25. Api dan Air (Part 1)

265 16 0
                                    

Allen, Ash, Robin, Ruby, Teera, Akaily, Betty dan Nayrael berada di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok yang tinggi. Hana si pengguna kuasa elemen api dan air berdiri di hadapan mereka berlapan. Tudung bawal berwarna biru cair menutupi melebihi dadanya. Baju blaus berwarna biru pekat serta mempunyai satu garisan serong berwarna merah melebihi paras punggung.

''Er, Hana. Apa kita buat kat sini?'' soal Ash.

''Kita akan berlatih serta menghadapi halangan di sini''

''Er, ini bukan tempat raksasa ke?'' soal Allen.

''Apa? Raksasa? My god'' ujar Nayrael.

''Jangan risau lah. Raksasa kat sini cuna kelas L bukan kelas S. Jadi, senang sikit nak kalahkan raksasa. Aku nak kita jalan bersama di hutan ni bersama. Jika ada halangan serta musuh kita kena serang bersama. Ada faham?'' jelas Hana yang memandang mereka berlapan.

''Okey. Jom'' riang Robin. Dia melangkah kaki terlebih dahulu masuk ke dalam hutan sambil diikuti mereka. Eh, riang betul si Robin ni? Kepala dia ada terhantuk kat mana-mana tak? Hmm.

Bunyi tapak kasut memijak tanah jelas kedengaran di telinga mereka. Pokok yang tinggi menghalang cahaya matahari menembusi permukaan tanah. Secara tiba-tiba satu serangan dilontarkan di hadapan mereka.

''Arghh!'' jerit Ruby apabila belakang badannya terhempas pada sebatang pokok.

Mereka semua terundur ke belakang. Allen menuju ke arah rakannya iaitu Ruby ''Ruby, kau okey tak?''

''Aku okey''

Asap berwarna kelabu mula berkurangan secara beransur-ansur. Mereka dapati beberapa bangsa memakai kerudung berwarna hijau cair di hadapan mereka. Nombor serta huruf yang diulamkan dengan benang berwarna kuning di bahagian tepi baju.

''Er, siapa korang ni?'' soal Hana.

''Serang mereka'' arah seseorang. Mereka ada enam yang memakai kerudung.

As12 mengeluarkan gitar. Dia memetik gitar tersebut. Telinga mereka berdesing saat dengar muzik tersebut. Nayrael membuka sayapnya terbang ke udara. Dia membentuk gelombang muzik menuju ke arah si pemain gitar. Si pemain gitar terundur ke belakang.

''Cis, tak guna. Ambil ni'' si As 67 membaling bom kecil ke arah mereka.

''Lontaran api'' Teera membaling cakra api untuk memotong bom tersebut.

Boom!

Mereka semua terundur. Si kerudung mula menyerang mereka berlapan. Hana memanggil haiwan lagenda iaitu burung phoenix miliknya. Sebelah kanan burung phoenix adalah api sebelah kiri adalah air.

Allen berubah menjadi serigala jadian. Ketinggiannya dianggarkan 2 meter. Pokok-pokok terjatuh di atas tanah saat Allen bertukar. Kuku tajam mencakar si kerudung. Si kerudung mengelak dengan pantas.

Ruby iaitu vampire menyerang hendap si kerudung. Gigi taring yang tajam serta panjang 2 cm mengigit lengan si kerudung. Darah keluar membuak-buak dari lengan si kerudung.

''Argh''

Si kerudung membaling tombak ke arah Teera. Ash dengan segera menolak Teera tombak tersebut tercacak di atas tanah. Ash menindih badan Teera. Mukanya merah padam saat matanya bertentangan dengan mata Teera.

''Er, boleh bangun dari atas badan aku tak, Ash?'' pinta Teera. Jantungnya berdebar dengan kencang seperti selesai saja dia bersenam.

''Maaf, Teera'' Ash alih badannya dari menindih Teera.

''Tembakan pembeku'' Hana melepaskan tembakan ais ke arah si kerundung. Si kerudung membalas dengan membaling pisau kecil ke arah Hana. Burung phoenix yang ditunggang Hana menyembur api merah pada pisau tersebut.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now