6. Ronda sekolah

368 28 1
                                    

Para pelajar berjalan di sekitar sekolah untuk melihat seluruh kawasan sekolah tersebut diiringi dengan seorang guru lelaki. Mereka berdiam diri apabila guru bercerita tentang kawasan. Guru lelaki itu membawa para pelajar ke sebuah masjid yang mempunyai dua tingkat.

 Guru lelaki itu membawa para pelajar ke sebuah masjid yang mempunyai dua tingkat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                     (Imej masjid)

"Bagi pelajar muslim, kamu boleh masuk ke sini. Ada juga sediakan telekung jadi, bagi pelajar perempuan muslim tak perlu risau. Lepas ni kita ke gelanggang latihan"

Guru itu menuju ke arah kanan diikuti para pelajar. 15 minit kemudian, mereka sampai di gelanggang latihan. Terdapat 30 gelanggang latihan yang boleh digunakan untuk melatih kuasa. Gelanggang itu bersaiz sederhana dan dilindungi pelindung untuk mengelakkan pelajar lain terkena.

(Anggap je sebagai gelanggang latihan)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Anggap je sebagai gelanggang latihan)

"Kamu boleh guna gelanggang ni bila-bila masa tapi jangan sampai musnah pula gelanggang ni. Sebelum berlatih, pastikan kamu memaklumkan kepada  doktor atau pengguna kuasa. Klinik berdekatan dengan gelanggang latihan. Mari ikut cikgu"

Mereka pun menuju ke sebuah banglo berwarna putih dua tingkat. Kelihatan doktor dan jururawat sedang bertugas di dalam klinik itu. Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam klinik. Mereka hanya dapat melihat pelan dalaman klinik tersebut. Nampaknya untuk pesakit di tingkat dua.

"Kalau kamu sakit atau demam, kamu boleh pergi ke klinik ni. Jom kita ke collusium pula"

Teera bersama dua rakannya melihat permandangan sekitar sekolah tersebut. Nampaknya cikgu hanya membawa mereka ke tempat yang penting di sekolah itu.

"Hai" tegur seorang gadis yang mempunyai sayap seperti rama-rama. Rambutnya diikat sanggul. Dia menyapa Akaily. Gadis itu tingginya di bawah paras hidung Akaily.

"Hai" senyum Akaily.

"Nama aku Nayrael. Kau pula?"

"Aku Akaily"

"Sorang je ke?" soal Nayrael

"Eh, kan ada puak lain juga kat sini. Mana ada sorang je"

"Maksud aku, kau masuk sekolah ni seorang diri ke?" soal Nayrael.

"Oh, tak. Aku ada kawan ke sini. Mari aku kenalkan ini Betty"

Betty yang berada di sebelah Teera mengukir senyuman "Hai"

"Dan yang tinggi tu, Teera" Akaily memperkenalkan Teera pada Nayrael. Nayrael tergamam melihat Teera. Dia berada di bidang dada Teera.

"Nay... Nayrael" gagap Nayrael. Teera angguk kepala.

"Tingginya kawan kau tu" bisik Nayrael pada Akaily.

"Dia memang tinggi. Kenapa? Kau cemburu ke?"

"Tak, aku cuma terkejut"

Mereka berjalan menuju ke collusium yang tersergam indah. Mereka masuk ke dalam collusium tersebut. Nampaknya collusium itu tiada penghuni. Besar dan luas. Banyak bangku di situ untuk melihat perlawanan.

"Collusium digunakan untuk pertandingan perlawanan. Antaranya pertandingan lawan kuasa, pertandingan dengan sekolah lain dan kumpulan serta pasangan. Padang collusium dilindungi pelindung. Kamu tak boleh berlatih kuasa di sini. Di sini hanya tempat pertandingan saja" terang guru itu. Mereka angguk kepala.

"Okey, cikgu bawa kamu ke tempat yang penting saja. Kamu boleh ke tempat lain untuk meronda tapi di dalam grup. Cikgu dah tunjukkan dan kamu semua boleh pergi sendiri. Boleh tak?"

"Boleh cikgu"

"Okey" guru itu meninggalkan para pelajar. Para pelajar mula berkaitan mengikut grup masing-masing.

Mereka mula berpecah menuju ke kawasan yang mereka mahu lihat. Sebahagian dari mereka pergi ke kantin. Sebahagian dari mereka pergi makmal. Sebahagian dari mereka pergi ke kelas.

