula ada lima adik beradik. Aku merupakan anak sulung''

''Keluarga yang besar'' Teera alih tangan Allen dari bahunya.

''Ya. Ada adik-beradik membuat aku sakit kepala tapi percaya lah kalau adik aku tiada, aku akan rasa sunyi''

''Jadi, kita nak buat apa?'' soal Teera.

''Hmm, apa kata kita makan aiskrim?'' 

''Eh, kau suka aiskrim?'' soal Teera

''Tiada siapa di dunia ni tak suka aiskrim, Teera''

Allen dan Teera menuju ke arah sebuah gerai jual aiskrim. Allen memilih aiskrim berperisa coklat manakala Teera memilih aiskrim berperisa vanila. Mereka berdua duduk di atas bangku sambil menjilat aiskrim.

Allen memikirkan satu idea jahat. Dia tolak kon aiskrim ke arah hidung Teera. Teera alih aiskrim tersebut. Terdapat secilit aiskrim di hujung hidungnya.

''Allen!''

''Haha, maaf. Aku ada tisu'' Allen ambil tisu dari kocek seluarnya. Dia lap aiskrim di hidung Teera.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now