11. Keputusan

307 27 0
                                    

Hampir tiga bulan para pelajar menjalani ujian fizikal. Para pelajar tidak sabar untuk mengetahui keputusan yang mereka bakal masuk ke kelas mana. Para pelajar duduk di dewan tertutup dengan penuh debaran. Mereka berbual untuk tenangkan diri.

"Kau rasa kita sama kelas tak?" soal Nayrael yang mengerakkan badannya ke kiri dan ke kanan. Sayapnya terkena wajah Akaily.

Akaily mendengus geram dengan perbuatan Nayrael "Hei, pendek. Boleh tak duduk tu diam-diam? Sayap kau terkena muka aku lah"

"Pendek kau kata aku. Lagi satu, suka hati aku lah nak gerak ke tidak" Nayrael jelir lidahnya. Hati Akaily bertambah panas dengan Nayrael.

"Korang berdua ni, boleh tak jangan bergaduh" bicara lembut Betty. Teera yang melihat perangai rakannya hanya geleng kepala.

"Ada juga aku sumpah korang berdua jadi katak"

"Dari kau sumpah mereka jadi katak lebih baik sumpah diorang berdua jadi rumah. Ada faedahnya" ujar Betty  yang menyilang tangannya.

"Selamat pagi, para pelajar" suara guru jelas kedengaran oleh para pelajar. Mereka terkejut dengan kedatangan guru tersebut.

"Bila masa cikgu sampai?" soal pelajar

"Baiklah, saya tahu kamu semua tak sabar nak tahu keputusan. Tanpa berlengah masa, waktu dan jam. Saya akan umumkan. Sebelum tu, nama yang saya sebut tu ke kelas yang ditetapkan"

Para pelajar mengangguk tanda faham. Guru lelaki itu pun baca nama para pelajar bermula dari kelas depan hingga kelas belakang. Para pelajar menuju ke kelas masing-masing. 35 minit kemudian, guru selesai mengumumkan keputusan kelas. Sebahagian pelajar tidak berpuas hati kerana mereka tak dapat kelas yang mereka harapkan. Selain itu, ada juga terpisah dari rakan.

Ash, Robin, Teera, Akaily dan Nayrael dapat kelas pertama. Allen, Ruby dan Betty dapat kelas kedua. Allen menyilang tangannya tanda tidak puas hati apabila pujaan hatinya berada di kelas pertama bersama pesaingnya.

"Cis, ingat sama kelas dengan crush rupanya tidak" gumam Allen perlahan tapi dapat didengari Ruby.

"Kelab dan sukan kau boleh sama dengan dia" pujuk Ruby.

Allen muncung bibirnya. Dia dapati Ash memandangnya dengan pandangan mengejek membuat hatinya bertambah panas. Ash menjelir lidahnya pada Allen.

"Sabar, Allens. Sabar" Ruby usap belakang badan Allen.

"Macam mana aku nak sabar, Ruby? Pesaing cinta aku dapat jumpa Teera tiap-tiap hari. Huhu" sendu Allen. Ruby hanya diam saja.

"Baiklah, saya dah tetapkan kamu semua ke dalam kelas yang kamu layak berdasarkan peperiksaan dan juga ujian fizikal. Saya harap kamu semua dapat terima kenyataan. Kamu akan diberi jadual waktu untuk memudahkan kamu semua. Lusa kanu boleh belajar mengikut kelas masing-masing. Kamu boleh beredar dari dewan ni, pergi ke tempat yang kamu mahukan"

Para pelajar pun beransur keluar dari dewan. Betty menuju ke arah rakannya dengan senyuman kecewa
"Haish, tak dapat satu kelas"

"Tak apa. Kita kan satu aparment" ujar Akaily yang tepuk bahu Betty.

"Teera, tahniah sebab dapat kelas pertama" puji Allen yang berada di sebelah Teera. Teera terkejut dan dia usap dadanya.

"Ish, kau ni. Terkejut aku"

"Jom makan. Aku belanja" Allen raih tangan Teera membuat dia tergamam. Ash yang melihat agenda itu panas hati. Dia menuju ke arah Teera.

"Teera" Ash tarik tangan kanan Teera. Teera mengeluh.

"Hei, aku yang pertama ajak dia. Kau apahal?" geram Allen yang melihat tangan Teera dipegang oleh pesaingnya.