Teera, Akaily, Betty dan Nayrael satu grup. Mereka menuju ke perpustakaan. Nayrael mahu ikut mereka kerana dia tiada kawan di situ. Seorang lelaki berjalan seorang diri. Dia jalan menunduk sambil kedua tangannya diletak dalam kocek seluar. Dia terlanggar belakang badan seseorang membuat dia melihat siapa yang dia langgar.

Seseorang itu pandang belakang. Lelaki itu tergamam seketika kerana dia seorang wanita dan wanita itu agak tinggi. Dia hanya di paras bahu wanita itu.

"Kau ke yang langgar, Ash?" soal Teera.

Ash tidak terkejut jika perempuan itu mengetahui namanya. Sebagai golongan bangsawan, sesiapa saja kenal Ash. Ash ialah bakal pengganti pemimpin Digra.

"Ya, maaf" pinta Ash tanpa senyuman.

"Oh, tak apa" senyum Teera membuat jantung Ash berdebat kencang.

Saat itu, dia terperasan ada angel cinta yang baru saja selesai memanah . Ash terkejut lalu memandang ke arah dadanya. Anak panah kecil termasuk ke dalam jantungnya. Lebih parah lagi, gambar seorang gadis di hujung anak panah tersebut. Gadis itu adalah Teera iaitu gadis yang dia langgar tadi!

"Teera" panggil seorang lelaki. Ash pandang ke arah lelaki itu.

Sepertinya lelaki itu adalah pesaing dia untuk dapatkan Teera. Teera senyum melihat Allen. Allen perasaan dengan kehadiran Ash di belakang Teera. Allen nampak sesuatu di atas kepala Ash iaitu tertulis persaing. Hanya seseorang yang terkena anak panah cinta itu boleh nampak siapa persaingnya.

"Kau nak pergi mana?" soal Allen.

"Aik, Allen. Teera je ke?" usik Akaily. Merah padam wajah Allen.

"Korang ni tak baik lah. Kami nak pergi ke perpustakaan. Kau nak ikut ke?" soal Teera

"Boleh juga. Jom" ajak Allen. Mereka berjalan meninggalkan Ash.

Ash sedikit geram melihat agenda tadi. Dia juga berasa marah dengan angle cinta yang panah cinta sesuka hati.

"Tak guna punya angle. Aku akan cari kau. Kenapa kau panah aku dengan gadis yang sudah disukai oleh seseorang. Kau memang nak cari nahas, angle. Aku kena cari sebelum tamat tiga hari" ujar Ash sendirian. Dia mencari angle cinta. Nampaknya angle cinta sudah terbang ke udara.

Mereka yang terkena panahan cinta, diberi masa tiga hari untuk mencari angle cinta. Mereka yang berjaya tangkap angle cinta dalam masa tiga hari, mereka boleh batalkan perasaan cinta tersebut dengan menarik anak panah yang termasuk ke dada mereka. Hanya angel cinta saja yang boleh tarik anak panah tersebut. Selain itu, mereka boleh suruh angle cinta panah seseorang yang pernah diletak  di hujung anak panah.

Jika mereka tidak berjaya, mereka akan jatuh cinta pada seseorang itu. Anak panah cinta tidak dapat dirasai jika terkena pada badan. Seseorang yang kena panah, akan perasaan dengan kehadiran angle cinta. Anak panah cinta akan masuk ke dalam jantung secara perlahan-perlahan. Panjang anak panah itu dianggarkan 10 cm. Bila hari kedua, panjang anak panah menjadi 5 cm. Bila hari ketiga, anak panah akan menjadi dua cm sehingga tepat pukul 12.00 malam, anak panah akan masuk ke dalam badan seseorang.

Makin seseorang rapat dan mesra dengan mereka yang sudah dipanah dengan anak panah, makin cepat anak panah itu masuk ke dalam tubuh badan. Angle cinta tak dapat dilihat selepas tiga hari selepas angle cinta panah cinta pada seseorang. Ini bertujuan untuk keselamatan angle cinta kerana dia telah banyak buat masalah pada puak. Dia suka sembunyi dan orang-orang tertentu saja boleh lihat dia secara depan tanpa angle cinta memanah padanya.

Angle cinta memandang suka menyakat dan tiada kerja lain selain itu. Tugasnya memang memanah cinta.

Tbc

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now