"So what? Suka hati aku lah"

Teera ditarik ke kiri dan ke kanan. Dia dapati Akaily melihat agenda itu sambil makan popcorn. Nayrael ketawa kecil manakala Betty geleng kepala. Robin dan Ruby berpandangan antara satu sama lain.

"Dua lelaki suka gadis yang sama. Menarik ni. Boleh buat cerita ni. Tajuk cerita cinta tiga segi. Latar tempat sekolah. Latar masyarakat, masyarakat yang berebut" komen Akaily.

"Akaily, tak tolong diorang ke? Lagi satu, mana kau dapat popcorn tu?" soal Nayrael.

"Tak perlu tolong Teera. Aku nak tengok drama. Mana aku dapat popcorn ni? Author yang bagi pada aku"

Maka mereka meninggalkan Teera yang ditarik Ash dan Allen kecuali Akaily. Teera pun rentap tangannya. Dia pandang Akaily dengan tidak puas hati.

"Apa pandang-pandang? Ada hutang ke?" soal Akaily.

"Aku nak makan seorang diri. Bye" Teera pun beredar dari situ diikuti Akaily.

Ash dan Allen berpandangan antara satu sama lain. Mereka menyilang tangan kemudian beredar dari situ. Timbul perasaan kecewa kerana tak dapat makan bersama pujaan hati.

………………………………………………………

Sang rembulan terbentang di dada langit. Bunyi cengkerik jelas kedengaran. Kelihatan para pelajar sedang tidur di bilik aparment masing-masing. Jam jarum menujukkan angka tiga amanakala jarum minit angka 43.

Seorang pelajar yang belum tidur sedang berdiri seorang diri di dalam biliknya. Lampu pendaflor dimatikan cuma ada lampu dari skrin berwarna putih keungguan terpancar ke wajah pelajar itu. Simbol satu kumpulan berada di bahu kiri pelajar itu. Itu merupakan simbol kumpulan Tyzer.

"Tuan, Teera semakin kuat kuasanya serta dia dapat kelas pertama. Apakah aku perlu bunuhnya?" soal pelajar itu yang menunduk. Dia tidak pandang wajah ketua kumpulan itu.

Ketua kumpulan itu memakai topeng. Jadi, wajahnya tidak dapat dilihat. Dia duduk di kerusi untuk mengetahui anak buahnya melaporkan tugasannya. Dia urut janggut hitamnya.

"Nanti dahulu. Aku akan suruh ahli kumpulan Tyzer untuk menolong kau untuk membunuhnya. Kau perlu perhatikan dia dahulu. Cari maklumat tentang dia. Kau tahu apa tugas kau"

"Berpura-pura sahabat dengan dia, tuan. Aku tahu apa tugas aku. Tuan tak perlu risau. Aku perhatikan dia setiap masa" pelajar itu pandang ketuanya.

"Bagus. Kalau kau tak mampu bunuh dia, maka kau bunuh ibu Teera. Aku mengharapkan kau"

"Baiklah. Bila aku boleh bunuh puan Ozio?" soal pelajar itu.

"Nanti tiba masanya aku akan beritahu bila. Sekarang ni aku nak kau cuba bunuh dia"

"Akan aku menurut perintah"

Skrin putih keungguan itu dimatikan. Pelajar itu mengukir senyuman sinis. Dia sepertinya memegang sekeping gambar. Gambar itu merupakan gambar Teera. Dia ambil mancis lalu hidupkan kayu api. Dia dekatkan kayu api dengan gambar itu. Api berwarna jingga membakar gambar itu.

"Kau akan lenyap di muka bumi ni, Teera. Kau tak keseorangan di alam sana. Aku juga bakal bunuh ibu kau. Siapa sangka rakan kau sendiri merupakan musuh dalam selimut, Teera? Aku harap kau takkan percayakan aku tapi kau bodoh, Teera. Bukan semua rahsia boleh dikongsi dengan rakan sendiri. You will die, Teera Weedi. Aku berjanji akan bunuh kau. Hahaha" gelak pelajar itu.

Gambar itu di atas lantai. Gambar itu dilahap api sepenuhnya. Kini tinggal debu saja. Debu itu pula berterbangan. Bunyi ketawa jelas kedengaran

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now